Home Ads

Thursday, April 6, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 7


Tahun berlalu dengan cepat, telah banyak perbuatan yang Azfar lakukan untuk Peramal. Kadang-kadang kesan dari tindakannya itu sangat mudah untuk dihadam dan kadang-kadang kesannya amat sukar untuk dihadam kerana terlalu rumit.

“Esok aku nak kau pergi ke bangunan Pentadbiran Daerah dan aku nak kau letakkan kereta kau di kawasan parkir bernombor 10F tepat jam 4.47 p.m..” keluar lagi satu permintaan Peramal untuk Azfar lakukan.

Azfar hanya menurut perintah Peramal dan melakukan apa yang disuruhnya. Dua bulan kemudian dia bertemu dengan Sofea yang akhirnya menjadi isteri kepada Azfar setelah menjalinkan hubungan hampir 2 tahun. Azfar bingung adakah Sofea merupakan ganjarannya lalu dia menanyakan persoalan itu kepada Peramal.

“Azfar, kau masih ingat tentang permintaan aku untuk menyuruh kau meletakkan kereta dekat tempat tertentu dua tahun lepas? Akibat dari perbuatan kau meletakkan kereta kau di situ menyebabkan seseorang yang sepatutnya letakkan kereta dia di tempat kau untuk mencari tempat lain untuk memarkir keretanya tetapi ketika dia sedang cuba memarkir keretanya, keretanya melanggar kereta di sebelah tempat letak keretanya. Oleh kerana itu dia terpaksa menghubungi wakil insuransnya untuk menyelesaikan masalah itu. Disebabkan itu juga, wakil insuransya terpaksa pulang lewat dari biasa dan terlepas LRT untuk pulang ke rumah. Ketika dia sedang menunggu LRT seterusnya, dia telah dirompak dan ditikam oleh perompak tersebut. Keadaannya sangat teruk ketika itu. Azfar, aku nak cerita secara terperinci lagi tapi ceritanya agak rumit untuk kau faham, di sini aku boleh katakan yang perbuatan kau hari tu menyebabkan pertemuan kau dengan Sofea.”

Hubungan Azfar dengan Peramal semakin rapat sejak itu. Walaupun Azfar tidak tahu tentang asal usul Peramal, tetapi dia ada sedikit maklumat tentang Peramal. Boleh dikatakan usia Peramal ini sudah mencecah ribuan tahun. Semasa hayatnya, Peramal merupakan tukang tilik yang cukup terkenal. Namun begitu, orang dikampungnya tidak suka akan Peramal dan menfitnahnya sebagai ahli sihir. Oleh sebab itu dia telah dihukum bunuh oleh Raja pada ketika itu. Macam mana dia dapat berhubung dengan manusia sekarang, itu yang menjadi persoalan buatnya sekarang. Tetapi Azfar tidak pernah ambil peduli pasal itu. Baginya, Peramal merupan “kawan” paling baik yang dia pernah ada. Disebabkan Peramal, dia memegang jawatan sebagai Presiden, mempunyai isteri yang cantik, dan menjadi kaya-raya. Sesuatu yang tidak mungkin dia rasakan jika dia tidak pernah kenal dengan Peramal.

Bab 6

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas