Home Ads

Monday, October 3, 2016

Kaki Hutang

Oleh: NAIzzatiNoh


“Ada kesah 4 orang tentera laut yang berlainan negara dihantar khas untuk menjalani latihan bersama seorang armanda tentera laut Jepun. Suatu hari seorang di antara mereka mati dibunuh. Armanda mengumpulkan kesemua tenteranya untuk mendapatkan Alibi. Tentera dari Malaysia dikatakan sedang menyiapkan makanan, tentera dari Russia dikatakan sedang mencuci dibahagian dalam kapal manakala tentera Amerika pula sedang membetulkan bendera yang terbalik. Ko rase-rase siapa yang bunuh?” Soal Alias kepada Suhaimi.

“Entahle, yang penting semua tentera tu takde hutang” ujar Suhaimi selamba.

“Ape kena mengena pulak.. kalau tak tau..cakap le tak tau.. klau bo..” balas Alias sambil bersandar di dinding.

“Ape jawapannya?” celah Suhaimi yang telah menduga ayat Alias seterusnya.

“Ko cari sendiri! Hahaha” gelak Alias sambil tak menyangka rakan baiknya sedungu itu.

“ok, aku pula bagi teka teki. Antara Syurga dan Neraka yang mane para mungkir janji bakal masuk secara percuma?” soal Suhaimi memasang perangkap.

“Nerakalah!, apehal pulak orang jahat nak masuk syurga..memang tak dapatla..” Jawab Alias penuh bangga kerana tak sampai dua saat pun dia menjawab teka-teki itu.

Tiba-tiba Alias terasa something wrong somewhere.. Dia memandang Suhaimi dan Suhaimi memandang Alias. Mereka saling berpandangan seperti Romeo and Juliet yang berpandangan berminit lamanya.

“Ala, nanti hutang kau tu aku bayarlah. Kau ni macam Alongla..” Alias yang sememangnya tak senang dengan situasi itu membetulkan kedudukannya.

“Bila yas? Dah masuk 3 bulan dah kau tak bayar.. bukan sikit, 5 ribu tu..” ujar Suhaimi dengan nada sedikit tinggi.

“Bila senang, aku bayarlah mi.. aku belum dapat untung lagi” jawab Alias acuh tak acuh. “Bukan ape yas, aku tau ko ade pinjam kat kawan-kawan yang lain.. orang kampung skang semua bercerita buruk fasal ko tau, kate ko selalu buat kunjungan rasmi ke kedai judi.. haram semua tu!” Suhaimi mengingatkan teman sepermainannya.

“Orang kampung memang macam tu, kolot! Busy body manjang. Dah le Mi, aku nak balik.. nanti klau aku dah kaya, aku bayar balik!” ujar Alias sambil memakai selipar jepunnya lalu bergegas pulang. Suhaimi hanya memerhatikan sahabatnya yang seperti orang hilang arah. Dah berbakul- bakul Suhaimi menasihatkan temannya, haram satu benda tak dihiraukan Alias.

***

Pagi yang gelap kini sudah terang kerana sebelum ini hujan turun dengan lebat hampir 1 bulan di sekitar Bandar Melaka dan kawasan setempat dengannya. Alias atau nama sebenarnya Jamil@Saad Bin Minit telah 1 bulan juga la dok penuhkan rutin waktu siangnya dengan tidur umpama lama lagi nak kiamat. Pada malam hari, beliau akan berfoya-foya dengan rakan persejuangannya memburu kepuasan nafsu di kelab-kelab malam berhampiran.

“Wahai sahabat-sahabat setan semua, malam ni aku belanja!” Offer Alias itu disambut dengan tepukan gemuruh dan jeritan “wowowo” oleh rakan sehobinya itu.

“Yas, camne ko boleh banyak duit camni? Ko bukannye keje pun” Tanya Zack yang nama sebenarnya Zakaria Othman.

“Mak Bapak aku menteri beb! Simpanan diorang sampai aku mampus pun tak habis!” Ujar Alias sambil hidungnya kembang kempis petanda riak ya amat.

“Wah, untungnya kau! Duit rakyat ko bawa pergi joli!” celah Aaron atau nama sebenar Harun Amin sambil meminta segelas cawan besar berisi air Mazmumah. “Hahahaha, itu pun masih ramai yang bodoh lagi undi Mak Bapak aku yang penyamun tu!” Kata- kata Alias disambut gelak ketawa berdekah oleh rakan-rakannya yang separuh mabuk.

***

Di rumah usang di pinggir bandar.. Alias mundar-mandir tak keruan memikirkan sesuatu. Dibelek-belek dompetnya yang kosong habuk pun takde.

“Ha, itulah anak menterilah, anak rajalah..skang satu sen pun takde” Bisik Alias sedikit gusar.

“Takpe, sekarang juga aku pergi mengadap Suhaimi!” yakin Alias lalu bergegas ke rumah Suhaimi.

***

“Takde, takde yas..cukuplah.. mula-mula 10 hinggit, pastu naik 100 hinggit, pastu up lagi sampai 5000 aku bagi kat ko, skang ko nak pinjam lagi.. apeciter ni yas?!” marah Suhaimi.

“Macam ni lah kawan, aku tengah susah kau tak nak tolong pulak” jawab Alias bajet macam dia pula kawan yang dikhianati.

“Bukan taknak tolong..yas, bawa-bawa la berubah..umur kita ni makin meningkat, Allah maha menerima taubat” nasihat Suhaimi.

“Dah la, ko tak payah nak berkhutbah dengan aku! banyak lagi kawan yang boleh tolong aku” pekik Alias yang sememangnya allergy dengan nasihat-nasihat berbaur agama ni.

Alias pulang hampa. Sepanjang perjalanan pulang dia memikirkan kat mane lagi dia boleh mendapatkan sumber wang. Sampai di hadapan rumah pusaka arwah ibunya, dia ternampak kelibat 3 orang Along yang tengah possing seperti sedang menjalani photoshoot di tangga rumah Alias.

“Boleh tak, kalau ko nak kutip hutang jangan sampai pecahkan pasu aku segala” marah Alias kepada 3 orang Along.

“Mane 50 ribu aku?” kata salah seorang Along sambil menjerut leher Alias. “Ade, ade..kejap aku ambil” jawab Alias ketakutan sambil menyeluk saku seluarnya.

“Ni ada 50 sen aku jumpa kat tengah jalan tadi.” Jawab Alias selamba.

“Ko memang saje tempah maut ni!” jerit along ke-2 dan diikuti penumbuk sebijik singgah ke perut Alias oleh along ke-3.

“Sorry, esok aku janji akan bayar semua hutang kau..i’m promise” Alias berjanji kali yang ke berapa puluh entah. “Orang macam kau ni tak boleh nak caye! Esok ko tak bayar, sebelum malaikat maut datang jumpa ko, kami cabut nyawa ko dulu!” tengking ketiga-tiga Along dengan serentak sekali gus meninggalkan kejanggalan di antara mereka. Macam mane boleh serentak, ayat panjang tu.

***

Malam itu memang Alias tak dapat tidur. Ape taknya esok mungkin hari terakhirnya di muka bumi. Dia tak mahu mati di usia yang muda. Baru 35 tahun beb. Fikir punya fikir, Alias mendapat satu idea yang bernas baginya. Malam itu juga Alias mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk pergi...MEROMPAK!

Dengan berbekalkan keazaman yang jitu Alias berjaya memecah masuk rumah mangsa. Alangkah malangnya Alias ditangkap on de spot. Rumah yang Alias rompak itu adalah rumah ketua polis negara. Kesudahannya malam itu juga dia disumbat ke dalam penjara. Kiranya malam itu adalah malam 1001 malam kerana semua perkara yang tak best terjadi dalam satu malam. Alias dipenjarakan selama 50 tahun atas keberaniannya untuk merompak rumah KPN.

“Kalau keluar penjara mesti umur aku dah 80 lebih, dah ganyut! Apelah malang nasib aku? Tuhan kejam!” Alias bermonolog.

“Ini tandanya Tuhan sayang pada kamu” celah seorang banduan yang berada jauh di sudut jel yang sama.

“Mane ade orang masukkan orang tersayang dalam penjara, logiklah sikit” bantah Alias.

“Kat luar kita sering mengerjakan dosa, kerana Allah sayangkan kita, Dia memenjarakan kita daripada berlaku sedemikian. Dan Dia juga memberi peluang kita bertaubat semasa kita dipenjara. Lebih baik penjara dunia daripada di sumbat dalam penjara Allah kekal selamanya” ujar banduan itu dengan tenang.

Alias tersentak, dia berfikir kembali dosa-dosa yang dia lakukan.

“Secara logiknya Aku yang biadap dengan Tuhan, apehal pulak nak layak disayangi oleh-Nya.” Tanpa diduga air mata jantannya jatuh membasahi pipi. Dia menyesali apa yang dia lakukan selama ini.

“Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi penyayang. Dia maha menerima taubat” sambung banduan itu disertai senyuman manis.

“Terima kasih bang, abang ni siapa?” soal Alias sambil membalas senyuman banduan itu.

“Abang adalah banduan terakhir, esok adalah hari abang” kata banduan itu sambil tersenyum.


Author Image

Ini adalah percubaan pertama saya, jika ada komen yang membina, mohon tunjuk ajar. Saya idamkan berkolabrasi bersama kartunis Malaysia!
ShuninNain

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas