Home Ads

Monday, February 6, 2017

Merah Jingga

Oleh : LycheeRambutan


1 - Chidori dan Sharingan


Disclaimer : Semua watak-watak berikut dipinjam daripada anime/manga Naruto Shippuden Kishimoto Masahi. Cuma saya gubah menjadi Alternate Universe, dan Naruto menjadi wanita bernama Naruko. Genderbending/Tukar jantina itu normal dalam penulisan fanfiction. Saya tidak mendapat sebarang faedah kewangan daripada penggunaan watak-watak berikut. Sekian, terima kasih.

Inspektor Naruko Uzumaki, 29 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kriminologi & Psikologi Jenayah, asalnya berkhidmat dengan Polis Sunagakure tetapi hari ini berada di Konoha atas jemputan kerja Ketua Polis Konoha. Wanita berambut kuning secerah matahari, dan bermata biru sesejuk lautan itu seorang yang mudah mesra. Kadangkala dia nampak tegas tetapi semua hanya kerana tugas sebagai pegawai polis.

"Selamat pagi, saya ASP Yamato, kami berbesar hati Puan dapat hadir ke Konoha secepat mungkin," ASP Yamato berkata sambil mereka berjabat tangan.

"Terima kasih Tuan, saya juga berbesar hati dapat berkhidmat di bandar di mana bapa saya pernah berkhidmat, saya anak jati Konoha," ujar Naruko. Bukan dia berniat untuk bermegah-megah dengan statusnya sebagai anak kepada detektif bersara Minato Namikaze, tetapi dia tahu ASP Yamato merupakan pegawai junior yang mengenali bapanya dengan rapat. Bapanya sudah berpindah ke Sunagakure bersamanya, namun Konoha tetap di hati Naruko.

"Bagaimana hidup Tuan Namikaze sekarang? Sibuk menimang cucu" tanya Yamato.

"Ayah saya sihat. Cucu belum lagi, lagi sepuluh tahun mungkin,” Naruko rasa tidak perlu dia sebutkan bahawa dia anak tunggal bapanya. Dan jelas sekali dia masih bujang jadi bagaimana bapanya mahu menimang cucu.

"Saya doakan yang terbaik untuk ayah dan keluarga kamu ya. Mari duduk, Obito akan memulakan penerangan sebentar lagi."

“Saya Detektif Obito Uchiha, salam perkenalan Inspektor Uzumaki,” ujar lelaki yang berdiri bersebelahan ASP Yamato.

“Salam perkenalan,” jawab Naruko. Surname Obito itu mirip surname rakan lamanya, adakah mereka bersaudara? Naruko fikir dia boleh bertanya lain kali. Hari ini dia ada urusan kerja penting.

“Puan boleh duduk untuk kita mulakan penerangan,” pelawa Obito.

Konoha berdepan dengan dua orang vigilante misteri yang menumpas kejahatan secara haram. Mereka membelakangkan pihak polis dan Datuk Bandar memandang serius perkara itu. Masyarakat menggelar vigilante berdua itu sebagai Sharingan dan Chidori.

Obito memainkan sebuah video temuramah seorang saksi yang pernah berhadapan dengan vigilante itu. Visual seorang makcik memakai selendang merah jambu dan berbaju kuning cair muncul di skrin. Makcik itu jelas nampak gugup.

Ada seseorang menutup lampu bilik itu agar bilik menjadi gelap dan visual di skrin semakin terang. Naruko menoleh ke belakang dan nampak seorang lagi pegawai polis bergerak mengalih kerusi di belakang Naruko, namun pegawai itu tidak mempedulkannya dan hanya berdiri di belakang sana. Naruko kembali menonton video tersebut.

........................................

"Di mana makcik berada ketika lelaki itu menemui makcik dan pencuri itu?"

"Dia bukan sebarang lelaki nak, dia ialah wira. Kami gelar dia Sharingan sempena legenda mata merah. Makcik gembira dapat bertemu dia. Memang tak sangka,"

"Ok, makcik terus ceritakan mengenai pertemuan makcik ya?"

Makcik itu senyum dan tertawa, "Hahaha, Makcik gugup nak. Ini kali pertama makcik disoal polis. Pada malam kejadian tu, yan ada di rumah hanya makcik dan cucu-cucu, seorang lima tahun dan seorang lapan bulan. Ibu dan bapa mereka bekerja luar kawasan. Hujan ribut tumbangkan tiang elektrik depan rumah jadi kami bergelap. Yang cucu makcik menangis jadi makcik keluar untuk cari lilin di stor yang ada di luar rumah."

Pegawai polis tersebut bertanya lagi, "Bila perompak menyerang makcik?"

"Ketika makcik tengah berjalan daripada rumah ke stor, tiba-tiba makcik ditolak. Makcik jatuh dan orang jahat tu rentap gelang emas makcik. Perompak tu halang makcik daripada meronta, dia tekan makcik ke bawah, tapi makcik tetapmeronta-ronta. Makcik memang ingat dia nak mencabul makcik, tapi kemudian dia pegang kuat-kuat tangan makcik dan marah, "Kalau makcik nak selamat, bagi aku gelang makcik."

"Jadi makcik berasa marah sangat sebab itu sahaja harta yang mendiang suami makcik tinggalkan. Ia simbol susah dan senang perkahwinan kami. Tiba-tiba ini pencuri boleh datang dan minta sesuka hati dia.” Makcik itu berkerut-kerut wajanhyna bercerita.

"Dan kemudian?"

"Makcik baru nak buka rantai itu, apabila ada bayang-bayang muncul di belakang kami. Bayang-bayang itu berkata dengan suara kasar pada perompak itu, "Jika kau sayang nyawa kau, lepaskan makcik itu dan beri balik barang dia. Buat malu melawan makcik tidak berupaya." Lepas tu orang jahat tu lepaskan makcik dan cuba meneyrang bayang-bayang itu. Makcik terus lari masuk rumah."

"Selepas itu apa yang berlaku?"

"Bayangan itu, makcik tau itu ialah Sharingan, dia melompat ke arah pencuri itu sambil menjerit, "Puan telefon polis!" Masuk je rumah, makcik terus kunci pintu dan telefon polis.“

"Bagaimana rupa Sharingan itu? Polis itu bertanya.

“Makcik tak nampak dia dengan jelas, tapi dia tinggi, mungkin 6 kaki lebih. Dia pakai serba hitam, daripada percakapannya macam orang sini. Tapi tak pastila sebab menantu makcik yang asal Suna pun boleh dah cakap fasih macam orang Konoha. Rambut dia macam tajam-tajam, yang penting mata dia merah. Oh, dan dia seorang lelaki sebab suara dia macho, kasar. Tapi makcik tak nampak Chidori pula. Hanya Sharingan seorang yang ada."

"Ok makcik, kita berehat dahulu sebab dah tiba makan tengah hari. Terima kasih."

"Sama-sama. Makcik harap kamu tak tangkap Sharingan."

"Itu luar bidang kuasa kami makcik, ok silakan kita makan dahulu.

........................................

Naruko memandang ASP Yamato setelah video itu tamat dan lampu dipasang semula. "Kes yang saya siasat di Suna, vigilante itu mereka gelar Amaterasu. Amaterasu merupakan legenda tempatan Suna, ia kisah mengenai manusia separuh bunian yang bermata merah.”

“Saya sudah baca laporan mengenai Amaterasu, kerana itu kami memohon kerjasama kamu. Amaterasu ada persamaaan dengan Sharingan dan Chidori, mata mereka dikatakan merah dan mereka berpakaian serba gelap.” terang Yamato.

“Jika di Konoha mereka berdua, namun Amaterasu hanya beraksi seorang sahaja. Saya pasti ada perkaitan rapat antara Amaterasu, Chidori dan Sharingan. Kita perlu siasat sama ada mereka orang yang sama, peniru atau mereka ialah tiga individu yang berbeza."

Tuan ASP Yamato mengangguk dan menambah, “Kami bersedia untuk membantu apa sahaja yang Puan perlukan.”

"Panggil saya Naruko sahaja, Tuan ASP," jawab Naruko.


Author Image

LycheeRambutan
Saya bermula dengan fanfiction sejak 2015. Kemudian pernah menang no 2 pertandingan menulis cerpen tahun lepas dan kini berangan nak menulis novel original.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas