Home Ads

Monday, February 13, 2017

Muazzin

Oleh : Krakatao


Bab 1 - Dia Imamku


"Damia, kenapa you tak boleh terima I ?", tanya lelaki itu.

Dengan muka yang menjengkelkan Damia membalas "You are not suitable to be my husband! ".

Damia terus berlalu pergi meninggalkan jejaka malang itu bersendirian. Dalam hati Damia bermonolog bersendirian ‘lelaki semua sama saja.’ Kelihatan Damia seolah-olah sedang meracau atas sebab tertentu.

" Damia! " sapa Rina dengan mesra terhadap wanita bernama Damia.

" Oh kau Rina, kau nak apa? ", tanya Damia dengan malas.

" Tadi saya nampak awak macam marah-marah je tadi. Awak ‘reject’ orang lagi ke? ", tanya Rina sambil tersenyum mesra.

Damia mendongak memandang Rina di hadapannya. Rina yang berada di hadapannya kini kelihatan manis bertudung bawal. Wajahnya yang cantik dan kelihatan alim itu juga menjadi pakej beliau seolah-olah seperti wanita melayu terakhir. Malah, bila difikirkan balik , Rina cukup sempurna di hadapan jejaka sebagai isteri solehah. Bertentangan dengan dirinya, dengan rambut ikal mayang berwarna perang, mata yang menggoda, pakaian yang ala-ala kebaratan, di mata lelaki dia tidak ubah seperti perempuan simpanan. 'Argh...kau dah cukup sempurna Rina. ' Damia bermonolog sendirian.

" Maaf aku ada kerja. " Damia berkata kepada Rina lalu bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus mengatur langkah menuju ke suatu destinasi yang tidak dapat dipastikan.

Rina yang masih terpinga-pinga terus pergi mengekori Damia. Damia yang sedar akan perkara itu terus laju berjalan . Tiba-tiba.....

BAMM!!!!!

"Aduh...", Damia mengerang kesakitan.

" Cik tak apa-apa ke? ", tanya jejaka yang berada di hadapannya kini.

Baru sahaja Damia ingin mencarut di hadapan jejaka itu, namun beliau terus memadamkan hasrat tersebut apabila di hadapannya kini berdiri segak seorang jejaka yang memakai topi, dengan pakaian yang bersih dan serba indah, ditambah dengan senyuman yang ikhlas. Ya... senyuman yang ikhlas.

" Ya saya ok.... ", jawab Damia dengan jawapan yang tidak terlintas di hatinya tadi.

"Oh, baguslah kalau begitu. Saya minta maaf ya kalau saya ada buat salah terhadap Cik. Saya minta diri dulu ya...", jawab lelaki itu dengan penuh mesra.

Damia yang masih terduduk di lantai hanya mampu memandang lelaki itu berlalu pergi dengan takjub. Tiba-tiba lelaki itu menoleh ke belakang memandang tepat ke arah Damia sambil berkata " Oh ya ! Assalamualaikum."

'Thump' bergegar jantung Damia mendengar kalimah itu. ‘Eh, apa yang dia cakap tadi?’, terpinga-pinga Damia di situ sendirian. Rina yang mengejar Damia tadi terus datang menuju kepada Damia.

" Damia, awak ok tak ni ?", tanya Rina kepada Damia.

Damia berkata " Err.... aku ada hal yang mustahak ni.... tolong jangan ikut aku ya? "

Kemudian, Damia terus berlari meninggalkan Rina. Terdetik di hati Rina ' kenapa dengan Damia tu? '

. . . . . . . .

" Damia...kenapa nangis ni? ", tanya Encik Khairul kepada Damia yang berusia 6 tahun itu.

Sambil teresak-esak menangis, Damia menjawab " semua orang penipu! Semua kawan Damia penipu!! "

Encik Khairul bertanya lagi " kenapa Damia cakap begitu? "

Damia menjawab " Tadi di sekolah, ada budak lelaki datang jumpa dengan Damia. Dia cakap dia suka Damia.... Damia pun gembira sebab budak tu macam baik"

Damia mendongak kepalanya sambil memandang ayahnya lalu menyambung " Tapi kemudian budak tu ketawa lepas tu cakap dia tak pernah cakap dia nak kawan dengan Damia"

Bergetar suara Damia tanda dia begitu sedih..... Damia berkata dengan penuh dendam " Damia benci lelaki...."

. . . . . . . . .

Damia sedari tadi sedang mengelamun apabila teringat akan kisah lampau beliau. Ya, dah 13 tahun berlalu sejak dari kejadian itu. Ayahnya juga sudah lama pergi menghadap Ilahi sejak dia berusia 7 tahun. Malas mahu memikirkan hal tersebut Damia terus bergegas mengekori jejaka tampan itu tadi.

Kelihatan seperti jejaka itu sedang menuju ke suatu tempat. Tiba-tiba Damia ternampak pemuda itu berhenti di sebuah bangunan. Bangunan itu kelihatan tersergam indah. Ada bentuk separuh sfera di atas bangunan itu. Tergamam seketika Damia di situ. Malah terketuk pintu hati beliau tatkala melihat bangunan yang tersergam indah di hadapannya itu. Serentak dengan itu Damia terfikir ' Bangunan apakah ini? Kenapa hati aku rasa sejuk bila memandang bangunan itu?’ Terusik rasa gentar dalam dirinya apabila ingin menjejakkan kaki ke dalam masjid itu.

Namun apabila melihat pemuda itu sudah masuk ke dalam bangunan itu, Damia bertekad untuk masuk kedalam bangunan itu. Hanya melihat bahagian dalaman bangunan itu sahaja sudah membuatkan Damia terpegun. Ukiran yang unik dan indah yang ada di sekelilingnya membuatkan Damia teringat akan peristiwa dahulu.

. . . . . . . .

" Damia jom masuk ke dalam masjid. Kita sama-sama berjemaah mengerjakan ibadah ya? ", tanya Encik Khairul kepada Damia yang berusia 6 tahun itu.

Damia bertanya kepada ayahnya " Ayah kenapa nak solat berjemaah? Solat sendiri kan lebih mudah? "

Encik Khairul tersenyum mendengar pertanyaan Damia itu lalu menjawab " Mengerjakan solat secara berjemaah lebih besar pahalanya. "

" Ooo baru Damia faham ", kata Damia yang naif itu.

Tanpa berkata apa-apa Encik Khairul terus menuju ke saf lelaki manakala Damia mengekori ibunya ke saf perempuan.

. . . . . . . . . .

‘Ah, ini masjid rupanya. Kenapalah aku tak perasan dari tadi’ bisik Damia sendirian. ‘Jadi inilah tempat orang solat’ bisik Damia lagi.

" Cik, cik terlupa bawa telekung ke? Kalau lupa saya ada bawa lebih.." sapa seorang wanita sebaya Damia dengan penuh mesra.

Damia yang masih tergamam menerima telekung itu dengan senyuman yang nampak begitu tawar.

Damia terus menuju ke tempat mengambil wuduk. Namun begitu, dia terpinga-pinga apabila tiba di tempat itu. Dengan wajah yang pucat Damia menepuk dahinya sambil bermonolog ' alamak! aku dah lupa cara nak ambil wuduk ni'

Melihatkan Damia yang terkedu di situ, wanita tadi itu membantunya dengan mengajarnya cara berwuduk. Dengan hati yang gembira Damia buat kali pertama dalam hidupnya dia menerima bantuan daripada seseorang.

Seusai berwuduk mereka sama-sama memakai telekung dan menunggu dengan penuh setia laungan azan untuk berkumandang. Damia yang seakan-akan sudah lupa objektif asal beliau ke situ juga turut sabar menunggu laungan azan untuk berkumandang. Tiba-tiba wanita tadi yang membantunya itu tertawa kecil melihat Damia. Damia agak terpinga-pinga apabila wanita itu mentertawakannya. Wanita itu terus mencapai cermin kecil dan ditunjukkan kepada Damia wajah Damia. Dengan muka yang merah padam Damia tertunduk malu sambil membetulkan telekungnya itu. Rupanya cara Damia memakai telekung itu kurang tepat. Hati kecil Damia seraya berkata 'alahai malunya aku macam budak baru nak belajar solat. '

Tiba-tiba Damia tersentak apabila mendengar bunyi beduk diketuk, tanda azan akan berkumandang sebentar lagi. Di celah-celah jendela yang memisahkan saf lelaki dan perempuan itu Damia melihat jejaka tadi yang diekorinya itu sedang memegang mikrofon kecil lalu melaungkan azan.

Hati Damia terus berbunga lagi apabila mendengar laungan azan yang begitu mengasyikkan itu. Yang lebih penting lagi hatinya tiba-tiba menjadi lembut apabila mendengar laungan itu. Teringat Damia akan kisah lalu...

. . . . . . . . . .

Encik Khairul sedang memegang mikrofon kecil di saf lelaki lalu melaungkan azan di masjid. Damia yang ketika itu begitu takjub melihat ayahnya melaungkan azan itu terus asyik mendengar laungan itu.

Serentak itu Damia yang masih kecil telah membuat keputusan. Apabila selesai mereka solat Damia berlari menuju kepada ayahnya lalu berkata " Ayah! Suatu hari nanti Damia nak cari lelaki yang macam ayah. Damia akan cari orang itu dan jadikan dia suami Damia."

Encik Khairul yang masih terpinga-pinga dengan pernyataan Damia itu bertanya " Kenapa Damia nak lelaki macam ayah jadi buah hati Damia? "

Dengan wajah yang tersenyum penuh harapan beliau berkata “Sebab ayah kan muazzin. Damia pun nak cari muazzin macam ayah juga. " Suatu hari nanti Damia janji yang Damia akan cari lelaki yang akan selalu ada dengan Damia. Bila sampai saat itu, Damia janji Damia akan cakap dengan ayah. "

" Haha janji ya.." jawab Encik Khairul sambil tersenyum.

Damia berkata " janji."

. . . . . . . . . . .

Menitis air mata Damia yang sedang mencurah-curah mengalir dari matanya.

Mengalir air mata Damia bukan kerana beliau sedih namun mengalirnya air mata itu kerana Damia sudah jumpa apa yang dicarinya selama ini.

Damia yang masih lagi menangis itu tersenyum mesra tapi kali ini senyuman yang benar bukan yang dibuat-buat.

Seiring dengan hati kecil Damia, Damia berbisik perlahan " Ayah...Damia rasa Damia dah jumpa muazzin yang Damia cari selama ni ayah.... Damia dah jumpa imam hidup Damia."

" Terima kasih ayah... "

... TAMAT bahagian 1...


Author Image

Krakatao
Assalamualaikum, saya masih baru dalam bidang penulisan. Ini hasil cerita yang saya hasilkan sendiri hasil ilham daripada kawan saya sendiri. Maaf jika ada kesilapan dalam mana-mana bahagian dalam cerita ini. Novel ringan ini tiada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Harap semua boleh terima dan nilai cerita saya dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas