Home Ads

Thursday, April 13, 2017

Peramal

Oleh : Abraham Yusoff


Bab 8


Dua belas tahun berlalu, dalam masa dua belas tahun itu jugak hidup Azfar berubah serta-merta kerana pertolongan Peramal. Tugas demi tugas yang diberikan oleh Peramal siap dilakukan oleh Azfar. Biasanya, sekali pada setiap bulan. Azfar akan duduk berseorang di pejabatnya di dalam rumah agam miliknya untuk menunggu tugasnya pada bulan itu oleh Peramal.

“Hai Azfar, aku ada satu permintaan. Tugas kali ini sangat senang dan mungkin paling senang daripada tugas-tugas kau sebelum ini. Kau tak perlu keluar kemana-mana pun. Aku nak kau telefon Pizza Abam dalam masa dua minit dari sekarang. Biarkan telefon berdering sebanyak 3 kali dan kau mesti putuskan talian selepas deringan yang ke tiga.”

“Itu saja? Tak ada yang mencabar sedikit ke?” seloroh Azfar sambil tersenyum.

Dia membuat tugas yang diberikan dan terus menghubungi Pizza Abam dua minit kemudian.

30 minit kemudian bunyi deringan loceng rumahnya terus memecah kesunyian rumah agam milik Azfar. Azfar pelik, begitu juga Sofea. Mereka tidak menyangka bahawa ada tetamu yang bertandang ke rumah mereka. Biasanya tetamu akan menghubungi mereka dahulu sebelum bertandang ke rumah mereka. Azfar mengintai dari dalam rumah melalu tingkap dan melihat seorang lelaki berpakaian seragam berwarna merah dan membawa sekotak pizza berdiri di hadapan rumahnya. Azfar keluar dari rumahnya.

“Ini Pizza kau.”

“Tapi saya tidak pernah memesan Pizza.”

“Tak sekarang ni aku tak kesah langsung pun pasal pizza kau. Bos aku yang suruh aku hantar pizza ni dekat kau, jadi aku pun buat lah.”

Azfar pelik kerana semasa dia menghubungi Abam Pizza tadi, dia tidak pernah malah tidak sempat untuk memesan apa-apa Pizza sekali pun. Dan lagi bertambah hairan, kenapa budak lelaki itu bersikap kurang ajar terhadapnya sedangkan dia tidak pernah kenal dengan lelaki itu.

Azfar memandang lelaki itu. Melihat dari segi rupanya, budak itu lebih kurang berumur 18 tahun. Tetapi apa yang menarik perhatian Azfar adalah bentuk tubuh budak itu. Tubuhnya agak sasa dan budak itu lebih tinggi darinya.

“Pizza ni dah dibayar, ambil lah cepat, aku banyak lagi kerja ni.”

“Okay, tapi saya tak ada wang sekarang sebagai tip  untuk awak.”

“Apa-apa je lah.”

Lelaki itu membalas dengan biadap dan berlalu pergi. Sebelum pergi, dia sempat melihat sekitar rumah Azfar.

Azfar menutup pintu pagarnya dan terus masuk ke dalam rumahnya. Di dalam rumah, kelihatan Sofea sedang sibuk menonton rancangan kegemarannya. Selepas memberitahu apa yang berlaku kepada Sofea, Azfar meminta diri untuk pergi ke pejabatnya sebentar dan berjanji akan turun semula.

Sofea hanya mengangguk dan membuka kotak pizza tersebut.

“Cepat turun tau abang, ni Pizza kegemaran awak ni. Lambat nanti habis.”

Bab 7

Author Image

Abraham Yusoff
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kisah yang aku tulis ni sebenarnya dah lama. Dalam 2 tahun lepas. Harap korang suka. Jangan lupa share.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas