Home Ads

Thursday, March 9, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 5


Tidak nyenyak tidur Azfar malam itu akibat kejadian di tempat kerjanya. Keesokan pagi dia masuk kerja seperti biasa. Tiada kerja yang dilakukanya pada hari itu. Sunyi. Suasana di pejabat sungguh sunyi seolah-seolah turut bersedih dengan apa yang terjadi. Sebenarnya Dato’ Faliq terselamat dalam kemalangan tersebut namun dia masih berada dalam keadaan koma.

Lewat petang itu, Azfar didatangi oleh Tuan Malik Ridhwan, pengarah besar syarikat tempat kerjanya itu.

Azfar terkejut dengan tawaran Tuan Malik. Tuan Malik mahu dia mengisi jawatan Dato’ Faliq buat sementara waktu. Katanya, Dato’ Faliq  masih ada projek penting yang perlu diselesaikan. Tuan Malik juga berkata kemungkinan dia akan terus memegang jawatan tersebut memandangkan doktor sendiri tidak pasti bahawa Dato’ Malik akan sedar dari koma atau pun tidak.

Azfar menerima tawaran itu. Dia pulang ke rumah dengan perasaab yang bercampur-campur. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dirasakan saat ini. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Azfar singgah di kedai barangan elektronik untuk membeli komputer riba yang baru kerana yang lama sudah dirosakkannya semalam. Dia membawa balik komputernya itu dan menghidupkannya. Sekali lagi, satu mesej muncul di skrin komputernya.

“Azfar, aku nak jadi orang yang pertama mengucapkan tahniah dekat kau atas kenaikan pangkat kau.”

Azfar hanya memandang skrin komputernya.

“Azfar, aku minta maaf. Aku belum sempat perkenalkan siapa diri aku yang sebenarnya. Aku digelar Peramal. Macam aku cakap sebelum ni, aku boleh tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Aku amat berkuasa. Tapi kau tahu apa yang aku kurang Azfar? Aku tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri. Aku boleh meramal masa depan, aku boleh melihat, aku boleh bercakap. Tapi aku tak ada badan aku sendiri untuk melakukan sesuatu. Badan aku diambil beribu-ribu tahun dulu Azfar. Sebab itu aku perlukan pertolongan kau untuk melakukan sesuatu. Aku nak kau berkerja dengan aku Azfar. Kerja kau sangat mudah, hanya buat apa yang aku suruh kau buat.”

Azfar semakin tertarik dengan tawaran Peramal tersebut.

“Dan Azfar, sebelum kau bersetuju, aku nak kau faham beberapa benda. Pertama, aku tak pernah tipu dengan kau. Kedua, aku tak akan pernah suruh kau buat benda-benda yang jahat atau melanggar undang-undang. Ya, perkara buruk akan terjadi dan kadang-kadang manusia akan mati tapi macam aku cakap sebelum ni, semua manusia akan mati. Hanya cepat atau lambat. Kan Azfar? Dan semua perkara buruk yang terjadi akan membawa kebaikan terhadap diri kau Azfar.”

Azfar berfikir sejenak, dia terasa ingin mematikan komputer ribanya tapi jauh di sudut hatinya dia tak mahu. Apa yang dikatakan Peramal itu benar belaka. Memang semua orang akan mati dan akan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Tapi tentang Peramal tidak pernah menipu itu mebuat Azfar menjadi ragu-ragu. Kalau dia beritahu awal-awal yang Laila akan mati dia tidak akan pernah buat apa yang disuruh Peramal beberapa hari lepas. Tapi semakin Azfar fikirkan, semakin Azfar tersedar bahawa Peramal memang tidak pernah menipu dirinya, dia cuma tidak memberitahu apa yang akan terjadi seterusnya. Tapi, Azfar tetap tidak boleh mempercayai Peramal.

“Kerjalah dengan aku Azfar, aku hanya suruh kau melakukan kerja mudah tetapi ganjaran yang akan kau dapat tidak setanding dengan kerja yamg kau buat. Aku tahu kau masih teragak-agak untuk terima tawaran aku, aku bagi kau masa dua minggu untuk berfikir. Tapi aku dah tahu jawapan kau. Jadi, kita pendekkan cerita, setuju lah dengan tawaran aku ni Azfar.”

Perasaan ragu-ragu Azfar terhadap Peramal hilang sedikit demi sedikit. Buat kali pertama dia meletakkan jari di papan kekunci untuk memberi jawapan kepada tawaran Peramal.

“Apa tugas aku seterusnya?”

Bab 4

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas