Home Ads

Wednesday, February 8, 2017

Kebahagiaan

Oleh : Kakemama


Episod 1 : Perkenalan

Kedinginan terasa, di sebalik pergerakan di bawah selimut kedengaran dengkuran yang sayu. Bunyi ketukan periuk membuatnya terjaga dari tidur. Pintu dikuak dan bau masakan menusuk hidungnya. Keenakan masakan yang di masak memanggilnya turun menuju ke dapur. Terdampar senyuman manis di bibir seorang gadis, “Selamat pagi,” terlihat wajahnya yang masih baru bangun sambil menguap membuat si gadis tinggi hanya 5 kaki 4 inci senyum melihat telatah suaminya. “ Urmm, selamat pagi sayang,” sambil menongkat dagu.

Kisah bermula

Enam tahun yang lepas

“ Tindakan kau melulu nie, Merlisa” sahabatnya cuba menenangkan Merlisa yang agak garang dan kasar. Gadis ketinggian 5kaki 4inci bersamaan 162.5cm, memiliki kulit wajah yang sawa matang dan attitude yang agak kasar dan garang melihat sahabatnya menahan sakit akibat kesakitan kerana kemalangan tak di sengajakan, “ Kau bawa pergi basikal kau dan jangan cuba muncul depan aku lagi,” mendengar amaran yang di keluar dari mulut Merlisa , jejaka tersebut dengan muka yang agak masam membawa diri bersama basikal serta rakan-rakan yang lain mengikut dari belakang. Merlisa mendekati Erina “ Jom aku papah kau ke klinik dalam Sekolah,” Erina menyambut baik tangan Merlisa dan senyum kerana Merlisa mendengar kata sahabatnya.

Merlisa
Umur : 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A
162.5 CM
Seorang yang agak kasar dan garang tapi memiliki hati yang lembut .
Pemain Badminton Peringkat Daerah.

Erina
Umur : 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A
156 CM
Perangainya bercanggah dengan Merlisa, Seorang yang lembut dan baik hati. Agak pemalu dan sentiasa di lindungi oleh Merlisa

Klinik Sekolah Menengah Tinggi A

“ Lain kali tu jalan berhati-hati ye, kawasan situ dah jadi kebiasaan bagi penunggang basikal bawa laju,” nasihat doctor di sampaikan pada Erina sambil menyapu luka. Erina hanya mengangguk kerana luka ianya tidak serius tapi agak pedih. Kedengaran deretan kaki berlari ke klinik. Pintu klinik di buka dengan kasar. “ Erina!,” jeritan itu mengejutkan doctor yang sedang membalut luka erina. “ Erina tak apa-apakan?Luka tak seriuskan?,” kedengaran suara yang agak risau cuba menenangkan hati sendiri, Tommy. Erina senyum dan angguk “ Erina okay je , Cuma luka tak serius tapi pedih,” . Merlisa hanya mampu menongkat dagu melihat dua merpati sejoli berkasih sayang di depan matanya. “ Leganya tommy dengar,” Tommy melepaskan nafas dan duduk di sebelah Erina.

Tommy
Umur 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A dan Naib Presiden Majlis Persatuan Pelajar
Sahabat dan Teman Lelaki Erina
172 CM
Seorang yang penuh dengan kasih sayang dan memiliki paras rupa yang menawan.

Kelas telah bermula

“Lepas nie hati-hati ye, apa-apa pun bagitahu Tommy ye,” Tommy menghantar Erina ke kelasnya sementara Merlisa mengikut dari belakang dan terus menepuk bahu tommy. “ Jangan risaulah , dia dengan aku,” Tommy memandang Merlisa. “ Kau patut risaukan diri kau juga sebabnya ada benda yang akan berlaku,” Tommy tersenyum setelah memberi warning pada Merlisa sambil mengusap kepala Merlisa sebelum berlalu pergi. ‘Apa yang berlaku?’ Merlisa terdiam bila mendengar ayat yang dilafaz oleh Tommy. Tingkah laku mereka di perhati oleh seseorang dan pergerakannya hilang setelah tommy pergi.

Terdampar papan notis di pintu bilik ‘ Majlis Persatuan Pelajar’

Tommy masuk sambil memandang meja yang berselerak dengan dokumen. “ Kau dari tadi kat situ ke ?,” Tommy menegur seseorang yang terlena dengan bunyi dengkurannya. “ Dari tadi tu tak adalah , dia baru je lelap,” Noah membalas sambil memeriksa pengiraan pembelanjaan sekolah dan kelab. “ Macamana Erina? Cedera teruk ke?,” sambung Noah lagi. “ Dia Cuma luka sedikit je, berkemungkinan jatuh ,” balas tommy sambil mengemas Dokumen yang berselerak. Perbualan mereka membuat seseorang terjaga dari lelapnya sambil mengeliat dan membetulkan posisinya, “ Kalau aku tak Nampak kejadian tu , kau pun tak tahu apa yang berlakukan, tommy,” Sambil menongkat dagu dan memandang tommy yang sedang mengemas dokumen di mejanya. Ketukan kepala di beri oleh Tommy setelah dia terjaga dari tidur. “ Kau mengekori mereka ke , Allen,” Allen terus tersenyum sambil mengusap kepalanya. Noah hanya mengeleng kepala dan menyambung kerjanya semula.

Allen
Umur 17tahun
Pelajar Tahun 2 Sekolah Menengah Tinggi A dan juga Presiden Majlis Pelajar Sekolah tersebut
Rakan Tommy sejak kecil
Dia di kenali dengan sikapnya yang peramah dan memiliki senyuman yang manis tapi seorang yang agak tegas dan berdisiplin
172 CM


Noah
Umur 16tahun
Pelajar Tahun 1 Sekolah Menengah Tinggi A dan juga Bendahari Majlis Pelajar Sekolah
165 CM
Perjalanan masa sekolah di teruska sehingga ke waktu akhir kelas.

Pukul 6petang tiba masa untuk pulang . Erina di temani Merlisa sambil Merlisa membantu memimpinnya.

“Maaf, tommy tk dapat teman Erina balik bersama, Musim baru dah bermula jadi banyak perkara nk di siapkan,” Tommy menjelaskan kesilapannya kepada Erina. Erina membalas dengan baik “ tak apa , Merlisa ada untuk teman Erina balik. Erina faham,” Kebaikan erina dan memahami tommy merupakan perkara yang membuat tommy menyayangi erina. Tommy mengusap kepala Erina sambil senyum melihat senyuman Erina, “Tq, Esok kita balik sama-sama ye,”. Erina mengangguk dan tidak mengharapkan pape.

Merlisa menghantar Erina ke rumah dan membuka pintu untuk Erina , “ Kita dah sampai,” Melihat Erina termenung jauh , Merlisa bertindak mencubit pipi erina supaya sedar. “ Aduh!,” Erina terus sedar dan memandang Merlisa sambil memegang pipinya. “ Termenung jauh sampai lupa kita dah sampai rumah nie,” Merlisa menegur Erina. Erina memandang rumahnya sendiri dan tersenyum. “ Tq lisa,” Merlisa terus mengusap kepala Erina dan berlalu meninggalkan Erina. Tingkah laku mereka di perhati oleh seseorg.

MAJLIS PERSATUAN PELAJAR SEK.MENENGAH TINGGI A

“ Menghilang lagi?,” Tommy mengeleng kepala selepas menjumpa Erina. “ Dia bukan hilang , dia melarikan diri,” Noah membalas. Pintu di buka dari luar dan tommy menyambut dengan muka seriusnya. “ Allen.” Allen terkedu dan terus tersenyum. Tommy mampu mengeleng kepala.

8 Malam

Kelihatan plastic yang penuh dengan barang keperluan. Merlisa mengeluh dan membebel seseorang tanpa menghirau orang di sekelilingnya. Serta merta dia menjerit dan membuat orang di sekelilingnya terkejut dan berbisik sesame sendiri. “ Arghhhh… benci betul bila di ingat kembali. Kenapa lah boleh terserempak semula dengan mamat yang annoying,” Merlisa memerhati sekelilingnya dan menyedari dirinya di perhati terus membawa diri jauh dari kawasan tersebut. Kaki berjalan seribu langkah dengan pantas serta merta terhenti dengan pelahan , “ sekejap macamana dia boleh tahu aku kat situ dan arghh serabut lah ,” Merlisa terus membawa dirinya pergi. Gelagat dan tingkah lakunya menjadi perhatian seseorang dan terdampar senyuman sinis di bibirnya, “ Merlisa,” . Merlisa serta merta terkedu dan seram sejuk di kawasan tersebut, “LOL, naik bulu roma tengkuk segalanya, uishhhhh,” Merlisa lari dan terus memecut. Tingkah Lakunya menjadi hati pengintip tersbut gelak ketawa.

Setibanya Merlisa di rumahnya, dia memberi barang tersbut kepada Ibunya dan terus memecut ke bilik tanpa berkata apa. “ Ohh,lisa tadi erin call mena…nyakan… Ehh, ibu tak habis cakap dia dah masuk bilik,” Puan Kim hanya mampu mengeleng kepalanya. Merlisa menghempas badannya ke katil dan mengiring ke sisi kanan sambil memeluk bantal. Bayangan di tempat kejadian terus menghantui

30minit sebelumnya,

“Merlisa keluar dulu,”kata merlisa di dengari dan di sahut oleh Ibunya. “ Jangan lupa barang yang ibu kirimkan itu,” Balas Puan Kim kepada anak tunggalnya. Pintu di tutup serta merta selepas dia membalas semula pesanan ibunya.

Shoppingmall market

“Barang yang perlu di beli adalahh..,” Merlisa mengumil seorang-orang sambil mencari barang yang di pesan oleh ibunya. Serta merta barang yang di jumpai di capai serentak oleh kedua-dua tangan. “Ohhh,” Merlisa terkejut akibat sentuhan tangan tersebut serta merta memandang ke kirinya melihat siapakah gerangan milik tangan tersebut. “Maafkan saya.. tapi ,” suara laki yang cukup di kenali oleh Merlisa berada di depan matanya. “ Allen!,” Merlisa tergamam dan riak mukanya berubah serta merta tanpa tunggu dan membalas dia mencapai barang tersebut terus berambus dari situ. Allen yang memerhati turut terkejut mengejar Merlisa, “ tunggu Mel,”. Merlisa berjalan seribu langkah tanpa berhenti sambil berbisik pada hatinya ‘ Dunia nie memang kecil ke, kenapa mesti dia?’ . Allen tidak putus asa, dia terus mengejar tanpa membeli apa-apa barang. Sehingga di taman, dia berhenti dan melihat Merlisa keseorangan sambil membebel. Allen senyum melihat telatah Merlisa. “Merlisa,”. Dia sedari Merlisa akan mencari suara tersebut dia serta merta sembunyi dari Merlisa sambil melihat Merlisa lari dan mata Allen tertumpu pada barang kilauan yang terjatuh dari poket Merlisa. Tangan cuba mencapai namun pergerakan tangan tersbut terhenti dan menyambut barang tersbut. “ Dia masih simpan sekian lamanya,”. Maka Allen membawa diri pulang.

Merlisa mengenggam bantal peluk serta merta airmata mengalir. “2tahun berlalu kenapa engkau muncul Allen?,”

Siapa Allen bagi Merlisa? Apa yang berlaku 2 tahun yang berlalu sehingga Merlisa begitu marah pada Allen?



Author Image

Kakemama
Assalamualaikum, saya masih baru dalam bidang penulisan. Hobi saya sekian usia saya di zaman sekolah menengah lagi untuk menulis sebuah cerita hanya untuk hiburan hati. Ini hasil cerita saya sendiri , sumber ilham dari sebuah cerita anime. Ye, saya merupakan peminat manga/komik dari animasi Jepun dan juga peminat Anime. Novel yang ringkas ini karya saya yang entah keberapa tapi karya pertama saya memasuki ke dalam website ini. Jadi, tiada kena mengena dengan perasaan dan hati pembaca yang lain. Cuma ini kisah remaja sekolah dan saya tidak mengambil mana-mana pengalaman cerita hidup sesiapa.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas