Home Ads

Thursday, March 2, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 4


Azfar pulang ke rumahnya dalam keadaan marah dan sedih. Sesampainya di rumah, dia ingin menghidupkan komputer ribanya tetapi dia takut tentang apa yang akan terjadi nanti. Dia berasa sangat bersalah tentang apa yang terjadi terhadap Dato’ Faliq dan Laila. Segalanya bermula sejak peristiwa pasu dua hari yang lalu. Selepas beberapa minit, Azfar memberanikan diri untuk menghidupkan komputer ribanya. Skrin komputernya berkelip-kelip dan menjadi hitam seperti biasa.

“Aku tahu kau salahkan diri kau tentang apa yang berlaku tadi, tapi percayalah ia bukan salah kau. Semua orang akan mati. Cepat atau lambat. Jangan salahkan diri kau atas apa yang jadi.”

Azfar memandang skrin komputernya. Kalau diikutkan hati Azfar ketika itu, dia ingin saja membaling komputernya ke lantai. Beberapa saat, komputernya terus menyambung tulisannya.

“Azfar, aku nak beritahu kau sesuatu dan aku harap kau ambil serius terhadap apa yang aku nak sampaikan kepada kau. Aku tahu kau jatuh hati kepada Laila kan? Percayalah cakap aku, kau tak akan bahagia hidup dengan dia. Dia bukan untuk kau. Ya, aku tahu kau ada niat untuk mengajaknya keluar malam ini tetapi percayalah apa yang aku nak cakap ni, dia memang nampak baik dan sukakan kau tapi yang sebenarnya, dia anggap kau sebagai mangsa dia yang seterusnya. Sekarang aku nak kau fikir kenapa bekas teman lelaki dia tinggalkan dia?”

“Sebab dia curang dengan teman lelaki dia.” Azfar bersuara kecil sambil memandang kebawah.

“Ya Azfar, sebab dia curang dengan teman lelaki dia. Benda yang sama dia akan buat dekat kau nanti. Mungkin dia akan bagi kebahagiaan dekat kau hanya 2 bulan tapi kau akan merana selama 4 tahun atas perbuatan dia. Aku taknak kau tertipu dengan mana-mana perempuan lagi Azfar. Benda ini benar Azfar, aku boleh nampak apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi kejadian ini masih belum berakhir, banyak lagi yang akan berlaku….”

“Tak!! Kau yang bunuh Laila!! Semua ni tak akan terjadi kalau aku tak ikut cakap kau!!”

Azfar menjerit lalu mengangkat komputer ribanya dan mencampakkannya ke lantai. Berderai.

Bab 3

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas