Home Ads

Friday, June 9, 2017

Xeroc Amphere

Oleh : Iqram Akmal


Tech 02


Kafe Cruissant merupakan tempat utama kebanyakan pelajar di bandar Arabistia untuk lepak. Mereka ke sana dengan pelbagai tujuan. Ada yang mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan. Ada yang hanya nak menikmati hidangan di dalam kafe dua tingkat itu.

Kelihatan Irfan Bahtiar dan Fadil Rahman baru sahaja keluar dari kafe tersebut. Muka mereka pada waktu itu tidak menunjukkan senyuman langsung. Irfan pada waktu itu sedang mendengar lagu melalui telefon pintarnya yang dicucuk fon telinga padanya.

Perbualan antara dua rakan itu semasa dalam kafe bermain dalam fikiran Irfan.

Dalam kafe tersebut, Fadil memandang wajah Irfan dengan serius selepas dia berjumpa dengan bapanya dan kembali ke kelas seperti biasa. Sebenarnya, Irfan sudah cerita akan kejadian yang berlaku semasa dia dibawa ke pejabat Pengetua Hafizuddin kepada rakan baiknya.

“Dia suruh awak.. hantar data sulit ke sebuah bandar, jauh dari Arabistia?”

Itulah soalan yang keluar dari mulut Fadil.

Irfan mengangguk kepala, sambil memandang segelas air strawberi yang dia belum hirup lagi. Fadil hanya menggeleng melihat gelagat rakannya itu, hingga suasana sekeliling tidak dipedulikan langsung.

“Awak tahu ke nama bandar tu?”

“Mana saya tahu. Ayah saya belum beritahu lagi.”

“Bila awak bergerak ke sana?” “Petang nanti. Nasib baik kita cuti esok.”

“Kalau saya sertai awak, boleh?”

“Eh, betul ke? Ayah saya tak minta pun awak ikut sekali.”

“Rakan baik perlu sentiasa ada untuk membantu.”

Itulah yang berlaku sebelum Irfan dan Fadil sebelum mereka berdua keluar dari Kafe Cruissant. Semasa Irfan bergerak pulang ke rumahnya, dia rasa seseorang sedang mengintip dia dari belakang. Irfan terus memandang ke belakang.

Dia ternampak seorang perempuan sedang menyorok di sebalik sebatang pokok yang tua dan besar.

“Keluarlah. Awak takutkan saya.” ujar Irfan.

Perempuan itu pun keluar. Tinggi dia pendek sedikit berbanding tinggi Irfan. Dia memakai klip rambut berwarna merah jambu. Irfan dapat lihat nama seseorang dengan jelas pada klip rambut tersebut dengan tulisan berangkai berwarna biru tua. Atas benda itu, tertulis :

Yasmin

"Nama awak Yasmin?" tanya Irfan.

Perempuan itu hanya mengangguk dan menunduk, melihat laluan pejalan kaki.

“Maaflah sebab kasar tadi. Nama saya Irfan Bahtiar.”

Apabila Irfan menyebut namanya, Yasmin mula menjerit macam orang gila! Berkerut dahi Irfan dibuatnya semasa melihat perangai gadis bernama Yasmin itu.

“Irfan Bahtiar? Artis terkenal tu?” Yasmin terus menyalam Irfan dengan kuat. Kekuatan Yasmin itu menyebabkan badan Irfan terangkat dan terjatuh di atas laluan pejalan kaki bandar Arabistia.

‘Kuat juga tangan dia ni..’ ujar Irfan dalam hati.

Yasmin terus mengalihkan pandangan dia ke belakang.

“Alamak, saya kena pergi dulu. Ada kerja yang perlu saya lakukan. Jumpa lagi!”

Yasmin terus berlari dari situ. Masa yang sama, Fadil juga muncul selepas Yasmin menghilangkan diri dari pandangan Irfan.

“Buat apa tu, Irfan?”

“Jangan fikir bukan-bukan lah. Dia hanya nak jumpa saya je.”

Fadil mengangguk faham. Lalu, mereka pun pulang bersama-sama ke rumah masing-masing.

Tidak lama kemudian, Irfan telah tiba di hadapan rumahnya. Kunci yang dia simpan dalam beg terus diambilnya dan digunakan untuk membuka pintu rumah dia yang terkunci. Masuk sahaja ke rumah dia, dia terkejut apabila mendapati semua piring di atas meja makan berselerak. Pemandangan dapur pada waktu itu seperti baru sahaja terkena gempa bumi!

Selepas itu, Irfan ternampak sebuah kertas yang diletakkan atas meja makan. Kertas itu tertulis :

Irfan, kalau kamu baca surat ni, ayah dah makan banyak sangat lauk yang kamu masak tadi. Ayah tak ada masa untuk cuci piring, jadi boleh tak cucinya nanti?

“Makan je rupanya. Perlu ke makan sampai jadikan dapur ni bersepah?” jerit Irfan sendiri di hadapan kertas yang dia pegang. Dia mengeluh sendiri. Memandang sekeliling hanya buat dia rasa geram sahaja.

Lalu, dia mengemas dapur itu serta mencuci beberapa piring yang ayah dia guna selama beberapa jam. Sepatutnya dia perlu bersiap untuk menunggu seseorang menghantar dia ke tempat ayah dia tunggu. Tapi kali ni dia kena mengemas pula! Huh! Memang penuh kejutan Encik Shahrizal ni.

Jam dinding sudah menunjukkan pukul 6:00 petang, beberapa jam selepas Irfan tiba di rumahnya tanpa berehat. Akhirnya, dapur pun dia berjaya kemaskan.

Kemudian, Irfan terdengar bunyi ketukan pintu. Dia terus berdiri dalam keadaan yang penat lalu membukanya. Kelihatan Fadil dan seseorang yang dia tidak kenal berada di hadapan dia sedang melambai kepada Irfan.

Walau bagaimanapun, Irfan tidak sempat membalas lambaian mereka kerana dia pengsan dari mengemas dapur rumahnya.

*****

Irfan pun berjaya sedar dari pengsan. Dia dapat lihat Fadil bersama dia di dalam sebuah bilik.

“Saya di mana?” tanya Irfan kepada Fadil.

Fadil hanya diam. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan Irfan. Masa itu juga, kelihatan Encik Shahrizal dan Pengetua Hafizuddin memasuki tempat yang menjadi Irfan terbaring untuk seketika itu. Mereka berdua menguntumkan senyuman semasa mereka melihat muka Irfan yang kehairanan akan tempat dia berada.

Pengetua Hafizuddin terus bergerak ke hadapan dan menyapa Irfan.

“Selamat datang ke Pangkalan, Irfan.”

Pengetua Faizal menyapa dia seperti Irfan merupakan seorang tetamu istimewa. Kejap, Pangkalan? Apa maksud Pengetua Hafizuddin? Macam mana dia dan Fadil boleh berada di situ?

Itulah soalan-soalan yang bermain dalam fikiran Irfan.

“Sebenarnya, kami bawa awak ke sini masa awak pengsan.” ujar Fadil sambil menghulurkan tangan kanannya supaya Irfan dapat duduk di atas katil dengan menggengamnya.

Kemudian, sesuatu yang bergerak muncul dalam poket baju Irfan.

“Apa benda dalam poket baju saya ni?”

Irfan terus terkejut apabila melihat seekor hamster di dalam poketnya. Hamster tersebut memakai sut seperti hamster dalam filem ‘G-Force’ yang pernah ditayangkan.

“Nama saya Tiket, penasihat awak semasa menghantar data virus Xeroc Amphere tu nanti. Saya merupakan hamster yang bercakap dengan dimasukkan sebuah cip di belakang saya untuk membolehkan saya bercakap macam manusia.” ujar hamster yang bernama Tiket itu.

Kemudian, Irfan terus memandang bapanya. Dia hairan akan sebab bapa dia dan Pengetua Hafizuddin turut berada di situ. Dia rasa mindanya seperti berpusing dengan laju hingga buat dia pening. Sebab dia fikir begitu? Dia keliru akan benda yang sedang berlaku.

“Apa ayah dan Pengetua Hafizuddin buat di sini?”

“Selamat datang ke Pangkalan, Irfan. Ingat kata-kata Kementrian Kesihatan yang kata bahawa ada organisasi yang sedang mengkaji Xeroc Amphere? Ayah dan Hafizuddin merupakan salah seorang dari ahli organisasi tu, atau Pangkalan.”

BOOM! Minda Irfan dan Fadil terus ‘meletup’ mendengar kata-kata Encik Shahrizal. Mereka tidak jangka bapa Irfan dan Pengetua sekolah mereka adalah ahli dalam Pangkalan yang cuba mengkaji virus Xeroc Amphere dan fikir cara untuk ubatinya.

“Ehem! Mari kita lawat sekitar pangkalan ni, boleh?” ujar Pengetua Hafizuddin kepada Irfan dan Fadil. Encik Shahrizal mengangguk faham dan mempelawa dua sahabat itu keluar dari bilik tersebut.

Kemudian, mereka dibawa berjalan sekitar dalam Pangkalan yang besar itu. Dinding yang terhasil dari logam menarik perhatian Irfan dan Fadil pada waktu itu.

Pengetua Hafizuddin terpaksa bawa mereka berdua sekitar pangkalan rahsia yang semua orang tak tahu akannya. Mereka dapat lihat banyak lelaki dan wanita berpakaian kot makmal sedang berada dalam bilik dan mengkaji sesuatu yang Irfan serta Fadil sendiri tidak tahu akannya. Selepas itu, mereka bertiga berhenti di hadapan sebuah tempat yang mempunyai pintu besi berwarna kelabu yang kukuh.

“Kata kunci untuk buka pintu ini adalah CAESAR.”

Pintu di hadapan mereka pun terbuka dengan perlahan, dan kami dapat melihat dua orang lagi sedang berada di situ.

"Untuk pengetahuan korang berdua, mereka berdua juga akan menemani korang semasa pergi ke tempat yang kami akan beritahu nanti."

Pengetua Hafizuddin memperkenalkan dua orang itu kepada Irfan dan Fadil dengan baik. Nama mereka ialah Syarifullah Akhi dan Yasmin Syazwani. Kejap. Yasmin Syazwani? Dia lah perempuan yang Irfan sempat terserempak sebelum lelaki itu pulang ke rumahnya!

“H-hai, Irfan.” ujar Yasmin, sambil melambaikan tangannya ke arah Irfan.

“Hai juga.”

Irfan tidak mengjangka, bahawa dia akan berjumpa dengan seseorang yang dia dah jumpa sebentar tadi! Fadil hanya menaikkan kening kirinya, hairan melihat gelagat antara Irfan dan Yasmin. Kemudian, Encik Shahrizal muncul entah dari mana dan berdiri di hadapan Irfan, Fadil, Syarifullah, dan Yasmin.

“Banyak lagi korang kena tengok sebenarnya, tapi nampaknya masa dah mencemburui kita sekarang ni. Kamu semua berehatlah, sebab korang akan bergerak esok pagi.” kata Encik Shahrizal.

Esok pagi. Dengar sahaja dua perkataan itu Irfan dan Fadil terkejut beruk.

“Berhenti buat macam tu, boleh? Dah, saya tunjukkan korang tempat untuk berehat.” kata Syarifullah.

”Tapi, kami berdua belum sedia lagi!”

“Dah muktamad pun. Jumpa lagi esok. Mari pergi, Yasmin.” ujar Syarifullah.

Yasmin sempat melihat Irfan secara sepintas lalu dengan pipi yang kemerahan. Irfan pula hanya menanti benda yang akan berlaku semasa tugas dia akan bermula pada esok pagi.

Tech 01
Author Image

Iqram Akmal
Hanya penulis yang masih belajar.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas