Home Ads

Monday, February 20, 2017

Muazzin

Oleh : Krakatao


Bab 2 - Perkenalan Pertama


Pagi itu, kuliah yang membosankan bermula. 'Haih', kedengaran suara kecil Damia mengeluh.Ketika Professor Watson sedang membebel di hadapan, Damia masih lagi dengan dunianya sendiri.

"Jadi, bila kamu teliti kembali sejarah archduke frenz kamu akan nampak perbezaan antara austria dan hungary", Prof. Watson membebel tentang sejarah negaranya bertepatan dengan kuliah sejarah pada hari ini.

Prof. Watson, entiti tua berkedut yang memiliki kepakaran dalam bidang Sejarah. Berasal dari Austria, dia yang berusia 62 tahun itu masih bersemangat dengan tugasnya sebagai pensyarah.

'Hmm... teringat pula peristiwa semalam..'kata Damia kepada dirinya sendiri.

. . . . . . .

'Eh, mana semua orang pergi?', kata Damia penuh kehairanan apabila dia melihat tiada sesiapa lagi yang tinggal di dalam masjid itu.

Mengimbas kembali ketika jejaka itu mengazankan solat zuhur tadi, mereka solat kemudian....

'Oh, aku tertidur rupanya', kata Damia apabila melihat tikar sejadah di hadapannya itu.

'Baik aku pergi sekarang sebelum orang lain perasan aku tertidur.'kata Damia sambil terkocoh-kacah melipat tikar sejadah itu.

Ketika dia sedang berjalan pulang dari masjid, Damia terfikir untuk berkenalan dengan jejaka itu tadi. Banyak soalan yang ingin ditanya Damia kepada jejaka itu. Contohnya, apa nama dia, berapa umur dia dan lain-lain

"Ya! Aku kena cari dia tak kira apa jadi sekalipun!!!!", jerit Damia sekuat hati.

"Hoi! Orang nak tidur pun tak boleh. Terpekik sana terpekik sini. Dah gila ke apa?", jerit seseorang yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Mendengar teguran itu tadi, Damia terus beredar tersipu-sipu malu sambil menepuk dahinya.

. . . . . . . .

"Ok, semua boleh bersurai sekarang. Kalau ada apa-apa soalan boleh datang depan tanya saya sendiri.", kata Prof. Watson menandakan kelas sudah tamat.

' Oh, kelas sudah tamat. Baik aku pergi sekarang.', bisik hati Damia.

Sedang Damia berlalu keluar dari dewan kuliah itu, tiba-tiba dia disapa seseorang.

"Damia..", sapa seseorang dari belakang.

Damia menoleh kepalanya. Kelihatan Prof. Watson yang menyapa dia rupanya.

" Oh, ada apa pakcik Watson? " tanya Damia kepada Prof. Watson. Ya, Prof. Watson Khalid Bin Abdullah, bapa saudara Damia. Sebetulnya Prof. Watson merupakan abang kandung kepada ibu Damia. Selepas bapa Damia meninggal dunia, Damia dan ibunya berpindah ke rumah datuk Damia dan tinggal disitu sehingga kini. Kebetulan Prof. Watson dan keluarganya turut tinggal di tempat yang sama. Sejak dari hari Damia menjejakkan kaki ke rumah itu, Prof. Watson umpama ayah kedua bagi Damia walaupun Damia kurang gemar bersembang dengan Prof. Watson kerana bagi Damia Prof. Watson hanya orang tua yang suka berleter.

" Damia. Kamu ada masalah ke? Pak cik tengok kamu macam ke laut je masa kelas tadi?", tanya Prof. Watson kepada Damia.

" Eh, Pak cik ni mana ada saya ke laut tadi. Saya cuma.....", belum sempat Damia menjawab dalam keadaan bergurau Prof. Watson mencelah.

" Kamu tahu tak yang pak cik risaukan kamu. Semalam kamu pergi mana petang baru balik.Lagi satu, kamu tu jangan keras sangat hati tu. Cepat-cepat sikit kahwin. Nanti jadi andartu baru menyesal.bla bla bla bla.....", panjang lebar Prof. Watson membebel.

"Dahla saya nak balik dulu. Bye.", kata Damia petanda dia sudah bosan mendengar leteran Pak ciknya.

"Hei! Nanti dulu", Prof. Watson memanggil, namun tatkala itu, Damia sudah hilang dari pandangan.

‘Haih’, kedengaran suara Prof. Watson yang sedikit mengeluh. Sejujurnya, dia risau akan Damia yang sedikit liar sejak ayahnya meninggal dunia. Meskipun Damia berperangai sedemikian, namun, dia percaya bahawa jauh di sudut hati Damia, masih tersisa sifat jujur dan baik Damia. Prof. Watson berharap agar ada seseorang yang dapat membimbing Damia menjadi Damia yang dahulu.

'Hmm.... kamu saja harapan Damia, Joe.', gumam Prof. Watson sendirian.

Ketika Damia sedang berjalan menyusuri laluan susur gajah di bangunan blok 7 tiba-tiba dia terserempak dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya semalam. Apa lagi, gelabah Damia apabila ternampak kelibat jejaka itu.

'Bertenang, aku boleh buat. Tak susah pun. Setakat nak berkenalan je. Ok.', bisik Damia sendirian.

Baru sahaja Damia ingin menyapa lelaki itu, jejaka itu sendiri yang menyapanya terlebih dahulu.

"Eh, awak budak semalam kan? Yang jatuh semalam tu. Assalamualaikum.", kata jejaka itu.

"Waalaikummussalam...", Damia menjawab salam itu. Hampir-hampir sahaja dia terkejut akan sapaan itu.

“Err.. saya minta maaf tentang semalam. Saya yang jalan main langgar je. Maaf jika saya ada terbuat salah atau sakitkan hati awak semalam”, kata Damia dengan nada yang nyata dan jelas malunya disebabkan insiden semalam. Namun, mujur dia diberikan kekuatan untuk meminta maaf di hadapan jejaka itu.

“Haha. Tak mengapa. Salah saya juga jalan tak tengok depan.”, kata jejaka yang berada di hadapan Damia itu dengan gelak tawa yang riag.

"Oh ya. Lupa nak beritahu nama saya. Nama saya Nik Amir Muhd Safwan Bin Hanif. Boleh panggil saya Amir je. Nama awak pula?",tanya jejaka yang bernama Amir itu kepada Damia.

"Saya? Sa..... saya .....saya Damia!!!!!. Nur Damia Aryana Binti Khairul.", jawab Damia dengan kuat.

Damia bermonolog sendirian...'Akhirnya...akhirnya aku dapat tahu nama dia...Permulaan yang bagus. Tengok wajah dia je aq dah cukup tenang. Perasaan apakah ini? Aaaaah. Tak kisahlah asalkan aku dapat berkenalan dengan dia. Ya perkenalan pertama kami.'

Tatkala itu tanpa mereka sedari hati mereka sudah mula terpaut antara satu sama lain. Ya, masing-masing belum menyedarinya lagi. Mungkin suatu hari nanti? Tapi, perjalanan mereka masih jauh lagi. Perasaan bila berkenalan buat kali pertama? Hmmm.... tak pasti, tapi yang penting ia membawa kepada seribu makna......

Pada masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka berdua, ada sepasang mata sedang memerhati, memerhati dengan pandangan yang dingin sambal berbisik di dalam hati. ‘Ooo kau yang curi Damia dari aku?’

bersambung…

Bab 1
Author Image

Krakatao
Assalamualaikum, saya masih baru dalam bidang penulisan. Ini hasil cerita yang saya hasilkan sendiri hasil ilham daripada kawan saya sendiri. Maaf jika ada kesilapan dalam mana-mana bahagian dalam cerita ini. Novel ringan ini tiada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Harap semua boleh terima dan nilai cerita saya dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas