Home Ads

Wednesday, December 20, 2017

HANA

Oleh : Amira


Bab 1


Ianya adalah 13 April ketika ia berlaku. Hari jadi. Penuh dengan hadiah diatas meja. Disulami dengan gelak ketawa. Yang tersayang berada di sisi. Cukup tujuh orang termasuk aku. Saudara mara dan sahabat handai datang bersama. Jiran tetangga hadir juga. Meraikan hari bahagia. Hari aku menjadi 14 tahun.

Adakah aku bermimpi? Merasakan ia semua tidak benar? Terasa ia palsu belaka? Kosongnya hati. Tetapi, kenapa? Apa yang tidak kena? Aku mencari jawapan. Orang kata, muhasabah diri.
‘’Hana?’’.

Aku mendonggakkan kepala. Melihat siapa tercegat di hadapan pintu. ‘’Ma?’’.

Aku segera mematikan kipas meja yang ligat berputar. Kenapa aku termenung di sini?
‘’Cepat keluar. Kenapa duduk sini?’’, Mamaku bersuara lagi. Dia mula melangkah pergi.
‘’Tunggu, jangan pergi!’’, Aku menjerit. Aku segera meninggalkan katil yang menghadap kipas meja. Aku berlari melepasi bilik tidurku sendiri. ’’Tunggu!’’.

Dan, aku teringat kembali.

‘Tungggu, ini tidak betul. Ini tidak betul’, Hatiku membisik perlahan. Mindaku bercelaru. Aku berdiri di situ. Bingung.

‘’Di mana aku?’’, Aku melihat keadaan sekeliling. Sepatutnya, ada meja makan dan kek diatasnya. Sepatutnya ada keluargaku, rakanku, jiran tetanggaku menanti hadirnya aku. Tetapi apa yang ada hanyalah pokok-pokok tua. Kayunya kelihatan mahu mereput. Kesenyapan terus menjalar diri.

Tiba-tiba, aku terlihat seekor katak yang duduk diatas kasutku. Aku menjerit kecil. Ia mula melompat jauh. Jauh daripada kasut hitamku. Kasut hitam berkilat, secara tepatnya. Aku memandang diriku sendiri. Menyentuh gaun berfabrik sutera, putih cahaya. Memegang erat tali beg sandangku. Beg sandangku berwarna ungu. Mempunyai reben besar yang aku rasakan begitu sesuai.

‘’Tetapi kakak, pilihlah beg lain. Beg ini macam orang tua punya sahaja’’, Komen ayahku sewaktu mahu membeli beg itu, masih terngiang-ngiang di mindaku.

Ya, aku masih ingat perkara itu. Aku mencebik sewaktu itu. ‘’Biarlah’’, Aku tetap bertegas dengan pilihanku sendiri. Aku tersenyum sendirian. Dan aku melihat kasutku sendiri. Mengingati kembali memori dengan benda yang aku ada. Aku mula tunduk ke bawah. Tiba-tiba setitik darah jatuh ke tanah. Nyaris terkena kasutku sendiri.

Aku menyentuh kepalaku sendiri. Terasa sesuatu cecair mengalir turun ke pipi. Aku mengelapnya dengan tanganku sendiri dan melihatnya dengan jelas. Darah! Darahku sendiri. Tetapi, bagaimana kepalaku berdarah? Bagaimana aku boleh berada di sini?

‘Apa yang berlaku?’, Hatiku berdetik lagi. Aku cuba mengingati semula. Tetapi tidak berjaya. Malah namaku sendiri pun aku lupa. Bagaimana wajah ayah? Bagaimana wajah mama? Bagaimana wajah semua adik beradikku? Berapa adik aku ada? Adakah aku mempunyai abang atau kakak? Adakah aku kakak? Kakak sulung?



Author Image

Amira
Bacalah kalau rajin.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas