Home Ads

Thursday, March 23, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 6


Tahun berganti tahun, Azfar melakukan apa yang disuruh oleh Peramal, dan seperti yang Peramal janjikan, Azfar turut mendapat ganjaran atas apa yang dilakukannya. Ganjarannya datang dalam bentuk yang tidak diduga. Ganjaran yang dia paling tidak boleh lupakan adalah dalam dua tahun lepas ketika kali pertama dia bersetuju untuk berkerjasama dengan Peramal.

“Azfar, esok aku nak kau pergi ke bandar dan masuk ke kedai no ekor tepat puku 12.37 p.m.. Di sana, seorang lelaki akan menanyakan sesuatu kepada kau. Jawapannya ’27’.”

Keesokannya, Azfar pergi ke kedai no ekor seperti yang dinyatakan oleh Peramal. Masuk sahaja dia ke kedai itu dia ternampak seorang lelaki sedang mengisi slip loteri. Lelaki itu menggaru kepalanya dan melihat sekelilingnya.

“Hey bro, aku perlukan lagi dua nombor. Ada cadangan?”

Azfar tersenyum lalu memberikan nombor yang dinyatakan oleh Peramal.

“27.”

“Oh, aku ingat nak letak nombor 35 tapi aku percaya kau. Okay aku letak 27.

Setelah selesai urusannya, lelaki tersebut membayar slip nombor ekor tersebut dan sempat bersalaman dengan Azfar sebelum berlalu pergi.

Azfar tidak mahu memikirkan apa yang akan terjadi kepada lelaki tersebut. Kerjanya sudah selesai, itu lebih penting. Dia sudah masak dengan cara Peramal, lelaki tersebut mungkin tidak akan memang dalam loteri tersebut. Tapi takkan itu sahaja perkara buruk yang akan berlaku terhadap lelaki tersebut? Azfar terkejut tetapi terasa sedikit lega kerana tidak ada nyawa yang akan melayang lagi.

Azfar seperti tidak percaya yang sebenarnya Peramal telah memberikan nombor bertuah kepada lelaki tersebut, Azfar terserempak dengan lelaki tersebut dan berterima kasih kepada Azfar. Sebagai ganjaran, lelaki tersebut memberikan RM 5000 kepada Azfar. Azfar berterima kasih kepada lelaki tersebut dan dalam keadaan bingung, dia pulang ke rumah.

Azfar menghidupkan komputer ribanya dan Peramal mula menulis di skrin komputernya.

“Jadi Azfar, apa perasan kau dapat duit sebanyak tu tadi?

“Seronok tapi sedikir bingung, kau pernah cakap yanh setiap kali aku tolong kau. Akan terjadi sesuatu yang buruk dan aku akan dapat ganjaran. Tapi sekarang macam dua-dua yang dapat ganjaran. Apa yang jadi? Kenapa kau tolong lelaki tu?”

“Oh Azfar, percayalah. Aku tak tolong lelaki tu pun tetapi sebaliknya. Ya, lelaki itu mungkin bahagia sekarang tetapi ianya takkan berkekalan. Kau pun nampak tadi kan macam mana dia boleh bagi duit dia dekat kau macam tu je. Lepas ni, saudara mara dan kawan-kawan dia semua mintak pertolongan dari dia sehingga dia tidak ada apa-apa lagi akibat dari kebaikan dia sendiri. Dan disebabkan itu juga, isteri dia akan meninggalkan dia dan membawa anak-anak dia sekali. Akhirnya dia keseorangan dan bankrup. Kau tak perlu rasa bersalah Azfar, semuanya salah diri dia sendiri.”

Azfar tetap rasa bersalah namun rasa bersalahnya lenyap begitu sahaja apabila Peramal bercakap tentang ganjaran yang bakal dia dapat.

Bab 5
Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas