Home Ads

Thursday, February 23, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 3


Keesokan paginya Azfar meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia perasan yang pasu bunga itu telah kembali ke tempat asalnya. Mungkin petugas di situ yang mengalihkannya. Dato’ Faliq datang ke pejabat selepas waktu rehat tengah hari dengan keadaan buku lalinya yang makin membengkak teruk.

“Susah betul nak berjalan dengan keadaan macam ni.”

Azfar terdengar Dato’ Faliq membebel seorang diri. Dato’ Faliq perlu menghadiri satu mesyuarat penting ketika itu.

Lebih kurang pukul 3 p.m., Dato’ Faliq muncul semula ke pejabat. Kali ini dia berjalan teringkut-ingkut disebabkan kakinya yang sakit. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Laila.

“Laila, ada lagi tak appointment yang perlu saya hadiri hari ni?” soal Dato’ Faliq kepada pembantunya.

“Tidak ada tuan, buat masa sekarang tuan free.” balas Laila sambil matanya merenung ke arah iPad untuk melihat jadual Dato’ Faliq.

“Bagus, kalau macam tu boleh awak tolong bawakkan saya ke klinik. Buku lali saya makin membengkak sekarang tapi saya tak boleh drive kereta sebabkan kesakitan ini. Guna kereta saya.”

“Boleh, tak ada masalah tuan.”

“Okay kita gerak sekarang.” kata Dato’ Faliq lalu terus meninggalkan Laila.

Laila terus menyambar beg tangannya dan berlari menuju ke arah Dato’ Faliq yang sudah agak jauh meninggalkannya. Sebelum itu, dia sempat senyum kepada Azfar.

10 minit kemudian satu bunyi yang kuat kedengaran seakan-akan berlaku kemalangan yang besar. Bayangkan, bunyi tersebut datangnya dari jalan raya diluar jelas kedengaran sampai ke tingkat 7 bangunan tempat Azfar bekerja. Para pekerja mula berlari ke arah tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

“Eh, itu bukan kereta Dato’ Faliq ke?” salah seorang pekerja membuka mulut.

“Tak boleh nak agak sebab keadaan kereta sangat teruk.” seorang lagi membalas.

Apa yang berlaku terus menyedarkan Azfar dari lamunannya sendiri.

“Tidak! Benda ni cuma mimpi.” Azfar cuba untuk bertenang.

Dalam keadaan terkejut dan gementar, Azfar terus berlari menuju ke arah lif bersama-sama rakan pejabatnya dan turun ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih dekat. Sesampainya di tempat kejadian, dia kedengaran bunyi ambulans dan suara orang-orang menangis. Azfar kebingungan, ketika itu dia terlihat sebuah treler dan kereta yang sudah pasti milik Dato’ Faliq di tengah jalan.

Mayat pemandu treler yang berlumuran darah tersebut kelihatan di bahu jalan dipercayai terpelanting keluar dari kenderaan. Matanya terus melihat ke kerata milik Dato’ Faliq. Dia terlihat Dato’ Faliq di bahagian penumpang kereta berkenaan. Badannya kaku tetapu matanya masih terbuka seakan-akan terkejut dengan apa yang berlaku. Azfar sendiri tidak pasti adakah bosnya itu masih hidup atau sudah mati. Dia berpaling ke arah tempat pemandu dimana Laila berada. Tempat pemandu itu kelihatan sangat teruk, saiz ruangan tempat pemandu menjadi tiga kali ganda lebih kecik dari saiz asal dipercayai akibat hentakan yang sangat kuat. Kepala Laila pecah, badannya terbengkok akibat tulang-tulang yang patah. Suara tangisan dari orang ramai jelas kelihat. Azfar berdiri kaku. Sedih. Marah. Itulah yang dirasainya sekarang.

Bab 2

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas