Home Ads

Friday, February 23, 2018

Hati Ini Untuk Si Dia

Oleh : Pink Fong


Bab 1


"What? Papa nak suruh Zana kahwin dengan budak tiga suku tu? Are you kidding?" Kunyahan bihun goreng di dalam mulut Anzalna terhenti apabila Papanya memberitahunya niatnya supaya anak gadisnya itu berkahwin dengan sepupunya yang mereng itu. Sungguh tak pernah terlintas di fikiran dia yang Papanya akan berkata begitu.

"Are You sick? Kenapa Zana cakap yang Asyraf tu tiga suka? He is you cousin okay. Jaga mulut tu sikit." Marah Encik Nazir dengan tenang sambil matanya memandang ke arah skrin ipad pro 10.5 inci yang dipegangnya itu.

Anzalna mencebikkan bibirnya. Dia tak tahu pulak bila masa Papanya itu sudah mula memikirkan pasal orang lain. Nak bela Asyraf pulak. Selama ini pasal bekas isteri dia pasal anak perempuan depan mata dia ni tak pernah pulak kisahkan. Tentu ada udang di sebalik batu Papanya itu.

"Tak nak.. Zana tak nak kahwin dengan dia. Papa jangan suka suka hati nak paksa Zana, faham." Bantah Anzalna dengan suara yang agak keras. Fresh orange di depannya diteguk laju bagi menghilangkan rasa marah di dalam dadanya itu. Karang kalau terbakar perasaan hati dia tu confirm Anzalna akan lari rumah.

Encik Nazir meletakkan ipadnya itu ke atas meja. Dia merenung anak perempuannya itu dengan penuh tajam sekali. Anak matanya tidak berganjak daripada merenung anak mata Anzalna. Namun gadis itu sedikit pun tidak ada rasa takut di dalam hatinya. Apa yang dia rasa kala ini adalah geram dengan sikap Encik Nazir yang suka mengongkong hidup dia itu.

"What strong with You? Oh, sekarang bila dah besar dah pandai nak lawan cakap Papa. Zana ingat Zana dah besar sangat ke sampai tak nak dengar apa yang Papa cakap lagi." Marah Encik Nazir dengan kawalan. Dia cuba mengawal suaranya sebaik mungkin supaya tidak terlalu kuat. Matanya masih belum dialihkan daripada memandang ke arah anak perempuannya itu.

Anzalna terus mengalihkan anak matanya ke tempat lain. Dia malas hendak bertentang mata dengan Papanya lagi. Buka takut mahupun gentar. Malah rasa sakit hati dengan renungan penuh paksaan daripada lelaki tua yang berusia sudah lebih kurang 50 an itu. Dia meminta hatinya untuk bersabar ketika ini supaya tidak terkurang ajar dengan Papanya sendiri selepas ini.

"Zana tak rasa yang Zana dah besar and Zana tak kata pun yang Zana dah besar. Cuma Zana tak dapat nak ikut apa paksaan dan desakan Papa saat ini. Mungkin lah, mungkin kalau Papa nak nasihatkan Zana ataupun Papa nak suruh Zana lakukan sesuatu yang masih waras. Insyaallah! Zana akan lakukan tapi sekarang ni Zana minta maaf sangt sangat sebab Zana tak dapat nak ikut apa yang Papa cakap." Anzalna senyum segaris. cuba menenangkan perasaanya. Pinggan ditolak ke hadapan sedikit. rasa selera makan sudah lari dibuatnya.

"So, Zana nak cakap yang desakan Papa ni tak waras?" Encik Nazir mengangkat keningnya ke atas.

"Haah,"

Encik Nazir bingkas bangun daripada kerusi yang dia duduk daripada tadi dengan tercungap cungap. Anzalna yang rasa tidak sedap hati itu turut serta bangun daripada tempat duduknya dan tidak sampai lima saat sahaja Anzalna rasakan pipi kanannya berbahang dengan hebat dan kuat sekali. Anzalna memegang pipinya yang sakit dan pijar itu kerana telah ditampar oleh Papanya tadi. Dia memandang ke arah Papanya itu dengan penuh tajam sekali.

"Papa..." Kata kata Anzalna terhenti seketika. Dia pandang ke arah Papanya dengan mata yang berair kerana menahan geram dan juga sakit. Air liur yang tersekat di kerongkong ditelan dengan agak payah sekali dan terasa kelat untuk ditelan.

"Aku paling benci bila anak aku ingkar cakap aku. Kau faham tak?" Kedengaran suara Encik Nazir menjerit dengan kuat. Tersentak Anzalna dibuatnya. Nampaknya Papanya benar benar serius untuk menjodohkan dia dengan sepupunya itu. Kalau tak manakan dia ditampar sehingga begitu.

"Papa.. Zana sebenarnya tak tahan dengan perangai Papa yang selfish ni tahu tak. Disebabkan perangai Papa tu Mama tinggalkan dan bukan setakat tu tau Papa tapi apa yang paling terkesan untuk Zana sekarang ni. Papa buat sampai Abang Naim tu bunuh diri. Papa memang ego." Marah Anzalna dengan kuat. Dia sudah tidak kira dengan siapa yang dia bercakap saat ini. Apa yang dia tahu itulah yang dia ingin luahkan kepada Papanya semenjak lima tahun lalu.

Di mana Papanya telah menceraikan Mamanya kerana fitnah yang dilemparkan oleh seseorang dan dia membuat seseorang insan yang disayangi dan bakal menjadi suaminya membunuh diri. Itu semua kerana perangai dan juga mulutnya.

"Jangan kau sebut nama Mama kau tu lagi. Aku benci dengar nama perempuan gatal tu." Encik Nazir makin berapi. Darah Anzalna menyirat naik apabila Papanya menghina Mamanya tadi.

"Enough, Papa tak ada hak nak hina Mama lagi tahu tak. Now, she not your wife and Papa tak boleh cakap macam tu dekat Mama, faham." Anzalna membagai Papanya itu arahan. Nafasnya tercungap cungap menahan marah. Pagi pagi lagi Papanya sudah bakar linenya hendak bersarapan.

Encik Nazir tergelak sinis. "Kalau kau rasa Mama kau tu bagus macam malaikat sangat. Kenapa kau tak pergi tinggal dengan dia?" Encik Nazir angkat kening tinggi tinggi.

"Oh, Papa tahu sebab kau tu tak tahan panas tinggal dekat kawasan kampung kan. Tak boleh tak ada air-cond. Tak ada tilam yang selesa. Sebab apa, sebab kau tu mewarisi sikap akulah Anzalna. Kau tu pun sama juga lagaknya persis Papa kau ni. Jadi, kau tu tak payah ank tunjuk baik dengan aku, faham." Encik Nazir mengertak anak perempuannya itu.

Anzalna hanya diam sahaja. Dia tahu apa yang Papanya katakan itu benar semuanya namun kalau beginilah cara hidupnya dia tidak akan bisa bertahan lagi. Hanya kerana kekayaan dia tidak bahagia.

"So, apa yang Zana rasa dan fikirkan sekarang? Adakah Zana dah menyesal sebab marah Papa? And, Zana akan terima cadangan Papa untuk berkahwin dengan Asyraf anak saudara Papa tu?" Encik Nazir kembali duduk di atas kerusi semula. Dia pandang ke arah anaknya yang masih diam dengan tangan memegang pipi tu tanpa rasa belas kasihan.

"Teruskan.. Papa teruskan dengan khayalan dan angan angan Papa nak bermenantukan si Asyraf tu. Sebab Zana takkan kahwin dengan dia walaupun apa yang terjadi sekalipun." Ucap Anzalna sebelum melangkah pergi meninggalkan meja makan dengan menghentak kedua dua belah kakinya ke lantai.

"Oh, kalau Papa boleh jadi selfish. Papa jangan ingat yang Zana tak boleh jadi selfish jugak. Ye lah, Zana kan mewarisi perangai Papa." Sempat Anzalna berkata dengan senyum segaris sebelum naik ke biliknya. Pintu juga turut menjadi mangsanya apabila dia menghempas pintu biliknya itu dengan kuat sekali.

Encik Nazir ketawa terbahak bahak di meja makan berseorangan. "Zana.. Zana.. Aku ni bapak kau. Jadi, aku dah kenal perangai kau tu masak masak dah sebab tu lah aku dah aturkan rancangan aku baik baik." Kata Encik Nazir sebelum meneruskan bermain ipadnya itu.

••••

Aiman masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu dengan rapat. Dia menuju ke arah meja tempat dia meletakkan barang barang keperluannya seperti minyak rambut, minyak wangi dan sebagainya. Dia merenung mukanya sendiri ke arah cermin besar di hadapannya itu. Mukanya bengis sekali saat ini menahan marah yang amat. Lalu, tanpa dirancang tangannya terus menolak kesemua barang barangnya yang berada di atas meja itu ke lantai. Habis pecah segala barang barangnya itu termasuklah apa apa barang yang berharga.

"Hergh.." Tidak cukup dengan itu habis katilnya yang tersusun kemas itu disepahkannya dengan membaling dua biji bantal, sebiji bantal peluk dan juga selimut ke atas lantai. Sekarang dia benar benar marah dengan Emaknya itu. perbualan mereka dibawah sebentar tadi masih dia ingat kembali. Dia terus terduduk di birai katil dan meraut mukanya itu.

"Aiman, Aiman tahu tak yang hujung minggu ni Maslinda nak balik malaysia?" Aiman yang sedang ralit menonton rancangan hiburan di dalam televisyen di ruang tamu itu memandang ke arah Emaknya yang duduk di hadapannya itu sekilas. "Mimpi apa dia balik sini Mak?" Soal Aiman selamba. Selepas tiga tahun kejadian yang menyayat hatinya itu berlaku kini dia baru dengar tentang bakal kepulangan gadis itu ke malaysia.

Datuk Noraidah yang sedang membuat kerjanya itu berhenti sejenak dan mendekati anak lelakinya itu. Aiman tersentak apabila Emaknya tiba tiba sahaja mendekatinya hari ini seperti ada sesuatu yang tidak kena sahaja. Namun Aiman membuang perasaan negatifnya itu jauh jauh dan cuba berfikiran positif.

"Kenapa kamu tanya macam tu? Apa tak suka ke Maslinda balik malaysia?" Soal Datuk Noraidah mengangkat keningnya tinggi tinggi. Tiga tahun yang lalu dia tahu yang anak lelakinya itu tergila gilakan gadis itu dan sanggup membuat apa sahaja untuk gadis itu asalkan dia bahagia. Tapi, sekarang pandangannya lain pula.

Aiman tersenyum sinis. Dia menghela nafas panjang. "Perempuan macam tu yang Mak nak suruh Aiman banggakan kepulangan dia? Mak tak ingat ke apa yang dia dah buat dekat kita tiga tahun lepas? Mak dah lupa ke?" Soal Aiman meninggi. Dia menjadi emosional apabila teringatkan perangai perempuan itu yang telah memalukannya serta Emaknya dahulu.

Datuk Noraidah menggeleng kepalanya. Bibirnya senyum segaris. "Mak dah lama lupakannya." Jawab Datuk Noraidah tenang dan juga selamba sahaja. Aiman mengerutkan dahinya seribu kedutan. Pelik Emaknya ni yang dah lupakan apa yang perempuan dah lakukan terhadap mereka.

"Eh, takkan semudah tu Mak? Apa yang dia buat tu memang melampau tau Mak. Dia buat seolah olah kita ni tak ada maruah." Kata Aiman membantah tindakan Emaknya itu.

"Aiman, apa salahnya kalau kita maafkan orang lain..." Kata kata Datuk Noraidah terjeda sebentar apabila Aiman mengangkat tangannya supaya Emaknya itu berhenti bercakap. "Mak nak cakap apa sebenarnya ni? Straight to the point." Kata Aiman yang tidak berapa gemar orang yang melengah lengahkan masa hanya untuk perkara yang tidak penting itu.

"Mak nak Aiman kahwin dengan Maslinda." Kata Datuk Noraidah dengan tenang dengan senyum segaris di bibirnya.

"Hah?" Aiman menjadi terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Emaknya sebentar tadi. Dia tergelak sekejap.

"Mak, are you kidding?" Soal Aiman angkat kening.

Datuk Noraidah menggeleng kepalanya perlahan lahan. "I'm serius. Mak nak Aiman kahwin dengan Maslinda." Rayu Datuk Noraidah lagi. Daripada dahulu lagi dia memang mengharapkan yang anak lelaki tunggalnya itu akan berkahwin dengan Maslinda yang merupakan anak angkat kesayangannya itu.

Aiman tarik muka ketat. Dia tidak rela untuk mengahwini perempuan yang telah meludah cintanya dahulu dan dalam masa yang sama dia tidak sanggup untuk mengecewakan Emaknya itu. Setelah kematian Ayahnya. Mereka berdua hanya tinggal berdua sahaja di rumah banglo tiga tingkat itu tanpa ahli keluarga yang lain.

"Aiman.. Are you okay?" Soal Datuk Noraidah dengan mengusap belakang anaknya itu lembut.

"Not.. I'm not okay Mak. Aiman tak nak kahwin dengan perempuan yang dah ludah cinta Aiman tiga tahun lepas. Dan, Aiman takkan kahwin dengan perempuan yang dah tinggalkan Aiman masa majlis perkahwinan disebabkan seorang lelaki lain." Suara Aiman kuat sehingga bergema seluruh rumah.

Datuk Noraidah meraut mukanya sekilas. Dia tahu memang susah untuk memujuk anak lelakinya yang seorang itu namun dia perlu jugak untuk mendapatkan menantu pilihan hatinya itu.

"Tapi, itu semua benda dah lama terjadi Aiman. Dah tiga tahun." Datuk Noraidah masih memujuk.

"Walaupun dah tiga tahun berlaku tapi kesan tu masih ada Mak. Lagipun, Mak nak ke menantu gatal macam Maslinda tu? Demi jantan lain sanggup tinggalkan Aiman masa akad nikah. Itu yang Mak nak Aiman buat bini. Sorry to say lah Mak."

"Amboi, kamu tahu tak yang Maslinda tu anak angkat Mak. Dulu masa kita susah dulu parent dia yang tolong kita sampai kita hidup mewah macam ni. Tak baik tau Aiman cakap dekat Maslinda macam tu." Suara Datuk Noraidah meninggi. Aiman tersenyum sinis.

"Semua kekayaan kita ni Mak datang daripada Allah S.W.T bukannya datang daripada mak bapak dia. Mak kena tahu semua tu." Aiman mula berceramah. Datuk noraidah mempamerkan wajah tidak senang. Berita tentang kepulangan Maslinda ke malaysia itu baik baginya namun sebalik bagi anak lelakinya pula.

"Mak tak kira. Walaupun apa pun yang berlaku Mak nak kamu kahwin dengan Maslinda, faham." Paksa Datuk Noraidah tegas. Dia memandang ke arah anak lelakinya itu dengan tajam.

"Kalau tak?"

"Mak akan lakukan apa sahaja cara yang akan membuatkan korang menikah dan Aiman akan menyesal sebab menolak cadangan ni dengan baik." Gertak Datuk Noraidah jahat membuatkan Aiman mati kutu. Dia tanpa menunggu lama terus menghentakkan kedua dua belah kakinya ke lantai dan berlari masuk ke dalam bilik.

Datuk Noraidah tersenyum puas apabila melihat perubahan pada Aiman sebentar tadi.

••••

Anzalna memberhentikan Toyota Vios jenis G warna merah miliknya di hadapan rumah Mamanya di Kampung Baru. Dia segera mematikan enjin keretanya sebelum keluar daripada keretanya itu dengan wajah yang sangat ketat. setelah kereta dikunci dia berlari lari anak menuju ke arah muka pintu dan memberi salam.

"Assalamualaikum," Anzalna menjerit memberi salam. Kelihatan pintu hadapan rumah Mamanya itu berkunci. Anzalna tidak pasti sama ada Mamanya ada di rumah mahupun tidak.

"Assalamualaikum," sekali lagi Anzalna memberi salam. Dia masih menantikan jawapan daripada Mamanya. Setelah lima minit menunggu tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya, Anzalna mengambil keputusan untuk menuju ke pintu belakang.

"Assalamualaikum, Mama ooo Mama.." Anzalna terus melaungkan salam sekali lagi. Manalah tahu Mamanya ada di kawasan belakang ke dia tidak tahu. Apa yang penting sekarang ini adalah Ustazah yang mengajarnya semasa darjah lima dahulu ada pesan kalau kita beri salam sebanyak tiga kali namun tiada jawapan makan hendaklah kita segera beredar.

"Waalaikumusalam." Tidak sampai tiga minit kemudian kedengaran ada suara yang menjawab salam yang diberikan oleh Anzalna sebentar tadi. Kelihatan seorang wanita berusia lebih kurang 40 an keluar daripada pintu belakang rumahnya dengan tersenyum lebar ke arah Anzalna.

"Mama.." Panggil Anzalna dengan tersenyum riang dan gadis itu segera berlari ke arah Mamanya dan memeluk tubuh tua Mamanya itu.

"Bila Zana sampai? Maaflah Mama tak perasan sebab tadi Mama tengah masak dekat dapur." Kata Puan Alina lembut dengan memeluk erat tubuh kecil anak gadisnya itu.

"Eh, Zana baru je sampai Mama. Tak sampai pun 10 minit lagi. Cakap pasal masak tadi. Mama masak apa? sebab Zana tengah lapar ni." Kata Anzalna kepada Mamanya dengan memegang perutnya yang tengah berkeroncong itu. Selepas insiden bertengkak dengan Papanya tadi dia masih belum makan apa apa lagi.

Puan Alina tersenyum manja. "Mama masak asam pedas daging. Mama tahu tu kan makanan kegemaraan kamu." Kata Puan Alina membuatkan Anzalna kencur mulut. Dia memang gemarkan asam pedas daging masakkan Mamanya itu daripada kecil lagi.

"Haah, pandai Mama." Kata Anzalna sambil tersengih.

"Dah, mari kita masuk dalam. Kalau asyik duduk bersembang dekat luar memang tak licin asam pedas dekat dalam tu." Mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam rumah milik Puan Alina.

Anzalna melihat keadaan rumah papan kampung milik Mamanya itu agak membosankan. Dengan dapur yang seluas tandas awam dan ruang tamu dengan papan yang reput dimakan anai anai. Puan Alina yang sedang membancuh air sirap itu melihat anak gadisnya itu seakan tidak biasa dengan keadaan rumahnya. Dia tersenyum nipis.

"Kalau bukan sebab Papa tentu sekarang Mama masih tinggal dekat rumah banglo sana dengan Zana kan." Kedengaran suara Anzalna yang sedang berdiri di tangga dapur itu bersuara.

Puan Alina mati langkah apabila mendengar anak gadisnya berkata begitu. Empat tahun sudah dia berpisah dengan suaminya itu dan selepas itu dia tidak lagi mendengar mahupun melihat lagi apa apa lagi hal hal berkaitan bekas suaminya itu.

"Kenapa Zana cakap macam tu pulak? Mama dah lama lupakan Papa tahu tak. Dan, Mama dengan Papa dah tak ada apa apa hubungan lagi tahu tak." Kedengaran suara Puan Alina keras sekali. Anzalna segera turun daripada tangga dan menuju ke arah Mamanya yang sedang menyedukkan asam pedas daging ke dalam mangkuk itu. Terus dia memeluk Mamanya daripada belakang.

"Kamu ni dah kenapa?" Soal Puan Alina pelik dengan anak gadisnya itu. Bukan main mesra lagi nampaknya dengan dia hari ini.

"Zana sayang Mama. Kenapa Papa mesti ceraikan Mama? Sebenarnya, Zana tak suka tinggal dengan Papa sebab Papa tu suka kongkong hidup Zana. Dia buat macam Zana ni budak kecil mahu tahu tak." Anzalna mengadu kepada Mamanya. Puan Alina terus membawa mangkuk berisi asam pedas itu ke meja makan.

Anzalna mengikuti Mamanya daripada belakang. Dia tarik kerusi di hadapan Mamanya dan terus duduk.

"Dah kamu tahu perangai Papa macam tu kan. Selfish. Tapi, kamu degil tetap jugak nak tinggal dengan dia." Kata Puan Alina sambil menyeduk nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada anak gadisnya itu.

"Habistu, kalau keluar daripada banglo mewah tu. Zana nak tinggal dekat mana?" Soal Anzalna selamba.

"Dengan Mama." "Dekat rumah ni." Anzalna mencebikkan bibirnya. Dia tidak pasti sama ada berapa jam yang dia mampu tinggal di rumah sebegini agaknya. Puan Alina hanya tersengih melihat reaksi anak perempuannya itu. "Hurm, Mama tahu yang kamu tak akan selesa tinggal dekat sini kan. panas lepastu tak ada air-cond. Tilam tak payah cakaplah nak selesa sebab Mama cuma tidur pakai lembik yang Mama beli dekat pasar raya je."

Anzalna tersengih macam kerang busuk. Nasi di dalam pinggannya sudah ada setengah dia makan.

"Tapi kan Mama. Lebih baik duduk dekat rumah macam ni daripada duduk dalam rumah mewah yang macam nereka tu." Anzalna sudah memulakan misinya untuk memberitahu Mamanya pasal perbalahan antaranya dan juga Encik Nazir pagi tadi.

"Kenapa kamu cakap macam tu? Apa yang Papa dah buat dekat kamu?" Soal Puan Alina dengan wajah yang serius. Dia benar benar ingin tahu apa yang telah berlaku sehingga anak gadisnya ini membawa diri ke rumahnya. Kalau selalunya usahkan datang nak bertemu pun dia ajak jumpa di luar.

"Actually, Papa memang dah melampau tau Mama hari ni. Ada ke patut dia paksa Zana untuk kahwin dengan Asyraf anak saudara dia tu. Zana tak nak but dia still paksa Zana." Kata Anzalna bersungguh. Dia meletakkan sudu di dalam pinggan. Selera makannya sudah terbantut bila bercerita pasal Papanya. Namun itu memang hajat kedatangannya ke sini.

"Asyraf yang suka buli kamu masa kecil kecil dulu?"

Anzalna mengangguk laju. Semua kenal dengan sikap Asyraf yang suka membulinya dahulu. Lebih lebih lagi semasa pulang ke rumah Tok wan dan semua sanak saudara berkumpul. Di situ dia mengambil peluang untuk membuli Anzalna.

"Habistu, kamu setuju?" Soal Puan Alina lagi. Dia memandang anak perempuannya itu tepat.

Anzalna mencebikkan bibirnya. "Zana tak nak tapi Papa tak boleh terima dia tetap paksa untuk Zana kahwin dengan anak buah dia tu. Lepastukan Mama. Papa lempang Zana sebab Zana tak nak terima desakan dia tu." Anzalna terus mengadu kepada Mamanya tentang Papanya menamparnya pagi tadi dan siap menunjukkan lagi pipinya yang masih merah itu.

"Ya Allah, apa dah jadi dengan Papa kamu tu. Makin lama perangai makin menjadi jadi." Kata Puan Alina dengan menekup mulutnya. Dia mengelengkan kepalanya.

Setelah seharian duduk bersama Mamanya hari ini. Akhirnya, Anzalna terpaksa membawa diri apabila jam sudah menunjukkan pukul 5 petang dan matahari mula hampir tenggelam. Dia sebenarnya berat hati untuk pulang ke rumahnya namun dalam masa yang sama dia juga tidak selesa duduk di rumah Mamanya. Anzalna terus memandu keretanya dengan kelajuan yang biasa dibawanya seperti selalu sehinggalah tiba di simpang tiga sewaktu dia ingin membelok Anzalna tidak perasan yang ada seorang lelaki sedang melintas jalan di hadapannya. Tanpa sempat menekan brek dia terlanggar lelaki yang melintas jalan itu tadi. Jantungnya berdegup kencang saat ini kerana sebelum ini dia masih belum pernah melanggar sesiapa bahkan binatang juga. Anzalna rasa tidak sedap hati dan dia segera turun daripada keretanya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada seorang lelaki yang terbaring kaku di hadapannya itu.

Bersambung...


Author Image

Pink Fong
Hai... Ini adalah karya pertama saya dalam matnovel.. Saya harap ianya dapat diterima oleh pembaca sekalian...

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas