Home Ads

Wednesday, October 5, 2016

AIRIS: Bukan kisah manusia biasa

Oleh : Danial Haikal


1. Airis

Malam itu agak dingin sebab hujan baru saja berhenti. Kelihatan kelibat seseorang sedang duduk bersendirian di bus stop yang sunyi itu. Wajahnya sedikit pucat, sedang menyilangkan tangannya menutupi tubuh. Menggigil kerana kesejukan. Sesekali dia mengusap dahinya dan kembali menyelitkan helaian rambut yang terkeluar dari snowcap itu. Dia tidak gelisah, tapi seperti tidak keruan. Kepalanya sesekali menoleh kekiri dan kekanan. Menanti sesuatu untuk muncul dari selekoh jalan itu.

Jam ditangan kanannya menjadi penanda. Nampaknya apa yang telah diaturkan sudah berganjak jauh dari waktu asal. Perlahan-lahan ada rasa seram sejuk menangkap perasaannya. Dari hujung kaki, naik keatas kepala. Ah, kesabarannya tercabar.

Dia bangun dari tempat duduknya. Mahu berdiri dan berjalan seketika sebab keadaan semakin membeku. Semakin lama waktu berlalu, dia semakin risau. Tiba-tiba satu bunyi perlahan tetapi bingit memecah kebuntuannya. Diseluknya kocek seluar jeans dan dikeluarkan satu alat kecil sebesar smartphone. Terus berubah air mukanya. Badannya dipusingkan kebelakang, berundur beberapa tapak. Posisinya bersedia untuk bertahan.

Brussshhh!

Sesuatu muncul dari celahan semak di belakang bus stop itu. Dia sedikit terlompat dan kuda-kudanya kelihatan semakin berpaksi. Dihadapannya kini adalah susuk seorang pemuda dalam keadaan cedera tapi sedang menghampirinya dengan perlahan. Oh my, ini bukan main-main.

"Kita kena lari cepat. Mereka semakin hampir.." kata pemuda tersebut.

"Juna! Teruk betul keadaan awak. Ss.. Saya minta maaf. Sebab saya semua orang dapat susah.."

"Semua ni bukan sebab awak lah. Manusia tu sendiri yang tamak. Sudahlah, saya dah perlahankan pergerakan mereka. Kita bergerak dahulu."

Pemuda tersebut memegang tangannya dan sekelip mata mereka hilang dari pandangan. Ketika itu juga ada jaluran biru neon menjalar disepanjang jalan kecil dan sunyi itu.

......

Ada kelibat lain muncul dari semak yang sama. Tadi hanya duduk diam memerhati tindakan mereka berdua. Melangkah keluar dengan perlahan. Dahinya sedikit berkerut tetapi bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Aku dah jumpa kau, Airis.."

Fin - Bahagian 1



Author Image

Danial Haikal
Terima kasih kerana membaca, mohon beri komen tentang cerita ini.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas