Home Ads

Thursday, February 16, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 1


Makhluk ghaib mempunyai bermacam cara untuk berhubung dengan manusia. Ada yang melalui Oujia, ada juga yang datang melalui mimpi dan ada juga menggunakan manusia lain sebagai medium untuk berhubung dengan manusia sendiri. Masing-masing mempunyai cara atau kaedah sendiri. Cerita ini mengisahkan tentang makhluk ghaib yang cuba untuk menghubungi manusia bernama Azfar melalui komputer ribanya atau dalam bahasa mudah, menghubungi Azfar melalui skrin komputer ribanya.

Pertama kali ianya berlaku ketika Azfar sedang asyik bermain game Solitaire di komputernya, oleh kerana rangkaian WiFinya yang agak teruk ketika itu, dia memutuskan untuk bermain game itu untuk menghilangkan bosannya. Sudah seminggu rangkaian WiFi di kawasan perumahannya seperti "hidup segan mati tak mahu" sampai dia sudah lali dengan keadaan itu. Sebaik sahaja dia mencabut satu kad melalui gerakan kursor komputernya, tiba-tiba skrin komputernya menjadi warna hitam. Selang beberapa saat kemudian, satu tulisan berwarna merah muncul di skrinnya.

"Hi Azfar, aku perlukan pertolongan dari kau. Kau merupakan insan istimewa dan aku percaya kau sorang je yang boleh tolong aku."

Azfar tergamam seketika.

"Siapa pulak yang nak prank aku ni." 

Azfar bercakap dalam hati.

Beberapa saat kemudian, mesej itu menyambung kembali tulisannya. 

"Aku tahu kau mesti pelik kan Azfar? Tapi jangan risau, Benda yang aku suruh kau buat ni benda kecil dan mudah dan aku akan pastikan kau akan dapat ganjarannya."

Azfar kaku seketika dan terus menekan butang off pada komputernya namun tidak berjaya.

"Aku masih disini Azfar, aku tak mahu buang masa kau lagi jadi biar aku bagi tahu apa yang perlu kau buat. Esok, semasa kau pergi kerja aku nak kau mengalihkan pasu besar bersebelahan dengan lif di tingkat paling bawah. Apa yang kau perlu buat ialah hanya alihkan sahaja pasu itulebih kurang tiga inci daripada dinding bangunan. Kau buat dalam pukul 8.17 a.m. sebab pada waktu itu orang belum ada."

Azfar hanya terduduk kaku dihadapan komputernya cuba untuk menghadam apa yang telah berlaku pada saat itu.

Tulisan itu bersambung. 

"Azfar, aku minta tolong kau sebab aku tahu yang kau mesti akan buat benda aku suruh. Kau istimewa. Kau tak akan hampakan aku."

Azfar terus mencabut plug komputernya dari suis dinding dan skrin komputernya terpadam. 

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?"

Dalam keadaan yang terkejut dan gementar, Azfar memutuskan untuk mandi dan terus tidur. Dia memaksa dirinya untuk memikirkan bahawa apa yang terjadi tadi cuma mimpi ngeri atau ada orang sedang mengenakannya.

"Tapi siapa? Aku bukan ada kawan pun, apatah lagi musuh."




Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas