Simfoni
Oleh : Iqram Akmal

Diari 4
Syafiz Qayyum sedang berdiri di hadapan seorang lelaki yang lebih tua berbanding dia. Lelaki itu mempunyai perut yang buncit dan mempunyai rambut yang nipis serta misai yang tebal. Nama lelaki itu ialah Arhir dan bekerja sebagai guru. Arhir juga telah menyediakan rumahnya sebagai dia dan Aqram Aqmal tinggal.
"Ada apa cikgu hendak jumpa saya ni?" tanya Syafiz Qayyum kepada Cikgu Arhir selepas dia meminum segelas teh kosong yang disediakan oleh cikgu Arhir kepadanya.
Walaupun Cikgu Arhir ialah bapa kepada Qayyum, tetapi Qayyum lebih selesa memanggil bapa dia itu cikgu semasa berada di kawasan sekolah. Gelaran ‘ayah’ itu hanya dia akan guna apabila berada di dalam rumah mahupun luar kawasan sekolah.
"Pelajar pertukaran dari Korea Selatan yang bernama Jae Eun tu akan berada di rumah cikgu bersama korang berdua sepanjang dia berada di sekolah kita. Pada mulanya, kami nak bagi dia tinggal di hotel, tetapi Jae Eun tolak tawaran pihak sekolah. Selepas beberapa jam berbincang, Jae Eun buat keputusan tinggal di rumah cikgu." ujar Cikgu Arhir dengan nada serius.
"Saya tahu tentang tu dari Cikgu Boon Peng. Jadi, kenapa suruh saya jumpa cikgu sedangkan saya dah tahu tentang tu?" tanya Qayyum lagi. Kali ini, dia bertanya soalan kepada Cikgu Arhir mengenai perkara yang cikgu di hadapannya itu kata dengan pandangan tajam, seakan-akan curiga terhadap Cikgu Arhir.
Cikgu Arhir membuka langsir dan melihat pemandangan diluar Balai Seri Cendana, iaitu tempat Badan Disiplin Sekolah menjalankan tugas mereka. Kelihatan dua pelajar lelaki sedang berjalan sambil berbual sesama mereka dan membawa sebotol air mineral yang dibeli dari mesin minuman berdekatan. Kemudian, dia pun kembali ke topik utama dengan membalas soalan kedua Syafiz Qayyum.
"Sebenarnya, dalam lima bulan ni cikgu akan berada di Kuala Lumpur kerana urusan tertentu selama tiga bulan dan akan bergerak ke sana malam ni. Tugas awak, pastikan Aqram Aqmal tak buat apa-apa yang pelik terhadap Jae Eun, sama ada semasa di rumah mahupun kawasan sekolah. Ibu mungkin ada, tapi memandangkan dia sentiasa sibuk, dia tak dapat tinggal di rumah dalam masa yang lama. Lagipun, aya tahu tentang khabar angin tentang pengakuan Jae Eun terhadap Aqram sebagai 'tunang' dia, tapi buat masa ni biarkan sahaja suasana romantik tu dikawal. Faham?" Syafiz Qayyum terus berdiri dan meletakkan tangan kanan dia di atas dada kiri, sebagai tanda dia akan cuba laksanakan arahan Cikgu Arhir itu dengan penuh berdedikasi.
"Faham, cikgu. Lagipun, saya pasti Aqram Aqmal tak akan jadi begitu. Saya yakin tentang tu." kata Qayyum, sebelum dia mengizinkan dirinya untuk mengundur diri daripada bilik Cikgu Arhir.
*****
Mulut Aqram Aqmal terlopong semasa melihat tempat tinggal kepunyaan Jae Eun, seorang pelajar pertukaran dari Korea Selatan di sekolahnya di mana gadis tersebut telah mengaku Aqram sebagai 'tunang' dia, walaupun itu hanya gelaran Aqram kepada Jae Eun semasa bersembang di Facebook sepanjang masa.
Rumah yang mempunyai tiga tingkat dan mempunyai pintu pagar yang besar itu mengejutkan Aqram, kerana rumah itu adalah rumah kepunyaan Cikgu Arhir yang menjadi tempat tinggal dia dan Syafiz Qayyum!
"Ini rumah sayalah, Jae Eun! Takkanlah.. awak tinggal di sini? Tolong jangan cakap yang awak memang akan tinggal di sini sepanjang lima bulan." pinta Aqram dengan suara yang kuat. Walau bagaimanapun, Jae Eun dengan selamba berkata bahawa memang dia akan tinggal di rumah besar yang menjadi tempat tinggal kepada lelaki itu mahupun Syafiz Qayyum, membuatkan kebarangkalian Aqram hendak menjerit perkataan 'tidak' semakin meningkat.
Jae Eun pula melihat Aqram dengan wajah yang khuatir. "Aqram, awak ok? Macam tak sihat je. Maaf atas perbuatan saya tadi. Saya terlalu gembira sebab dapat tinggal dengan awak, sampai tak sedar jadi macam ni." kata Jae Eun kepada Aqram Aqmal. Muka dia waktu itu begitu risau terhadap keadaan Aqram.
Aqram Aqmal terus mengangkat tangan kirinya, sambil membuat simbol 'ok' pada tangan yang dia angkat itu sebagai tanda dia baik-baik sahaja. Sebenarnya, dari tadi dia cuba untuk mengumpulkan oksigen yang ada di udara melalui proses pernafasan kerana terlalu kepenatan akibat berlari dengan laju ke rumah dia.
"Saya tahu macam mana nak buat awak sihat. Mari, ikut saya!" kata Jae Eun sambil menunjukkan jari telunjuknya ke atas, kemudian menarik tangan kiri Aqram Aqmal dengan tangan kanan dan membuka pintu pagar menggunakan tangan kiri. Rumah yang berwarna biru laut itu segera dimasuki oleh dua remaja yang unik dari aspek rupa mahupun personaliti itu.
Selepas memasuki rumah Cikgu Arhir yang menjadi tempat tinggal Aqram Aqmal dan Syafiz Qayyum, Jae Eun terus berbaring di halaman rumah itu tanpa rasa ragu-ragu dan mula menyebut perkataan yang Aqram pun tidak faham. Aqram Aqmal yang hairan dengan perangai Jae Eun yang berubah sekelip mata itu hanya berdiri dan melihat sahaja.
“Kenapa berdiri je? Buatlah juga bersama-sama dengan saya!” ujar Jae Eun kepada Aqram Aqmal sebelum dia menarik kaki kiri Aqram, menyebabkan lelaki itu terjatuh di sebelahnya.
“Aduh! Jangan buat macam tu, boleh tak? Tambahan pula, awak nak saya suruh buat apa ni?” tanya Aqram Aqmal dengan suara yang tinggi. Jae Eun terus menunding jari telunjuk dia ke arah matahari di atas langit. Kemudian, dia memegang tangan kiri Aqram, sambil tersenyum, menyebabkan pipi Aqram sekali lagi merah.
“Makan matahari.” kata Jae Eun, selamba.
Aqram Aqmal yang mendengar jawapan daripada Jae Eun itu mula mengerutkan dahinya.
“Makan.. apa?” soal Aqram lagi. Jae Eun terus meletakkan jari tangan kanannya di atas bibir Aqram Aqmal sebagai tanda untuk menyuruh lelaki itu senyap untuk seketika.
“Ikut je! Sekarang, baring menghadap matahari dan sebut ‘paku-paku’ beberapa kali, hingga awak dapat rasa kemanisan cahaya matahari pada waktu tengah hari ni. Saya pasti awak akan rasa lebih sihat berbanding biasa. Lagipun, hari ni matahari berasa strawberi. Cubalah!” balas Jae Eun sambil menunjukkan senyuman di bibirnya.
Aqram Aqmal mengangguk faham dan buat sahaja seperti apa yang Jae Eun arahkan. Menyebut ‘paku-paku’ selama sepuluh kali di atas cahaya matahari yang panas, dia mengesat peluh yang berkumpul di dahinya.
Dia rasa pelik akan cara Jae Eun dapat menahan panas pada waktu tengah hari itu. Apabila dia melihat Jae Eun, dia terkejut apabila mendapati gadis itu sedang menggunakan payung untuk melindungi kepalanya.
“Kurang ajar, rupa-rupanya dia pakai payung nak lindungi kepala dia.” ujar Aqram Aqmal dalam hati. Masa itu juga, dia terdengar satu suara di belakang. Suara tersebut begitu kuat hingga buatkan Jae Eun terperanjat.
“Apa yang korang buat ni?”
Aqram Aqmal terus terkejut mendengar suara orang itu. Suara kepunyaan Syafiz Qayyum yang baru sahaja pulang daripada sekolah membuatkan Aqram Aqmal terus malu kerana dia baring di atas halaman rumah bersama dengan Jae Eun untuk aktiviti ‘makan’ matahari.
“S-Syafiz.. saya boleh jelaskan.. jangan fikir yang bukan-bukan. Please!” ujar Aqram Aqmal dengan nada yang ketakutan. Syafiz Qayyum memandang Aqram Aqmal dan Jae Eun dengan tajam, lalu ketawa terbahak-bahak. Dahi Aqram Aqmal terus berkerut melihat tindakan sepupu dia itu manakala Jae Eun yang baru sahaja selesai dalam melakukan aktiviti ‘makan’ matahari turut ketawa bersama-sama dengan Syafiz Qayyum.
“Awak fikir saya akan fikir bukan-bukan ke? Jae Eun sedang ajar awak cara nak ‘makan’ matahari, walaupun tu merepek, kan?” Walau bagaimanapun, Aqram Aqmal tidak dapat mendengar pertanyaan Syafiz Qayyum kerana kepalanya mula pitam akibat terdedah pada cahaya matahari dan cuaca panas dalam masa yang terlalu lama.
Kemudian, dia pun pengsan.
No comments:
Post a Comment