Home Ads

Tuesday, February 27, 2018

God Unlimited

Oleh : Zaqi Aqwaddin


Bab 1


“Berapa harga gelang ini”, kata Adam. “ RM 500 saja” penjual itu kata. “Mahalnya, jual dalam RM1000 lah, kualiti pun biasa saja” Adam merungut. “anak muda, gelang ini antic diimport dari China, RM 4000 saya tawar”. “ “RM 200.” “RM 300 ini harga paling rendah yang boleh saya tawar, anak muda”. “ Setuju” kata adam.

Adam akhirnya dapat beli barang kenangan dari pasar antik di kuala lumpur. “Anak muda, kau tidak rugi membeli gelang ini, saya jual” kata penjual itu. Melihat Adam jalan perlahan meninggalkan dia, penjual itu tersenyum sinis kerana memirkan gelang yang dijual itu akhirnya bertemu dengan tuanya. Adam berjalan-jalan sambal membelek-belek gelang yang baru dia beli. Perut berasa lapar, dia singgah ke gerai nasi lemak untuk makan malam.

“Bos nasi lemak ayam satu” , kata Adam. Sambil menunggu nasi lemak, Adam memerhati gelang yang baru dibelinya, bagaikan ada daya penarik dalam gelang tersebut. Sambil dia memerhati gelang tersebut, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. “Eh, Adam”. Sambil memandang arah suara tersebut, Adam terlihat Karen, kekasih lama Adam, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih barunya, Chai.

Adam dan Karen pada mulanya bercinta sama-sama sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi, sejak Karen berkenal rapat dengan Chai di universiti bersama-sama, Karen mula menjauhkan diri dengan Adam. Lebih-lebih lagi dengan keluarga Chai yang kaya menyebabkan akhirnya Karen memutuskan hubungan dengan Adam dan memilih Chai sebagai teman barunya.

“Makan disini sja Adam, macam mana dengan kehidupan, kalau awak tidak cukup duit jangan segan silu ingin meminjam dari saya” Kata Karen dengan melihat muka kasihan. Chai melihat Adam dengan senyuman sinis. Adam hanya mendiamkan diri sambal memandang kedua-dua mereka. “Adam, macam mana, dapat sudah mencari kerja, kalau tidak dapat, boleh minta kerja dari ayah saya sebagai kerani, gaji RM 1500 saja” Kata Chai sambal tersenyum sinis.

“Anak muda,ini nasi lemaknya sudah siap”. Dengan pantas, Adam meninggalkan tempat tersebut sambil membawa nasi lemak yang ingin dimakannya nanti. “Hahaha!” kedengaran suara Chai ketawakan Adam. Adam mengengam tanganya. “Sayang, pedulikan Adam tu, marilah kita makan” kata Karen sambil memeluk Chai. Chai tersenyum bangga sambil membawa Karen pergi ke hotel untuk makan malam.

Sampai dirumah sewa, Adam terus baring di katil. Perut yang pada mulanya ingin makan berasa kenyang dengankata-kata Karen dan Chai tadi. Dengan perasaan sedih Adam cuba melayan perasaannya dengan cuba tidur. “Kalaulah aku kaya, kalaulah aku berkuasa, aku tidak akan melalui semua dengan lagi, tuhan, sesiapa saja, bagilah aku kuasa untuk aku ubah masa depan aku” kata Adam dengan sedih.

“Inginkan kuasa…” tiba-tiba Adam terdengar suara berkata kepadanya. “ siapa itu” jerit Adam. “ Inginkan kuasa yang boleh merubah sesuatu” kata suara itu lagi. “Bolehkah awak bagi saya kuasa” kata Adam dengan ragu-ragu. “wang, harta benda, wanita, semua awak boleh dapat, dengan syarat awak terima kuasa dari saya,” kata suara itu lagi. “Kalau begitu saya setuju, saya setuju untuk terima kuasa dari awak” jerit Adam. tiba-tiba keluar cahaya dari gelang Adam memenuhi bilik sewanya. Akhirnya pemandangan Adam dari terang beransur-ansur gelap…

Bersambung..



Author Image

Zaqi Aqwaddin
Karya pertama. Diharap pembaca dapat menikmatinya

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas