Home Ads

Wednesday, February 1, 2017

Simfoni

Oleh : Iqram Akmal


Diari 2


Waktu rehat pula bermula beberapa minit selepas sesi pengajaran dan pembelajaran oleh Cikgu Boon Peng bermula untuk mata pelajaran Matematik. Semasa waktu itu bermula, ramai murid berasa gembira dan keluar dari kelas untuk ke kantin dengan tenang. Walau bagaimanapun, kali ini waktu itu tidak berjaya menggembirakan hati Aqram Aqmal.

Dia terpaksa menghadapi rakan sekelas dia yang tidak keluar rehat semata-mata hendak mendapatkan penjelasan daripada remaja itu. Peristiwa pengakuan daripada Jae Eun bahawa Aqram Aqmal ialah 'tunang' dia telah mengejutkan semua orang, membuatkan segala soalan mengenai Jae Eun tertumpu kepada Aqram Aqmal.

"Ada penjelasan terhadap apa yang telah berlaku, Aqram Aqmal?" soal seorang perempuan di kelas Aqram yang bernama Shareena Ezani. Suasana mula menjadi tegang semasa soalan itu keluar dari mulut Shareena. Mujurlah Jae Eun dibawa oleh Cikgu Boon Peng untuk menyelesaikan urusan yang belum lagi diselesaikan oleh Jae Eun sebagai pelajar pertukaran.

Aqram Aqmal hanya senyap, melihat wajah rakan disebelah tempat dia duduk, iaitu Chung Xiang. Chung mengangguk kepalanya sebagai tanda sokongan kepada Aqram Aqmal untuk menjawab soalan daripada Shareena Ezani. Kemudian, Aqram pun menarik nafas panjang dan menghembuskannya dengan perlahan sebelum dia memulakan cerita dia yang dikhaskan untuk rakan sekelas.

"Saya jumpa Jae Eun semasa saya sedang melayari laman web Facebook. Masa tu, saya suka terima je permintaan terima jadi rakan di laman web tu walaupun saya belum kenal dia. Selama beberapa bulan, kami mula jadi rapat selepas bersembang dan dia gelar saya 'tunang' dia. Saya ingat tu hanya dalam laman sosial je. Tak sangka pula jadi realiti."

Kata-kata Aqram Aqmal tamat di situ. Semua rakan sekelas dia yang tekun mendengar sebentar tadi masih lagi senyap walaupun Aqram Aqmal sudah habis cerita akan kebenaran di sebalik peristiwa yang telah berlaku sebentar tadi. Sembilan saat kemudian, mereka pun kembali bising. Salah seorang rakan di kelas Aqram yang bernama Shila Amylira tiba-tiba menjerit seperti orang gila.

“Adakah Jae Eun itu jodoh untuk Aqram Aqmal? Saya dapat rasa kelas kita akan jadi lebih menarik!” ujar Shila Amylira dengan perasaan gembira yang tidak terhingga.

“J-jangan merepeklah! Lagipun, Jae Eun kebetulan je dia masuk ke dalam kelas ni!” balas Aqram Aqmal dengan pipi yang kemerahan. Walau bagaimanapun, emosi dia pada waktu itu lebih menjadikan teori oleh Shila Amylira lebih kuat berbanding biasa. Akibatnya, dia tak dapat atasi teori itu dan hanya mampu senyapkan diri sahaja. Selepas jeritan Shila Amylira berakhir, Aqram Aqmal sentiasa mendapat ucapan ‘tahniah’ daripada rakan sekelasnya yang lain.

Lalu, loceng yang menandakan waktu rehat sudah tamat pun berbunyi, dan Jae Eun juga masuk semula ke dalam kelas dalam waktu yang sama loceng berbunyi dengan kuat! Semua orang di kelas hanya senyap semasa Jae Eun masuk ke dalam kelas, seakan-akan mereka hendak memberi laluan kepada perempuan dari Korea Selatan itu untuk ‘bergembira’ dengan Aqram Aqmal.

Ombak dalam hati Aqram Aqmal yang tenang selepas cerita semua mengenai dia dan Jae Eun kepada rakan sekelasnya kembali menjadi berombak apabila melihat perempuan itu di hadapannya dengan membawa beg plastik yang mempunyai dua biji roti dalamnya! Ombak yang dirasai oleh lelaki semakin besar apabila semua orang, termasuk Chung Xiang seakan-akan tidak peduli terhadap apa yang berlaku.

“Aqram, Cikgu Boon ada belikan dua biji roti ni untuk kita berdua. Kita makan bersama, boleh?” Dengar sahaja nama ‘Cikgu Boon’ keluar dari bibir Jae Eun, Aqram Aqmal terperanjat. Dalam hatinya, dia cuba menafikan Cikgu Boon Peng juga ‘ship’ dia dan Jae Eun. Memang dia sudah lama berbual dengan Jae Eun di laman sosial, tetapi dia belum bersedia untuk berjumpa di realiti.

“Tak boleh, Jae Eun.. waktu rehat dah tamat.” Aqram Aqmal cuba melengahkan masa untuk menunggu waktu cikgu untuk mata pelajaran yang seterusnya masuk ke dalam kelas dia, menyebabkan dia tidak akan makan roti bersama Jae Eun dengan perempuan itu di sebelah kanan dia yang memang tidak ada sesiapa duduk atas sebab tertentu.

“Tapi, cikgu dah susah payah beli dua biji roti ni untuk kita berdua.”

“Memang tak boleh. Oh, nampaknya cikgu dah nak sampai. Duduk di tempat awak, Jae Eun.” ujar Aqram Aqmal sambil tersenyum. Dia menganggap rancangannya itu berjaya apabila Jae Eun terus meletakkan semula dua biji roti itu kembali masuk ke dalam beg plastik.

Walau bagaimanapun, Jae Eun tidak berganjak dari tempat dia duduk.

“Kenapa awak tak bergerak lagi?”

“Sebab inilah tempat duduk saya.” balas Jae Eun sambil ketawa kecil. Waktu itu, Aqram Aqmal seperti hendak menjerit kerana dia terpaksa melayan gadis yang sudah mula dia anggap ‘lebih menyusahkan’ berbanding semasa dia berbual dengan dia di laman sosial.

Perbualan dua orang itu berakhir apabila seorang lelaki memasuki kelas. Kelihatan cikgu bernama Rasyidi sedang memasuki kelas Aqram Aqmal, sambil membawa buku Sains Sukan di tangannya. Selepas semua mengucapkan salam dan diberi kebenaran untuk duduk, cikgu yang memang senyap sahaja itu terus menulis sesuatu di papan putih. Waktu itu, fokus Aqram Aqmal mula hilang kerana Jae Eun di sebelahnya.

Apakah yang Cikgu Rasyidi cuba tulis di papan putih untuk ditunjukkan kepada semua orang di kelas?

Diari 1
Author Image

Iqram Akmal
Saya berharap agar pembaca dapat membaca karya saya dengan tenang dan mengambil apa-apa nilai murni yang saya tanamkan dalam karya.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas