Home Ads

Wednesday, February 28, 2018

Hidup

Oleh : Over Drive


Bab 1 - Tandas


Sudah genap sebulan aku melalui waktu persekolahan ini. Hidupku kekal sama tiada yang menemani dan aku tidak mahu ditemani.

Pada suatu pagi ,aku mendengar kekecohan di kelas ku,tetapi aku tidak memperdulikan dan terus tidur di mejaku . Aku terlalu mengantuk haritu kerana malam tu aku menonton movie anime yang aku nanti-nantikan. “hrmmmm” aku menguak panjang apabila aku terdengar suara memanggil aku.

Apabila aku melihat terdapat seorang pelajar wanita di sebelahku dan seorang lelaki yang tinggi di hadapan aku. Aku dengan keadaan mamai meminta keizinan Cikgu Riana untuk menyuci muka di bilik air.Walaupun aku menyuci muka perasaan mengantuk masih menguasai diriku lalu aku berada dalam salah satu tandas untuk melelapkan mata untuk satu ketika.

Sebelum dapat aku dapat lelapkan mata aku terdengar satu kumpulan budak lelaki masuk ke dalam bilik air menganggu ketenteraman aku . Dengan sedaya upaya aku cuba mengabaikan bunyi itu dan aku terdengar sekumpulan pelajar lelaki itu berbincang untuk mengenakan budak baru di sekolah itu:

BOY A: “Kau tahu tak bahawa ada budak dari Sekolah Elit baru masuk sekolah kita harini”

BOY B: “Aku dengar bahawa dia kena buang sekolah kerana bertumbuk dengan guru disiplin”

BOY C: “Takdi semasa aku menegurnya dia dengan sombongnya mempaling mukanya”.Apa kita ajar dia waktu rehat ni

BOY A: “Kalau tidak silap aku namanya ialah Tachibana Inui”

Aku terkejut apabila terdengar nama Tachibana dan tertekan butang flush tandas menyebabkan mereka terdengar dan tahu ada seorang yang mendengar perbualan mereka.

Pintu tandas aku diketuk “Keluar x3 aku tahu ada orang di dalam”.Dengan menggunakan kebijaksanaan aku menggunakan idea yang aku peroleh daripada anime yang sedang ongoing .Tanpa segan silu aku mengambil tisu tandas dan melilitkan muka aku dan hanya menampakkan mata aku sahaja.

Aku menendang pintu tandas aku keluar dan membolosi semua pelajar lelaki itu. Syukurlah aku dapat melepaskan diri tanpa mendedahkan identity aku.Setelah aku masuk ke kelas aku baru sedari bahawa terdapat dua muka yang aku tidak kenali .”Adakah pelajar yang aku dengar di dalam tandas takdi ialah antara mereka berdua.Kalau betul adakah aku perlu tolong dia”Persoalan terus bermain difikiranku.Dan ketika aku sibuk berfikir hal ini waktu rehat pun bermula……..

Bersambung..


Bab 0

Author Image

Over Drive
Biasa kita dengar "Indah Khabar Dari Rupa" tapi macamana kalau "Indah Rupa Dari Khabar". Hayatilah kehidupan insan ini agar dapat dijadikan teladan

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas