Home Ads

Thursday, February 16, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 2


Azfar bangun keesokan paginya dan bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Kerjanya bermula pukul 8.30 a.m. dan Azfar tidak pernah lambat ke tempat kerja. Dia memarkirkan keretanya lalu memasuki bangunan tempat kerjanya. Dia melihat jam tangannya, pukul 8.15 a.m.. Bangunan tempat kerjanya masih kosong. Sepatutnya waktu macam ini, tempat kerjanya sesak dengan manusia-manusia yang untuk mencari rezeki. Fikirannya mula memikirkan pasal kejadian malam tadi di rumahnya.

Betul seperti apa yang dinyatakan oleh komputernya malam tadi. Bangunan tempat kosongnya masih belum dipenuhi dengan manusia.

“Pelik, sepatutnya time macam ni ramai dah orang sampai nak naik lift pun kena menunggu giliran.”

Di saat itu, matanya terpandang pasu bunga yang terletak di tengah-tengah antara dua lif.

“Tak ada apa yang terjadi pun kalau aku alihkan pasu tu ikut macam apa yang komputer tu cakap. Lagi pun bukan satu jenayah besar, hanya alihkan pasu je pun.” Azfar bercakap di dalam hati.

“Ok, jom tengok apa yang jadi kalau aku buat seperti apa yang disuruh.” Azfar bercakap seorang diri.

Azfar berjalan menuju ke arah pasu bunga tersebut. Bunga didalamnya kelihatan palsu. Sebelum ini Azfar tidak pernah tahu akan kewujudan pasu tersebut sedangkan hari-hari dia menaiki lif tersebut. Pasu bunga tersebut sangat berat seperti apa yang Azfar jangkakan. Dia mengangkat pasu tersebut dan meletakkannya lebih kurang tiga inci dari dinding bangunan. Dia hanya mengagak.

Setelah selesai dia melakukan tugas seperti apa yang disuruh, orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke dalam bangunan tempat kerja dan tiada siapa pun yang perasan pasu tersebut tidak terletak di tempat yang sepatutnya. Azfar berlagak seperi tiada apa yang berlaku lalu terus menekan butang lif untuk naik ke tingkat pejabatnya di tingkat 7.

Jika orang dengan rakan-rakan pejabatnya tentang sifat dan peribadi Azfar, ramai yang mengatakan bahawa Azfar seorang yang sopan, tidak banyak bercakap dan menghormati orang lain. Namun boleh dikatakan bahawa mereka kurang tepat tentang sikap Azfar yang sebenar. Yang sebenarnya ialah, Azfar tidak pernah suka dengan rakan-rakan pejabatnya, bukan tidak suka sampai ke tahap membenci tetapi lebih kepada tidak suka bergaul dengan mereka. Okay bukan semua, hanya seorang sahaja yang Azfar rasakan dia patut berkawan, Laila, pembantu peribadi bosnya. Laila satu-satunya orang yang dia ingin kenal dengan lebih rapat. Dengan senyumannya yang mempesona, susuk tubuhnya yang menggiurkan dan rambut panjangnya yang wangi. Sesiapa sahaja boleh tergoda dengan Laila.

Sebelum ini Azfar gagal dalam memiliki mana-mana perempuan. Azfar ini boleh dikatakan memiliki rupa yang agak kacak sebenarnya namun perempuan-perempuan yang dia pernah ada selalu curang terhadapnya sehingga dia memutuskan untuk tidak memiliki teman wanita buat sementara waktu. Namun perkenalannya dengan Laila mula membuatkan dia ingin memiliki Laila sebagai teman wanitanya. Laila juga seakan-akan menyukai Azfar.

Sebelum memasuki ke pejabatnya, Laila sempat berbual-bual dengan Laila. Pagi itu dia kelihatan menarik daripada biasa. Ini membuatkan Azfar begitu ingin memiliki Laila. Semasa Azfar dan Laila berbual kosong, pintu lif di belakang Azfar terbuka dan yang keluar adalah Dato’ Faliq, bos Azfar dan Laila.

“Kaki aku.” suara Dato’ Faliq jelas kedengaran satu pejabat.

“Apa yang jadi ni Dato’?” Azfar bersuara.

“Tu pasu dekat tingkat bawah, entah macam mana boleh beralih dari tempat asal dia. Saya tak perasan terus terlanggar pasu tu sampai buku lali saya ni bengkak.” balas Dato’ Faliq.

“Tuan, bengkak tu nampak teruk lah tuan. Nak saya cancelkan appoinment tuan supaya tuan boleh pergi ke klinik?” kedengaran suara Laila yang dari tadi membisu.

“Tidak boleh, appoinment tu sangat penting, tak boleh cancel.” Dato’ Faliq membalas.

Azfar terdiam kaku, bermacam-macam benda bermain di fikirannya.

“Ini semua salah aku, kenapa aku buat benda tu. Aku ingat tak ada benda buruk yang terjadi.” Azfar terasa bersalah.

“Tapi kalau diikutkan tak ada lah teruk sangat, esok lusa eloklah tu buku lali Dato.” Azfar ingin menyedapkan hatinya walaupun perasaan bersalah menguasai dirinya. Sesampainya Azfar dirumah, Azfar terus menghidupkan komputer ribanya.  Sebaik sahaja komputernya menyala, skrin menjadi gelap dan satu mesej baru muncul.

“Macam mana hari kau Azfar?”

Azfar duduk di hadapan komputernya sambil merenung skrin komputernya dan tidak tahu apa untuk membalas apa kepada mesej tersebut. Komputernya terus menyambung menulis mesej tersebut.

“Sebenarnya aku tahu apa yang berlaku hari ni, aku tanya kau sebab aku cuba nak mesra dengan kau. Kau mesti tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya? Jangan risau Azfar, memang sepatutnya benda ini terjadi, itu bermakna kau dah buat kerja kau dengan baik. Tapi kau jangan risau, benda ni belum berakhir lagi. Ada banyak lagi yang akan menyusul. Lama kelamaan kau akan faham sebab apa benda ni tejadi. Esok kau pergi kerja seperti biasa. Jangan fikirkan sangat tentang apa yang berlaku. Kau akan terima ganjarannya nanti. Ingat, kau istimewa.”

Itulah benda yang tertulis di skrin komputernya sebelum komputernya berfungsi seperti biasa.

“Apa sebenarnya yang berlaku? Siapa orang yang hantar mesej ni? bertalu-talu persoalan bermain di fikiran Azfar. Dalam pada masa yang sama, dia juga teruja untuk melihat apa lagi yang akan berlaku seperti yang dikatakan oleh komputernya itu.


Bab 1

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas