Home Ads

Thursday, March 22, 2018

Pertemuan Semula

Oleh : Ainul Izzah




Liyana memasuki kedai buku POPULAR. Ada beberapa buah buku yang ingin dibelinya. Maklumlah, kini dia bertugas sebagai guru bagi subjek Fizik di sebuah sekolah menengah di Alor Setar, Kedah. Kawannya, Farisha yang juga seorang guru ada memintanya dibelikan sebuah buku resepi masakan. Entah apalah yang difikir temannya. Farisha bukannya tidak reti memasak, tetapi jarang masuk dapur. Namun kebelakangan ini dia sering menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Sudah bertemu jodoh agaknya. Hihihi...

Dia melangkah ke seksyen buku rujukan. Beberapa buku latihan bagi subjek Fizik dibeleknya. Akhirnya, Liyana memutuskan untuk membeli dua buah buku latihan Fizik yang mengandungi soalan KBAT dan koleksi soalan SPM tahun-tahun lalu. Sebelum membuat bayaran dia ke seksyen buku masakan bagi mencari buku yang dipinta Farisha. ...

“ Eishh! Banyak jenislah buku resepi ni. Western food ada, tempatan... resepi makanan orang asli pun ada. Farisha nak yang mana satu ye?” ...

Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan. Segera Liyana mendail nombor teman serumahnya itu. Sambil menanti panggilan dijawab dia meneliti salah satu buku masakan yang dicapai.

“ Ha! Assalamualaikum Farisha. Aku dah sampai kedai buku ni.” Perbualan mereka berlanjutan. Sambil itu mata Liyana tidak lepas dari memandang buku-buku dia rak.

Sementara itu di seksyen yang sama...

Ziyad sedang bercakap di telefon. “Kak Long, Acik dah sampai kedai buku ni. Kak Long nak buku apa tadi?”

Ziyad menggaru kepala yang tidak gatal mendengar buku yang dipinta kakaknya. “Buku Cef Heliza Helmi? Haih Kak... bukan dia tu penyanyi ke?”

“SubhanAllah! Kak Long kata buku Cef Hasliza! Bukannya Heliza,” kata Izzati di hujung talian.

Dia mengajuk kata-kata kakaknya. Banyak songeh sungguh Puan Izzati ni. Sejak berumah tangga ada saja buku resepi yang diingininya. “ Kak Long, Acik beli jerlah buku siapa pun. Sama jer. Semuanya resepi masakan bukan resepi kejayaan.” “Tak nak! Kak Long nak buku cef tu juga. Kalau Acik beli buku orang lain jangan tidur rumah Kak Long hari ni.”

Talian dimatikan. Ziyad memandang telefonnya pelik. Main ugut-ugut pula. Kepala digelengkan beberapa kali mengenangkan telatah Kak Longnya itu. “Layankan jerlah.” Dia terus meneliti buku-buku di rak bagi mencari buku yang dipinta Izzati.

“Kau nak buku apa sebernanya ni? Nanti aku tak beli langsung baru tau,” kata Liyana menahan geram. Farisha sejak tadi seperti main-main sahaja apabila ditanya tentang buku yang diingininya.

Farisha tergelak mendengar nada percakapan Liyana yang jelas geram. “Hmm... Jap aku fikir. Aku nak belajar masakan negeri Terengganu. Ada tak buku resepi tu?” soal Farisha kepada Liyana.

Segera Liyana melilaukan mata pada susunan buku-buku resepi di rak. Dia tersenyum nipis melihat buku yang dicari. “Ada ni. Eh kau kenapa tiba-tiba jer nak belajar masakan Terengganu ni?” Liyana cuba mengorek rahsia. Kaki diatur ke kaunter pembayaran.

“Takdelah. Kau tu orang Kelantan, aku pulak orang Johor. Jadi nak jugak merasa makanan Terengganu,” jawab Farisha di hujung talian.

“Yerlah tu. Entah-entah...”

‘Gedebuk’!!!

Tanpa Liyana sedar dia terlanggar seseorang. Itulah akibatnya berjalan tak pandang depan. Liyana cuba melihat orang yang dilanggarnya. Yerlah mana tahu patah riuk orang yang dilanggarnya. Terkedu Liyana melihat Ziyad di depannya.

Ziyad menggosok bahunya yang terasa sengal akibat dilanggar. Kepala diangkat bagi melihat gerangan yang melanggarnya. Terpana seketika Ziyad melihat wajah Liyana. Buat seketika pandangan mereka bertaut. Beberapa minit berlalu, masing-masing bagaikan belum tersedar dari lamunan sehinggalah...

“Err... abang, kakak tak nak bangun ke? Kotor duduk atas lantai ni,” soal seorang pekerja kedai buku tersebut. Sedari tadi dia hanya memerhatikan Ziyad dan Liyana yang bagaikan terpukau.

Menyedari teguran pekerja tersebut, bingkas mereka berdua bangun. Muka Liyana sudah memerah. Segera dia mengutip buku-bukunya yang berselerak di lantai. Ziyad hanya memerhatikan tingkah laku Liyana. Selesai mengutip buku, Liyana mengatur langkah laju ke kaunter pembayaran.

‘Eish minah ni. Muka lawa tapi tak reti nak minta maaf langgar aku tadi,’ kata Ziyad di dalam hati. Dia memandang lantai mencari buku yang dipesan kakaknya. Walaubagaimanapun, buku itu tiada di atas lantai. Ziyad cuba mengingat kembali. Rasanya dia dah ambil buku yang dipesan. “ Jangan-jangan perempuan tadi yang ambil. Aduh, harap dia tak pergi lagi.”

Ziyad melihat sekitar kaunter tetapi tiada kelibat Liyana di situ. Dia cuba bertanya kepada penjaga kaunter namun katanya Liyana baru sahaja pergi.

Ziyad bernasib baik apabila terlihat Liyana di hadapan keretanya. Segera dia memanggil wanita tersebut bagi meminta bukunya kembali.

“Woi!”

Liyana yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta segera berpaling kea rah panggilan kurang sivik tersebut. Kelihatan Ziyad sedang mengatur langkah ke arahnya. “Hei kau ingat aku takde nama ke kau nak ber’woi’ panggil aku,” kata Liyana apabila Ziyad berada di hadapannya.

Ziyad tersengih. “Maaflah aku tak tau nama kau. Nama kau apa?”

“Liyana. Nak apa?”

“Ooo...Liyana. Aku Ziyad. Tadi kau terambil buku aku,” kata Ziyad sambil menunjuk plastik di tangan Liyana.

Liyana memeriksa kandungan plastik barangannya. Memang benar kata Ziyad ada sebuah buku resepi tulisan Cef Hasliza di dalamnya. Mungkin dia terambil semasa mengutip buku-buku yang terjatuh. “Nah. Maaf terambil dan maaf sebab terlanggar kau tadi,” katanya sambil menghulurkan buku tersebut kepada Ziyad.

“Takpelah. Aku tak kisah pun. Eh, buku ni berapa? Biar aku bayar balik.” Ziyad melihat bar kod di bahagia belakang buku itu untuk mencari harganya.

Melihat perlakuan Ziyad segera Liyana menegah. “ Takpelah. Kau amik jer. Tanda maaf daripada aku.”

“Oh, terima kasih. Kalau macam tu aku pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Ziyad lalu meninggalkan Liyana.

“Waalaikumussalam.” Liyana memandang Ziyad yang sudah jauh melangkah sebelum masuk ke dalam kereta.

Punat kereta ditekan Ziyad. Segera dia masuk ke dalam kereta. Buku di tangan ditenungnya. Gadis tersebut seperti pernah dilihatnya sebelum ini, tetapi di mana?

“Liyana...cantik nama, macam orangnya,” Ziyad tersenyum sendirian


Author Image

Ainul Izzah
Bukanlah penulis tapi bercita-cita nak jadi penulis. Masih belajar (sekolah menengah baru). Harap anda terhibur membaca karya saya. Enjoy it!

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas