Home Ads

Tuesday, August 29, 2017

Cara Survive Di Sekolah Baru

Oleh : Afien


Bab 1


Hai! Selamat pagi. Aku tak tahu bila atau waktu apa kau baca ni but I’ll just assume it’s morning. Yeah, bangun awal pagi kan bagus. Jangan nak membuta sampai ke tengah hari, tak masuk rezeki.

Hari ini ialah hari pertama persekolahan. Aku bangun awal pagi so I would have time to prepare things…or that should be the plan. Unfortunately, aku bangun lambat. Ada around dua puluh minit lagi sebelum sekolah bermula (pagar ditutup), but here I am taking my time chewing on my sandwich slowly. Sarapan kan penting, betul tak?

Walaupun aku cakap ini hari pertama persekolahan aku, bukan bermakna aku budak darjah satu yang excited giler nak mula alam persekolahan (which they will probably regret later). Maksud aku ialah hari pertama persekolahan setelah cuti panjang hujung tahun. Sebagai seorang pelajar yang masuk tingkatan empat tahun ni, aku dah lalui situasi ni berulang-ulang kali. Situasi yang aku maksudkan ialah mengharungi setahun lagi persekolahan setelah cuti dua bulan. Wa cakap lu liat beb nak bangun pagi tadi bila fikir hari ni sekolah.

Aku dulu pun macam budak darjah satu yang aku mention tadi tu, penuh semangat dan harapan untuk mula bersekolah. Tapi selepas bertahun-tahun laluinya, mula rasa bosan. Tak payah nak skema sangatlah cakap sekolah tak bosan. Itu semua tipu. Benda apa pun kalau kau ulang banyak kali akan jadi bosan gak, except makan, aku tak pernah bosan untuk makan.

Hidup aku ni normal je. That makes me your normal sixteen years old teenager. Aku tiada kuasa luar biasa untuk menentang penjahat yang mahu memusnahkan dunia. Aku tiada IQ yang tinggi giler untuk menyelesaikan jenayah yang berlaku. In the first place, benda-benda tu tak pernah jadi pun kat sekeliling aku since I live a normal life in a normal world. So aku warning awal-awal yang cerita aku ialah cerita normal on my daily life sebagai seorang remaja dan pelajar. Kalau korang rasa macam bosan jer cerita mamat ni, this is a good point to stop. No one forces you right? Masih nak terus baca? Okay, don’t blame me later.

Well, satu benda yang lain tentang tahun ni ialah aku bakal memulakan sesi persekolahan tahun ini di sekolah baru. There, a little spice in the story right? Berbalik kepada realiti, aku sedang makan sarapan pagi dengan perlahan walaupun aku tahu aku dah lambat.

I’m a reasonable person. Always act with reason. Sebab pertama aku masih makan dengan rileks ialah untuk memudahkan penghadaman. Kunyah 40 kali der. Ye ke aku kunyah 40 kali tadi? Hehe tak kira pulak. Kira ye lah tu.

Sebab kedua, aku tengah tenangkan hati yang berdebar ni. Sebentar lagi, aku akan jumpa kawan baru di sekolah baru aku. How should I greet them? How big of a smile should I put on my face? Apa topik perbualan yang aku nak guna? What if I messed up? Nervous weh. In the first place, I’m not a sociable guy. Sebab tu aku tak ramai kawan kat sekolah lama but still ada lah. Nak cop aku forever alone lah tu. It’s better to have one true friend than hundreds of fakes.

Sebab ketiga…

“Hoi mangkuk! Cepat sikit makan! Aku dah lambat ni!”

Haa tu sebab ketiga aku dah berbunyi. Pagi-pagi lagi dah nak cari pasal dengan aku. Aku ingat nak terus diam hiraukan je dia tapi macam biadab pulak kan. Yelah, hati orang tua ni kita kena jaga.

“Okay!” Aku balas dengan penuh lembut with the sweetest smile on my face. Then, aku slowkan pergerakan mengunyah aku. Kau ingat kalau kau jerit sambil bercekak pinggang tu aku takut? Heh, jangan haraplah.

Obviously, sebab ketiga aku adalah untuk annoys this guy. Since this guy macam panas punggung kalau tak kacau hidup aku sehari, aku pun buat benda sama kat dia. Padan muka kau. Kalau aku lambat pun paling kurang kena tegur jer. Kalau kau lambat, hmm, gamaknya kena buang kerja lah kot. Haha.

“Imran, cepat sikit makan tu. Takkanlah nak lambat waktu hari pertama kat sekolah baru? Bad impression tau nanti.”

Eh, akak ni, macam boleh baca fikiran aku jer. Dah lama aku suspect yang akak aku ni psikik. Betul agaknya tekaan aku ni. Hmm, meh aku try. Akak…akak…kasi duit belanja lebih…kasi duit belanja lebih. Aku ulang ayat ni beberapa kali sambil memandang akak. Okay, nampaknya tak berjaya sebab akak buat muka clueless. Akak bukan psikik. Kes selesai.

Pemilik suara lembut yang menegur aku tadi ialah akak aku. Pemilik suara yang melolong dengan biadap suruh aku cepat tadi ialah suami dia, abang ipar aku. Aku sangat hormat akak aku so aku patuh tegurannya dan makan dengan cepat. Instead, aku benci abang ipar aku so aku buat muka bila lalu depan dia. Tengok tu, dia balas balik. Siot betul.

Kenapa aku benci dia? Let’s just say ini kes benci pandang pertama. Kalau aku cerita pasal kebencian aku pada dia satu novel pun tak cukup so let’s leave it at that.

By this time, mesti korang dah tau nama aku kan. Aduh akak ni, kasi spoiler awal-awal pulak. Cerita baru nak start rilek la, chill dulu, kita kasi suspen dulu pasal nama ni. Ini kalau kat cinema dah kena baling popcorn then dihalau tau. Baru nak temberang nama aku James ke, Harry ke, korang mana tau kan, haha.

Itulah nama aku. Imran bin Saleh. It’s not like I hate nama tu, in fact I love it. Simple jer. Macam orangnya hehe. Aku perasan orang sekarang suka letak nama anak panjang. Takyah lah. Let me tell you why.

Nama aku hanya tiga perkataan sahaja. Pernah tengok kertas objektif dalam peperiksaan tak? Yang line and bulatan dia tu kaler merah. Cuba tengok ruangan nama kat belah kiri atas. Besar ke? Tak kan. I’m proud to say setakat ni setiap kali exam, ruangan tu cukup untuk aku. Bayangkan nama budak tu ada empat plus nama bapak dia ada dua. Belum lagi start exam dah stres bila nak tulis nama. Hooray for people with short name!

I guess that’s enough for a short introduction. Kita teruskan cerita ni dengan current situation. Right now, aku tengah pakai kasut. Kasut aku tu jenis sarung je, takde tali pun, tapi saja aku buat lambat-lambat.

Mamat biadap tu pulak dah masuk kereta dulu. Dia tekan minyak beberapa kali buat enjin keretanya meraung. Heh, marah lah tu. “Imran, cepat. Abang Izat dah marah tu!” Rilek je kak, dia marah pun apa dia boleh buat? Tekan pedal minyak tu sampai habis. Berani buatlah. Menapak kau pergi kerja.

Aku bangun dan salam akak. “Im pergi dulu ya, kak.”

“Duit dah amik kan? Ok, ramah-ramah sikit kat sekolah baru tu.”

Aku buka pintu kereta dan letakkan beg dahulu sebelum aku sendiri masuk dan melabuhkan punggung. Pintu kereta aku tutup dan aku sandarkan badan ke kerusi. “Hmm…agak-agak dapatlah tidur sekejap kot sebelum sampai sekolah.”

“Hoi, kau nak kena tumbuk ke?”

Amboi kasarnya bahasa. Baru je aku nak lelapkan mata. Tersentak aku.

“Kau ingat kau tuan besar duduk belakang? Duduk depan sekarang!”

“Oh…ok, ok.”

Beremosi pulak dia pagi-pagi ni. Sembelit kot, kesian. Aku malas nak rosakkan mood baik aku pagi ni, jadi aku patuh je lah. Malas nak berbalah. Bukan takut tau.

Lalu perjalanan aku ke sekolah baru pun bermula. Aku yakin aku akan lalui pelbagai pahit manis sepanjang dua tahun di sana sebelum aku meninggalkan alam persekolahan untuk selamanya. Aku yakin juga yang ia akan menjadi pengalaman yang akan mencorak hidup aku.

Sambil memandang ke luar tingkap, aku memikirkan pelbagai perkara tentang sekolah baru aku. Aku cuba fkirkan yang positif sahaja. Tapi, aku langsung tidak sangka yang hari pertama sekolah aku akan menjadi sebegitu seterusnya mengubah tahun-tahun akhir aku sebagai pelajar.

Bersambung..


Author Image

Afien
Saya cuba jadi kelakar walaupun tak berapa kelakar. Eh, kelakar ke tak ni? Konfius haha. Cubalah baca cerita saya :)

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas