Home Ads

Wednesday, February 15, 2017

Melankolia

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 2 - Sepi


Percintaan yang dijalinkan selama 5 tahun hancur begitu sahaja. Aku admit aku rasa sunyi. Apa-apa pun, semua orang pun dah tahu yang aku dah single sebab sebelum Fikri tukar status kat Facebook, aku tukar status aku dulu dari in a relationship with Fikri ke single. Puas hati aku. Agaknya dapat notifikasi dari Facebook, terus Fikri call aku. Dah sebulan aku mengelak dari nak angkat call dari Fikri. Jangankan angkat call, baca text messages pun aku tak nak apatah lagi bila diajak bersemuka, pun aku tolak.

Masalah bila terlalu lama bercinta ni, circle of friends kau jadi sama. Kawan dia jadi kawan kau and kawan kau jadi kawan dia. Untuk mengelakkan dari topik tentang Fikri bangkit dalam hidup aku, aku elakkan berjumpa dengan kawan-kawan aku jugak. Dah sebulan jugak lah aku tak join coffee sessions, brunch sessions, game night lah hape lagi. Sepi. Jujur aku mengaku, hidup aku sepi.

Bila aku nak keluar, aku terus capai phone nak type text hantar kat dia tapi aku padam balik. Setiap kali aku nak buat apa-apa mesti aku nak share dengan dia. Aku rasa bodoh tapi aku tak boleh control. Semua tu dah jadi habit aku for the past four years. Memang susah lah tiba-tiba nak stop. In fact, number dia pun aku still tak tukar nama. Sepatutnya aku buang emoji heart tu dari nama dia dalam contacts tapi aku tak mampu lakukan. Aku tak kuat.

Orang sekeliling kat pejabat semua tahu aku belum moved on seperti mana yang aku dok canang-canangkan. Bila orang start bercerita pasal Fikri, aku pura-pura tak rasa apa. Padahal, kadang-kala aku rasa macam nak pindah tempat kerja supaya takde orang kenal Fikri supaya aku tenang buat kerja. Susah bila ex-boyfriend kerja tempat sama walaupun floor berbeza. Berselisih dengan Fikri memang aku tak boleh elak bila kat pejabat. Apa yang aku selalu buat ialah pura-pura senyum and act as if nothing happened.

Since kami tak pernah officially break up, on the day yang sepatutnya jadi fifth anniversary kami bercinta, Fikri call aku. Aku tak angkat. Kali ni bukan sebab aku sengaja nak abaikan dia tapi sebab aku tengah teresak-esak menangis atas katil mengimbau kenangan kami bersama. Aku rindu dia. Aku rindu diri aku bila dengan dia. Aku rindu untuk bercinta. Aku rindu untuk dicintai dan aku rindu perasaan yang wujud bila kita menyayangi seseorang. Aku rasa lopong yang amat sangat.

Berkali-kali Fikri call. Dah nak masuk setahun jugalah dia tak call aku. Pelik jugak tiba-tiba dia carik aku balik. Rindu lah tu kan? Aku kesat air mata aku, aku bukak balik Facebook dan search nama dia. Aku memang dah expect yang dia dah ada kekasih lain, tapi aku tak expect bila dia post gambar majlis pertunangan dia dengan gadis yang aku tak kenal. Kiranya, dia tak end up ngan minah Filipina yang aku nampak dulu tu lah.

Terus aku rasa menyampah. Motif dia nak call aku? Nak bagitau aku dia dah bertunang? Tak guna punya jantan! Nak show off pulak yang dia happy. Aku jadi geram. Aku bingkas bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Sesampai je kat office memang semua dah start bercerita pasal Fikri dah bertunang. Aku buat-buat cool, join in the conversation. Tiba-tiba Fikri datang kat aku. "Punyalah susah nak carik you", selamba dia bersuara. Aku tergamam. Satu office aku tergamam and semua mata memandang ke arah aku, menunggu apa respond aku. "Call time orang tengah mandi, memang tak lah nak jawab! Sorry lah Fik, Lia terlupa nak return call. Ade ape hal?", aku jawab selamba.

Jelas terpancar kelegaan di wajah-wajah officemates aku. Entah apa yang ada dalam kotak fikiran mereka. Aku, sejujurnya tadi bukan aku yang bercakap. Itu semua lakonan. Aku tak akan sekuat itu untuk berdepan dengan Fikri. "Fik nak ajak Lia lunch sekali, Lia free tak hari ni?", pelawa Fikri. Aduh, kenapa hari ni? Aku mengeluh dalam hati. "Laaa setakat nak ajak lunch je? Lia no hal...", aku membalas sambil ketawa. Kali ni aku rasa officemates aku percaya yang aku dah moved on.

Tepat jam satu tengah hari, Fikri sampai di meja aku. "Jom beb!", satu ayat yang dah lama aku tak dengar. "Nak makan katne?", aku jawab macam biasa. Kali ni bukan lakonan. Aku dah boleh bercakap dengan Fikri seperti biasa. "Jom je lah nanti kita fikir!", balas Fikri. "Serious lah?", aku pulak bertanya sambil mengemas meja aku. "Alah, macam tak biasa pulak you ni!", jawab Fikri bersahaja.

Sepanjang perjalanan, kami diam sahaja. Tak bersuara. Aku tak tahulah dia tapi dalam fikiran aku memang seribu satu kenangan dok replay. Lepas satu, satu moment indah kami bersama aku dok imbas balik. Aku tak nak tapi dia tetap replay balik. "Lia tak sihat ke?", tanya Fikri lembut. Aku rindu keadaan sekarang. Aku rindu nada Fikri yang concerned ni. Aku tahu dia ikhlas bercakap dengan aku. "Lia ok je cuma letih sikit", aku jawab ringkas.

"Apa mimpi Fik ajak Lia lunch tiba-tiba?", sengaja aku bertanya. "Lia lupa eh hari ni hari apa?", Fikri bertanya semula pada aku. "Tahu tu tahu tapi apa kena-mengena dengan kita?", aku balas. "Lia, apa salah Fik? Kenapa Lia tinggalkan Fik macam tu je?", tanya Fikri masih dalam nada lembut. Aku masih tak mampu nak menjawab soalan tu. Aku seboleh-bolehnya elak nak bangkitkan apa yang berlaku setahun lepas. "Biarlah... benda dah lepas pun! Fik pun dah bertunang sekarang kan?", aku jawab acuh tak acuh.

"Jom kita dah sampai", masih lagi lembut nada Fikri bercakap. Aku dah lama dah tak lalu area ni. Aku benci area ni. Terlalu banyak kenangan kami di sini. "Nak makan kat sini ke?", aku tanya, bingung. "Ha ah lah, ni kan your favourite Thai restaurant! Dah jom lah!!", Fikri menjawab dengan ceria dan menarik bahu aku. Aku makan tak makan pun sebenarnya. Most of the time aku main-main je dengan makanan aku. Aku takde selera. Usai makan, kami balik ke pejabat. "You betul takde apa-apa nak cakap?", tanya Fikri tiba-tiba. "A'ah, I ok. You ade nak cakap apa-apa ke?", aku bertanya sekadar membalas persoalan dia.

"Lepas ni I dah tak kerja sini dah. I duduk kat Hong Kong nanti. Hujung tahun ni pindah next year start kat sana", Fikri membuka bicara. "Sebab tu last week I bertunang dengan Ezra sebab parents kami yang nak kami at least ade ikatan lah", sambung Fikri. "Ni pun, I sejujurnya tahu kita tak officially break up and I memang salah sebab couple dengan Ezra behind your back tapi I nak dengar dari mulut you sendiri kenapa you tiba-tiba hilang?", Fikri menyoal.

"Sebab I penat!", aku jawab ringkas. "Penat?", tanya Fikri. "Iya, penat!", sekali lagi aku jawab ringkas. "Maksud you apa?", lagi Fikri bertanya. "Look, not telling is not lying but it's making me assuming and I hate it when I overthink things!", aku membalas. "I saw you dengan betina Filipino mane ntah kemain beromen dari siang ke malam! I nampak sendiri Fik! All these while ramai yang panggil I bodoh sebab percaya bulat-bulat kat you tapi I tak pernah nak dengar cakap diorang", aku mula menceritakan apa yang terbuku. Aku tahan air mata aku dari keluar sebab tak nak dia nampak aku nangis sebab dia. Aku sambung lagi, "4 tahun tau Fik! 4 tahun I jaga hati you, I jaga perasaan you, I cuba jadi yang terbaik untuk you! Just because I tak kangkang, tu je sebab you cari betina lain?". Aku pandang tepat ke mata Fikri, "I bukan tak sayang you. Sebab I sayang you sangat-sangatlah I biar je benda ni mati macam ni. I tinggalkan you. Biarlah you nak buat apa asalkan you happy".

Fikri tergamam. Aku tinggalkan dia dalam keadaan itu dan berlalu pergi naik balik office. Hati aku berkecamuk. Aku rasa macam nak meraung sorang-sorang tapi aku sedar, ni bukan macam dalam filem yang kau boleh nak pause masa biar orang lain stop, kau sorang je berjalan. Life doesn't work that way so aku kuatkan semangat and naik office buat macam biasa. Kawan-kawan kat office yang sememangnya kaki penyibok semua nak tahu apa yang berlaku. Aku ceritakan apa yang mereka nak dengar yakni, kami pergi lunch kat favourite Thai restaurant aku. Selebihnya, biarlah rahsia.

-----------------

Lima tahun dah berlalu semenjak aku keluar bersama dengan Fikri buat yang terakhir kalinya. Kira-kira sepuluh tahun dah berlalu semenjak kami putus. Entah kenapa aku rasa macam baru semalam aku baru bercinta dengan dia. Adakah aku masih belum moved on?


Bab 1
Author Image

Abraham Yusoff
Kali pertama hantar karya dekat sini. Harap dapat sambutan. Bolehlah teruskan lagi menulis lepas ni. Enjoy. :)

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas