Home Ads

Friday, April 7, 2017

Detektif Ahmad : The Musical Murderer

Oleh : Gekido MMD


File 2 : Room 505

Keadaan yang sunyi petang itu menjadi riuh rendah dengan kehadiran pihak polis di lokasi pembunuhan di rumah 505. Beberapa orang pelajar yang baru pulang di tingkat itu tertanya-tanya sesama sendiri apa yang berlaku, dan ada juga yang menjenguk dari tingkap, dan dari koridor untuk mengetahui apa gerangan yang berlaku. Kebanyakkan dari penghuni pangsapuri blok B atau lebih dikenali sebagai hostel B masih berada di kelas – Hostel B hanya di khaskan kepada pelajar oleh pihak universiti memandangkan kapasiti hostel sedia ada sudah melebihi had.

“Baiklah! Semua diminta bersurai, dan beri kerjasama kepada pihak polis.” Ujar Seorang Inskpetor setengah abad, yang masih termengah-mengah mendaki tangga membawa tubuhnya yang gempal, sambil diekori oleh 3 orang lagi ahli forensik dibelakangnya. Beliau terus menuju ke bilik 505 yang berada hanya 2 meter dari tangga.

“Eh, Detektif Ahmad!?” Sapa Inskpetor tersebut sebaik sahaja memasuki pintu utama rumah di tingkat 5 berkenaan dengan kepenatan.

“Inspektor Bakar.” Balas Ahmad yang berada di bahagian ruang tamu. “Mohon berhati-hati memasuki bilik kejadian, saya khuatir petunjuk penting akan hilang” pintanya. Dua orang anggota forensik yang memegang kamera menghentikan langkah di hadapan pintu bilik mangsa dan segera mengambil beberapa keping foto menggunakan sejenis kamera berdefinasi tinggi pada mayat, bahagian pintu, lantai dan beberapa kawasan penting yang lain serta melakukan beberapa rutin lazim bagi ahli forensik.

“Tak sangka berjumpa lagi kita ya Tuan Ahmad. Tak silap kali terakhir kita berjumpa semasa tuan menyelesaikan kes pembunuhan di Restoran Khulafa tahun lepas. Kenapa tuan ada di sini?” Sapa Ins. Bakar tersenyum menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut mesra oleh Ahmad. Walaupun beza usia mereka sangat jauh, para anggota polis sangat menghormati Ahmad tak kira anggota muda mahupun yang berstatus veteran kerana kebolehan beliau yang luar biasa menyelesaikan kes-kes rumit dengan pantas dan berkesan. Terdapat lebih dari puluhan kes pembunuhan yang sudah diselesaikan oleh Ahmad, tidak hairanlah kenapa seluruh jabatan polis sangat menghormati detektif remaja yang berbakat ini.

“Ya – kes pembunuhan anak Dato Syukri. Saya dipindahkan ke pangsapuri ini oleh pihak universiti, penempatan kolej cuma dihadkan kepada pelajar junior semester 1 dan 2. Oh ya, biasanya Inspektor Razak yang mengambil tugas kes-kes mukim disekitar ini? Tanya Ahmad

“Oh, memang Inspektor Razak yang ambil kes ini, tetapi dia masih dalam perjalanan dari kes samun di Seksyen 25. Saya gantikan tempat dia buat sementara waktu.” jawab ins. Bakar dan menyambung lagi sambil memegang sebuah buku nota -

“Jadi dari laporan yang saya terima mangsa bernama Ali, 22 tahun pelajar jurusan Arkitek semester 7. Dari siasatan awal punca kematian adalah akibat lemas dari tali pancing yang menjerut leher mangsa– Ada apa-apa petunjuk lain yang Tuan sudah dapat setakat ini?” Tanya Inspekstor itu.

“Masih belum, tetapi ada beberapa petunjuk samar yang ditinggalkan, namun buat masa sekarang saya belum dapat rungkaikan lagi kesemuanya.” Jawab Ahmad

“Tuan Inspektor, dari ujian awal ke atas mangsa, dan petunjuk yang ditinggalkan kemungkinan ini adalah kes bunuh diri” Ujar seorang ahli forensik dengan memegang buku nota laporan polis. Ins. Bakar lantas mengambil nota berkenaan dan membaca isi laporannya seketika.

“Benar, dari apa yang saya perhatikan, memang ini kes bunuh diri. Dengan keadaan bilik yang berkunci dari dalam dan cara si mati yang pegun, tiada unsur pergelutan, serta terdapat jarum suntik mengadungi morphine di sebelah kanan mangsa, dan juga kesemua keterangan yang kamu berikan kepada pihak polis dari saksi, maka sangat jelas ia menjurus kepada kes bunuh diri.” Terang Ins. Razak

“Nanti dulu, jangan buat keputusan dengan terburu-buru. Secara logiknya sesebuah kes bunuh diri tidak akan meninggal begitu banyak petunjuk pelik seperti ini.” Ujar Ahmad memotong percakapan Ins. Bakar dan menyambung lagi.

“Pada awalnya saya juga membuat kesimpulan yang sama, tetapi setelah melihat beberapa petunjuk yang ditinggalkan, jelas ini adalah kes pembunuhan bilik terkunci yang sangat terancang.” Terang Ahmad dengan nada serius.

Keadaan menjadi sunyi seketika

“–Pembunuhan? Boleh tuan jelaskan?” Tanya Ins. Bakar kehairanan dan anggota polis yang berada di lokasi itu juga turut hairan. Dari riak wajah, masing-masing teruja untuk mendengar penjelasan dari detektif Ahmad.

“Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya mohon kerahkan anggota polis yang mengawal kawasan sekitar mencari seorang lagi suspek pembunuhan yang baru melarikan diri, ini kad identitinya. Suspek mungkin tidak lari jauh memandangkan kunci kereta dan dompetnya ditinggalkan di sini” Ujar Ahmad. Beberapa pegawai polis terus bergegas menuruni anak tangga untuk mencari suspek seperti yang tertera pada kad ID. Abu yang sedari tadi hanya berdiam diri di penjuru sudut berdekatan dengan tingkap seperti tidur tiba-tiba bersuara.

“Memang benar ini adalah satu pembunuhan. Aku yang bunuh dia! Tangkap aku!” Ujar Abu dengan nada tertekan. “Kenapa hal malang ini berlaku serentak! Kenapa? Jika begini halnya, aku rela ke penjara dari hidup tanpa masa depan ini” sambungnya lagi dengan nada yang lemah dan sedih. Semua memandang ke arahnya tertanya-tanya dengan kenyataan drastik itu.

“Hal yang serentak? Boleh kau jelaskan, apa yang berlaku serentak?” Tanya Ahmad tenang tanpa mempedulikan kenyataan Abu yang sebelum itu.

“Hal ini tiada kaitan dengan kau, hentikan permainan detektif yang merepek ini. Aku yang bunuh Ali! Tangkap aku!” Herdik Abu sambil memegang kepalanya seperti dalam keadaan sangat tertekan. Ahmad memandang dengan penuh hairan, dengan kenyataan aneh Abu itu.

“Abu, sebelum aku membuat sebarang pertuduhan dalam kes ini harap tolong kawal diri kau, jika kau tidak bekerjasama, aku pun tidak dapat memberkas pembunuh yang mengambil nyawa Ali. Aku belum lagi membuat sebarang kesimpulan, minta tolong beri kerjasama. Memandangkan kau suspek terawal tak menjadikan kau pembunuh. Jika benar kau rakan akrab Ali mohon bantu aku menyelesaikan kes ini.” Balas Ahmad dengan nada sederhana dan memujuk. Abu terdiam seketika, wajahnya suram tunduk memandang lantai air matanya bergenang, mulutnya terkumat-kamit, matanya layu seperti ingin tidur.

“Aku terdengar Ali bersembang dengan seseorang sebelum mati. Aku dengar mereka bergurau senda, atau kemungkinan aku tersalah dengar, tetapi aku cukup pasti dia ada berbual dan sedikit gelak tawa.”

“Bergurau senda? Bila ianya berlaku!?” Tanya Ahmad meluru ke arah Abu.

“Aku tak pasti, mungkin kira-kira setengah jam sebelum Ali ditemui mati, pada ketika aku dalam keadaan separa sedar, selepas pulang dari kelas aku terlalu penat, kepenatan dan mengantuk yang sangat luar biasa, jadi kemungkinan apa yang aku dengar itu boleh jadi cuma khayalan aku—tetapi, aku amat yakin aku memang terdengar perbualan mereka dari dalam bilik aku, tetapi tidak jelas kerana bunyi gitar dimainkan dari dalam bilik Ali menenggelamkan suara mereka—aku ada terdengar sedikit perbualan mereka, namun tidak dipastikan suara siapa, katanya – ‘berikan aku kesempatan untuk menulis wasiat terakhir’” Ujar Abu kurang yakin dan sedikit keliru.

‘Terdengar perbualan dari dalam bilik mangsa kira-kira setengah jam sebelum waktu kematian, ini bermakna sekitar jam 4.30 petang. Maka jika benarlah keterangan Abu, bermakna ada seseorang menemui mangsa pada waktu tersebut, atau kemungkinan juga mangsa sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.” Ujar Ahmad, sejurus itu dua orang anggota polis tiba dengan membawa seorang suspek yang kurus dan tinggi.

“Tuan kami berjaya memberkas suspek seperti yang tertera dalam kad ID” ujar seorang pegawai yang membawa suspek. Saiful berjaya ditangkap oleh pihak polis dengan wajah yang sugul dan ada kesan lebam pada muka seperti dibelasah.

“Selain itu kami turut menjumpai bungkusan morphine ini dalam beg suspek tersimpan di dalam buku nota yang sudah diubahsuai, kami menjumpai suspek dalam keadaan yang terikat di tempat letak kereta berdekatan blok C.” Terang anggota polis yang membawa Saiful, dan membawa sebuah buku nota bertajuk Statik yang sudah ditebuk pada isi dalamnya sebagai tempat mengisi paket dadah jenis morphine pil bewarna merah seberat 50mg. Tiba-tiba telefon dalam saku Inspektor Razak berbunyi, kelihatan dia membaca sesuatu pada telefon bimbitnya, dalam masa sama beliau memandang ke arah seorang anggotanya yang berkawal di pintu seolah-olah memberi isyarat dan mengangguk. Ahmad tidak mempedulikannya, dia lebih berminat dengan situasi Saiful.

“Terikat? Dadah morphine? Apa yang berlaku, boleh kau jelaskan apa sebenarnya yang berlaku?” Ujar Ahmad yang kehairanan melihat keadaan Saiful yang kesakitan dengan kesan lebam.

“Cis!” Saiful cuma membalas hambar sambil meludah darah yang bertangkung dalam mulutnya. “Si cilaka tua itu, menyibuk tepi kain orang lain.” sambung Saiful mendengus kesakitan. Riak wajah Ahmad tiba-tiba berubah sebaik mendengar kata-kata Saiful

“Si tua? Jangan-jangan lelaki yang berada di koridor ketika aku meluru menuju ke rumah ini awal tadi? Apa kaitannya orang tua itu dengan kes ini? Bisik Ahmad

“Saiful, boleh berikan gambaran rupa lelaki tua itu? Kerana maklumat ini mungkin menyelamatkan kau dari menjadi suspek pembunuhan.” Tanya Ahmad

“Si tua itu berjanggut putih, bertopi dan berpakaian seperti tukang sapu sampah. ketika aku sedang menuju ke tempat letak kereta blok C dia telah menghalang aku, tenaganya cukup kuat, aku tak mampu melawannya, cukup dua tumbukan sudah cukup membuatkan aku nampak kerlipan bintang, sesudah itu dia mengikat aku dan terus berlalu pergi.” Terang Saiful dan meyambung lagi keterangannya –“ Dan dia ada berkata sesuatu kepada aku, seingat aku dia ada mengatakan kepada aku seperti ini – ‘Jika kau tidak berhenti, nasib kau akan sama seperti rakan kamu itu’ ”

Ahmad hanya mendiamkan diri seketika setelah mendengar keterangan Saiful.

“Jika lelaki tua yang dimaksudkan Saiful adalah lelaki yang menyapu sampah yang aku lihat awal tadi, maka aku harus masukkan juga dia ke dalam senarai suspek pembunuhan. Tak sangka selama ini kau rupanya pengedar dadah di kalangan pelajar yang paling dikehendaki. Tetapi, kenapa lelaki tua asing itu boleh mengetahui aktiviti kau—adakah kau mengenali lelaki tua itu” Ujar Ahmad, mindanya bercelaru.

“Tak kenal, aku baru sahaja melihat kelibatnya di sini sejak pagi tadi, mungkin dia pekerja tukang cuci yang baru bekerja di sini.” jawab Saiful. Ahmad segera mengarahkan pihak polis mencari lelaki tua seperti yang dimaksudkan. Namun beberapa pegawai dilihat seperti teragak-agak dan memandang ke arah Inspektor Bakar.

“Tak mengapa, cari dia sampai jumpa, kes ini kemungkinan ada kaitan dengannya” Ujar inspektor berkenaan. Ahmad menuju ke arah pintu utama rumah berkenaan dan meninjau ke arah koridor yang mula dipenuhi oleh penghuni pangsapuri, dari kelibat orang ramai Ahmad menajamkan penglihatannya untuk mencari jika suspek ke-4 iaitu lelaki mencurigakan yang kelibatnya di tangga pada waktu kejadian, namun tidak kelihatan.

“Ada sesiapa dari kamu melihat kelibat seorang lelaki yang memakai hoodie hijau, dia berada di tangga dan melarikan diri sebaik sahaja melihat aku.” Soal Ahmad kepada kedua-dua suspek Abu dan Saiful. Abu Cuma menggelengkan kepala dengan lemah, namun Saiful kelihatan mengalihkan pandangan ke tempat lain seperti cuba mengelak sesuatu.

“Saiful, kau kenal siapa?” Soal Ahmad

“Tak—err. Tak kenal, tak pernah nampak.” Balas Saiful pantas jelas riak wajah berdalih. Ahmad tidak memberi sebarang respon dengan jawapan itu, dia lantas berjalan menuju ke arah dinding di ruang tamu yang sebesar 4x6 meter itu, ruang tamu yang kecil sebegini adalah sangat tidak sesuai untuk didiami oleh keluarga bersaiz sederhana, di mana, budaya penduduk negara ini cenderung untuk memiliki perabot rumah yang besar. Remaja itu berlegar-legar disekeliling secara membulat—memandang seluruh isi perabot dan tingkap yang ada di rumah itu untuk beberapa ketika, gelagat Ahmad diperhatikan oleh Ins. Bakar dan anggota polis.

“Memang tiada jalan keluar dan masuk lain selain dari pintu utama, tingkap pula memiliki gril tetap, mustahil untuk di ekses, tambahan pula rumah berada di tingkat 5 dan menghadap jalan besar, tak ada sesiapa yang boleh memasuki melalui tingkap. Dari penjelasan dua suspek tersebut memang tiada sesiapa yang melawat Ali dari pagi hingga waktu kematian.” Ahmad tidak menghentikan diduksinya awalnya, matanya tertumpu pada siling rumah, lebih tepat lagi bahagian pintu siling sebesar 0.5x0.5 meter yang biasanya digunakan untuk kerja selengara tangki dan pendawaian elektrik. Terdapat selak pada pengekses pintu siling – pada keadaan terkunci.

“Ada antara kamu yang perasan, adakah pintu siling itu dalam keadaan terkunci atau tidak sebelum ini?” Soal Ahmad kepada kedua-dua suspek.

“Err.. memang dari awal kami tinggal di sini, loteng tersebut memang tidak pernah dimasuki, melainkan cuma pengunci selak sahaja, kami tak perasan sama ada ianya terkunci atau tidak sebelum ini.” Balas kedua-dua suspek

“Jika benar seperti keterangan suspek, maka pintu siling adalah sentiasa berada dalam keadaan terkunci, untuk mengekses melaluinya boleh diabaikan buat sementara waktu, kerana tiada sebarang kesan pecah masuk melalui siling tersebut. Ali tidak mempunyai ramai kenalan, yang melawat Ali cuma aku, itupun 5 hari yang lalu. Pintu juga dikunci dari dalam sepanjang hari, yang boleh mengekses masuk adalah penghuni rumah yang memiliki kunci iaitu Abu, Ali dan Saiful. Yang menjadikan kes ini lebih sukar adalah kerana keterangan suspek adalah tidak berlandaskan alibi yang kukuh, melainkan cakap-cakap tanpa bukti semata-mata. Penglibatan orang luar adalah sangat tidak logik jika belandaskan keterangan saksi. Berkemungkinan besar pembunuh memang sudah ada bersama si mati sejak dari awal lagi.. tetapi bagaimana pembunuh melakukannya? Tempoh untuk melakukan itu sangat singkat kira-kira cuma 15 minit untuk mengikat tali pancing, membunuh, mengunci pintu dan bagaimana pembunuh keluar dari bilik mangsa tanpa disedari oleh Abu yang ketika itu berada di rumah? – Selain itu aku masih tidak dapat kaitkan kesan pecah pada tingkap dan siling di bilik mangsa—apakah perkaitannya? Ini memang benar-benar kes yang amat rumit. Aku harus menyusun semula rentetan masa dan kaitkan semula dengan keterangan suspek dan bukti yang ditinggalkan.”

Ahmad menghentikan monolog diduksinya dan berjalan masuk ke dalam bilik Abu. Beliau memerhatikan persekitaran bilik, kelihatan bersepah dengan kain dan buku-buku berselerakan di lantai yang dicampak oleh Abu. Matanya tiba-tiba tertumpu pada kesan pecah pada siling, kesan pecah sebesar ibu jari itu gelap dan menembusi hingga ke dalam siling.

“Abu, sudah lamakah lubang itu berada disitu?” Beliau mengajukan pertanyaan kepada Abu.

“Ah, sudah ada sejak aku menyewa rumah ini, kenapa?” Balas Abu. Ahmad tidak berkata-kata, beliau hanya mengangguk seketika dan keluar dari bilik itu. Seorang ahli forensik keluar dari bilik mangsa dengan membawa bungkusan mengandungi jarum suntik dan syringe.

“Ujian ke atas mangsa positif dadah jenis morphine dgn kandungan dalam darah mangsa juga mengandungi 20% dos morphine, mangsa disahkan mati lemas akibat jerutan pada leher, dan morphine telah melumpuhkan anggota badan mangsa tetapi tidak mengakibatkan kematian dari kesan overdose akibat dari disuntik di bahagian leher dan lebih tepat mangsa mati pada pukul 4.50 petang ” Ujar seorang ahli forensik, dan seorang lagi anggota polis meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa keterangan tambahan.

“Tuan Inspektor, kami telah mendapat 5 keterangan dari saksi, mengatakan bahawa mereka ada melihat seorang lelaki memakai jaket merah fakulti kejuruteraan awam, bertopeng muka hitam, sambil membawa lastik dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan blok B ini, waktu saksi melihat tidak dapat disahkan dengan tepat, mungkin sekitar jam 4.30 hingga 4.45 petang, dan melarikan diri di sebalik pokok apabila menyedari orang awam melihatnya. Maklumat lain yang berkaitan, dari rekod pengawal pagar pangsapuri, kereta bernombor plat BBQ 2114 milik suspek bernama Saiful memasuki perkarangan pangsapuri pada pukul 4.00 petang tadi” Terang anggota polis berkenaan

“Topeng hitam dan lastik? Itu barang-barang yang terdapat dalam beg Saiful, aku sendiri melihatnya, dan Abu juga menjadi saksi.” Ujar Ahmad dengan menunjukkan barangan tersebut di lantai.

Pihak polis segera mengambil lastik dan topeng hitam berkenaan dan memasukkan ke dalam plastik.

“Kau! Kau yang merancang pembunuhan ini Saiful Hakim. Bawa dia ke balai segera!” Ujar Ins. Bakar seolah-olah kes ini sudah diselesaikan. Ahmad segera menghentikan tindakan pihak polis yang hampir menggari Saiful.

“Nanti dulu kes ini masih belum diselesaikan. Tentang morphine, ya memang benar. Saya sudah mengetahuinya lebih awal, ketika masuk ke bilik mangsa kerana rasa masamnya yang kuat pada cecair jarum suntik yang berada di sebelah mangsa. Oleh kerana pihak polis sudah membuktikan bahawa mangsa diracuni oleh morphine, maka segala petunjuk boleh dirungkai dan sudah nampak jalan penyelesaiannya, tetapi modus operandi yang digunakan pembunuh masih samar dan saya akan cuba merungkai misteri kes ini sepantas mungkin.” Ujar Ahmad dengan nada yakin. Seluruh anggota polis dan para penonton yang mengikuti kes ini terkedu dengan kata-kata Ahmad.

“Tetapi tuan Ahmad, jika dilihat dengan segala bukti dan kronologi yang ada, bukankah segalanya sudah menjurus kepada Saiful, tiada kesangsian lagi? Ujar ins. Bakar. Ahmad tidak mempedulikan kata-kata Ins. Bakar, dia berjalan memasuki bilik mangsa, memandang keadaan sekeliling sambil berfikir.

“Jika ia dilakukan dengan kaedah itu, segalanya menjadi mudah dan terang – begitu caranya. Pembunuh memang adalah dia” Bisik Ahmad.

Ahmad segera menuju ke arah ruang tamu di mana suspek, Ins, Bakar dan anggota polis berkumpul.

“Baik, kes ini telah berjaya aku selesaikan. ” Ujar Ahmad sambil berdiri di tengah-tengah ruang tamu dengan tenang.

“- Terdapat 3 Teori pembunuhan. -” Ujarnya. Kes ini sudah diselesaikan. Begitulah kebolehan Ahmad yang sangat dikagumi, setiap kes dibawah pengawasannya akan selesai hanya dalam tempoh yang sangat singkat.

Bersambung..

File 1

Author Image

Gekido MMD
Dah tentu ramai yang malas membaca penulisan panjang di kaca monitor berbanding buku.. akan tetapi campak sahajalah karya dgn harapan ada org yang membacanya.. dari terus dibiarkan karya maha hebat ini menjadi tempoyak. TQ for reading.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas