Home Ads

Saturday, April 15, 2017

Detektif Ahmad : The Musical Murderer

Oleh : Gekido MMD


File 3 : The 4th Theory

Rata-rata dari penghuni pangsapuri sudah pulang ke rumah masing-masing, sudah pastinya kebanyakkan dari mereka akan tertanya-tanya apa yang berlaku dengan kehadiran SUV dan deretan kenderaan polis dan pengawasan para anggota polis di bawah blok B. Keadaan yang dari mulanya tenang menjadi hingar bingar dengan tambahan penonton yang ingin melihat perjalanan kes oleh detektif terkenal itu. Beberapa pemberita juga sudah hadir di lokasi berkenaan tetapi telah dihalang oleh pihak polis. Kawasan persekitaran seolah-olah sudah menjadi seperti lokasi pengambaran filem penyiasatan - lampu siren dari kenderaan polis sudah kelihatan menyinari segenap blok pangsapuri akibat dari sinar matahari ufuk mula ditutupi oleh awan petang. Kelihatan Ahmad berdiri di hujung ruang tamu, dengan tangannya diamasukkan kedalam saku seluar, posture badan yang penuh bergaya mula untuk merungkai misteri pembunuhan ini.

“Perjalanannya mudah, sebelum itu izinkan aku menerangkan semula perjalanan kes ini dari awal. Baik, pertama-tamanya aku jelaskan rentetan masanya dengan ringkas, untuk memudahkan gambaran kita letakkan landmark waktu kematian adalah pukul 4.50 petang. —Pada 3.30 petang Abu mendakwa pulang ke rumah, dan terus masuk ke biliknya dan tertidur kerana terlalu penat, seterusnya dia terdengar perbualan mangsa dengan orang misteri pada pukul 4.30 petang, musik dari bilik mangsa dipasang kuat jadi suara gerangan yang berbual tidak jelas. Pada pukul 4.00 petang Saiful memasuki perkarangan pangsapuri dengan menaiki kereta berdasarkan dari rekod pengawal pagar. Pada pukul 4.45 petang Saiful memasuki rumah dan mengetuk pintu bilik Ali yang berkunci dari dalam, hal ini disahkan oleh Abu yang mendengar pintu bilik Ali diketuk kuat. Dalam masa yang sama Saiful keluar semula dari rumah, lokasi dimana dia pergi tidak dinyatakan.” Saiful mencelah secara tiba-tiba-

“Nanti, berkenaan lokasi aku boleh jelaskan, pada jam 4.45 petang itu selepas aku mengetuk bilik Ali, aku terus keluar dari rumah untuk mengunci kereta di tempat letak kereta, maklum lah aku baru memiliki kereta 6 hari yang lalu, jadi terlupa mengunci kereta perkara biasa.” Terang Saiful bersahaja.

“Jadi dalam tempoh 15 minit iaitu jam 5.00 petang kau naik semula ke rumah lalu merempuh pintu bilik Ali dan mendapati Ali sudah pun mati. Hal yang menjadikan kes ini rumit adalah sengga masa 10 minit di antara 4.50 petang hingga 5.00 petang itu. Boleh aku minta kalian berikan alibi yang kukuh dimana kamu berada sekitar jam 4.50-5.00 petang.” Kedua-dua suspek mendengok kepala ke siling mencari alibi yang kukuh. Abu orang pertama yang bersuara dengan pergerakkan yang lemah dan lesu dia tidak mampu berdiri, hanya terus menyandarkan tubuhnya pada dinding.

“Berkenaan alibi yang kukuh, aku khuatir ini tidak menjadikan hal yang kukuh, tetapi pada sekitar pukul 4.50 petang tadi ayahku ada menghubungi. Rekod masa boleh dilihat pada telefon bimbit ini, kau boleh dapatkan saksi pada ayah ku, untuk kepastian” Jelas Abu. Ahmad lantas mengambil telefon bimbit Abu dan menghubungi ayah Abu. Nada bip selama 3 saat itu terus disambungkan, seolah-olah ayah Abu sentiasa membawa telefon bimbitnya ke mana-mana.

“Selamat petang, boleh saya bercakap dengan En. Kamarul? Ya, saya Ahmad rakan kepada Abu, untuk di pendekkan cerita saya cuma ingin dapatkan bukti, adakah Encik ada menghubungi Abu pada jam 4.50 petang tadi?” – mereka berbual seketika, nada suara dari telefon seperti marah. Ahmad mengaktifkan mode suara kuat pada telefon bimbit, kedengaran suara garau lelaki di talian.

“Itu anak tak berguna! Menghabiskan wang, dan menyusahkan aku!”. Selepas itu Ahmad memutuskan talian dan menyerahkan telefon bimbit kepada pihak polis, dan tanpa berlengah menyambung hujahnya.

“Baik, abaikan apa yang didengari tadi, itu urusan peribadi Abu dan ayahnya. Andaikan Encik Kamarul berkata benar, dia ada menghubungi Abu dan dalam kenyataannya Abu cuma berbual hal-hal akademik dan tiada perkara yang aneh, buat sementara ini, alibi Abu boleh diguna pakai. Bagaimana pula dengan alibi Saiful?” Saiful teragak-agak, wajahnya resah dan dia mengambil keputusan mendiamkan diri.

“Baiklah, Saiful tidak memiliki alibi kukuh, lokasi dan saksi pada waktu sengga 10 minit antara 4.50 hingga 5.00 petang. Aku sambung hujah kes ini – Pada jam 5.00 petang aku baru keluar dari rumah untuk ke farmasi sebelum terdengar jeritan dari arah rumah 505 dan terus berlari ke sini. Ada seperkara yang samar, aku dapati keterangan Saiful bercanggah, kau nyatakan kau pulang ke rumah pada jam 4.30 petang, tetapi rekod pengawal pagar menyatakan kenderaan kau masuk pada pukul 4.00 petang. Jadi dimana kau berada diantara jam 4.00 hingga 4.30 petang?” Saiful terkedu, dan tergagap-gagap untuk memberikan keterangan.

“Bukankah aku sudah jelaskan, aku ke dobi. Aku berjalan kaki, dobi berada di blok F sangat jauh, dobi di blok B ini rosak, jika mahu alibi—kau boleh cari resit dobi di dalam dompet aku di sana.” Saiful menghabiskan keterangannya pendeknya sambil menunding jari ke arah meja di belakang seorang anggota polis.

“Jadi kau ada alibi. Boleh tolong cari resit dobi seperti yang dinyatakan oleh suspek dalam dompet itu?” Arah Ahmad kepada seorang anggota polis. Polis mengeluarkan sekeping resit dobi dan menghulurkan kepada Ahmad. Ahmad mengambil dan membacanya.

-4.20 p.m (Self Laundry) Dobi Blok F – Pangsapuri Perdana -0.2 KG

“Cuma 0.2 kg, apa yang kau basuh?” Soal Ahmad
“Bukan ke sudah aku terangkan sebelum ini, jaket fakulti aku kotor terkena tanah lumpur, jadi aku basuh dengan segera kerana fakulti aku mewajibkan setiap pelajar memakainya setiap hari” Terang Saiful. Setelah mendengar keterangan dan alibi Saiful, dengan serta merta riak wajah Ahmad berubah. Dari seorang yang tenang, Ahmad tiba-tiba menjadi berang, wajahnya bertukar merah.

“Dobi? Sepatutnya bukan begini – tak sepatutnya begini.” Ahmad tiba-tiba berang, menggetap gigi dan memaki resit berkenaan dengan nada berbisik dan tidak didengari sesiapa. “Tuan Ahmad? Tuan tidak apa-apakah?” Tanya Ins. Razak yang menyedari perubahan riak wajah Ahmad.

“Tidak apa-apa, cuma saya tersalah membuat diduksi, saya sangkakan perjalanan kes ini sudah menghampiri titik penamat, tetapi...tetapi..” Balas Ahmad masih memegang resit dobi berkenaan, dan lantas menyambung. “Tetapi ini tidak menjadi masalah, cuma minor error dalam penyusunan fakta. Baik saya teruskan hujah. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya memendekkan hujah, pembunuhnya adalah salah seorang dari 4 suspek yang dinyatakan sebelum ini. Ini adalah jelas berdasarkan fakta berikut—” Tiba-tiba hujah Ahmad diganggu oleh riuh rendah orang di perkarangan koridor.

“Tidak dibenarkan mengganggu! Mohon beri kerjasama encik!” Jerit seorang anggota polis di pintu rumah menghalang seorang lelaki tua yang cuba ingin memasuki lokasi kejadian.

“Maaf, berikan saya kesempatan untuk mendengar diduksi berbakat anak muda detektif terkenal Ahmad ini, saya memang gemar menonton drama detektif dan selalu mengikuti perkembangan kes-kes siasatan detektif Ahmad.” Rayu pakcik tua itu sambil terbatuk-batuk.

“Pakcik tukang cuci sampah itu? Tepat pada masanya! berikan dia masuk, kehadirannya boleh membantu siasatan lanjut kerana dia juga merupakan suspek pembunuhan.” Ujar Ahmad kepada anggota polis yang sedang menghalang lelaki tua berambut putih menutupi mata kiri, berjambang dan mungkin berusia sekitar awal 50-an itu.

“Terima kasih anak muda, terima kasih, baik teruskan hujah anda” Balas lelaki tua itu sambil berjalan perlahan-lahan memasuki ruang tamu dan berhenti di sebelah Ins. Bakar.

“Ceh, tak guna orang tua, sakit dari tumbukkan kau masih terasa..” Tiba-tiba Saiful bersuara dan memaki pakcik tua itu. Lelaki tua itu memandang dan cuma tersenyum kepada Saiful tanpa berkata apa-apa. “Baik saya sambung. Jadi disini ada 4 suspek iaitu lelaki misteri berhoddie, pakcik itu, Abu dan Saiful. Malangnya lelaki berhoddie tidak ditemui. Tak mengapa saya mulakan dengan teori pembunuhan pertama—

Abu berada di rumah sepanjang hari, mudah baginya untuk mencipta pembunuhan bilik terkunci ini, dia berada dari 3.30 petang hingga 5.00 petang waktu kejadian. Alibinya cuma panggilan telefon iaitu pada 4.50 petang. Pintu rumah dikunci dari dalam, ekses ke loteng juga berada dalam keadaan terkunci, tingkap memiliki gril tetap dan tidak boleh keluar dan masuk. Jadi pembunuh masuk ke bilik mangsa, menyuntik mangsa dengan jarum suntikan yang mengandungi dos morphine yang tinggi, apabila mangsa sudah dalam keadaan separuh sedar, pembunuh mengikat tali pancing pada leher mangsa dan gantungkan pada kipas siling yang dalam keadaan OFF. Pembunuh seterusnya mengunci pintu bilik, lengkap dengan mangga dan selak pintu. Mengambil kunci bilik dan meletakkannya berdekatan dengan mangsa yang masih lumpuh bagi menguatkan alibi bahawa mangsa mengunci bilik dari dalam dan membunuh diri. Pembunuh seterusnya, menyorok di dalam bilik memetik suiz kipas dan menunggu leher mangsa terjerut lemas. Ketika keadaan selamat pembunuh keluar dari bilik pada Jam 4.15 atau 4.20 petang lalu mengunakan sehelai tali pancing yang sudah disediakan, kemudian keluar dari bilik sambil menarik hujung tali pancing dan menariknya dari arah luar perlahan-lahan supaya selak tertutup kemas (ilustrasi: 1(a)), kemudian setelah semuanya tertutup rapat pembunuh hanya perlu menarik keluar tali tersebut melalui celahan pintu. Berkenaan dengan mangga pintu, pembunuh cuma membuat satu ikatan seperti ini pada mangga pintu (ilustrasi 1(b)) kemudian meninggalkan mangga dalam keadaan kedudukan pada lubangnya tetapi tidak terkunci, setelah itu dia memasukkan tali pancing melalui bawah pintu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya teori pertama ini gagal. Seterusnya pembunuh cuma perlu menunggu dalam biliknya, sehingga kambing hitam melakukan tugas seterusnya. Saiful mengetuk pintu bilik pada jam 4.45 petang, Saiful keluar dari rumah setelah berang dengan membuat andaian bahawa ketukannya tidak diendahkan mangsa.Selang 5 minit kemudian pada jam 5.00 petang Saiful kembali semula ke bilik Ali merempuh pintu dan mendapati Ali sudah pun mati. Maka dengan itu misteri pembunuhan bilik terkunci berjaya dilakukan.”

(ilustrasi: 1(a))


(ilustrasi 1(b))

“Baik saya faham, pembunuh cuba mencipta kes bunuh diri, maka dengan itu dia terselamat dari suspek bunuh memandangkan dia orang pertama yang berada di rumah bersama mangsa. Baik, sila berkas Abu bawa dia ke balai untuk soal siasat lebih lanjut!” Arah Ins. Bakar serta-merta.

“Nanti dulu tuan Inspektor, itu baru teori pembunuhan pertama, saya masih belum berhujah berkenaan teori pembunuhan kedua. Lepaskan Abu, diduksi masih lagi sedang berlangsung.” Pinta Ahmad dan menyambung hujahnya.

“Berkenaan Teori pembunuhan kedua—Dari kaca mata pembunuh, teori pertama itu cumalah umpan mentah bagi bertujuan mematahkan hujah peguam penuduh dan memberi alibi kukuh kepada peguam bela yang mana boleh diguna pakai di dalam mahkamah sekiranya teori pembunuhan kedua ini ditolak. Berkenaan teori kedua ini, terus terang saya mengatakan, kes telah menjadi kepada 3 bucu, dimana setiap satu membantu yang lain sehingga pusat tengahnya atau dengan kata lain, segala fakta yang ada adalah bertepatan dan saling terjalin dengan bukti-bukti yang ada. Baik, berdasarkan dari keterangan suspek kedua pula, iaitu Saiful. Suspek pulang pada jam 4.00 petang, menuju ke dobi pada jam 4.20 petang, dan pada jam 4.45 petang kembali ke bilik mengetuk pintu bilik mangsa, kemudian keluar semula dari rumah, lokasi tidak dinyatakan, kembali semula ke rumah jam 5.00 petang dan merempuh pintu. Berdasarkan bukti yang ada dan keterangan saksi, mereka melihat kelibat lelaki bertopeng hitam, berjaket merah mencurigakan membawa lastik pada jam 4.30 petang. Topeng hitam berada dalam beg Saiful, jaket merah aku andaikan adalah jaket fakulti jurusan mekanikal dan lastik adalah mekanisme yang digunakan dalam kes ini. Berdasarkan bukti ini, mengapa kesemua bukti ada dalam beg Saiful, kecuali jaket fakulti yang berada di dobi—” Hujah Ahmad terhenti seketika apabila menyebut perkataan dobi, seolah-olah perkataan itu ada sumpahan yang hebat. Remaja itu mengetap giginya seperti menahan marah dan terus menyambung lagi hujahnya. “Setelah suspek menghantar jaket merah yang digunakan sebagai dummy alibi ke dobi, suspek bersiap sedia dengan segala alatan membunuhnya yang di simpan di dalam kereta, seperti tali pancing, topeng, jarum yang sudah diisi dengan cecair morphine serta jaket merah iaitu jaket fakulti yang sebenar ke dalam beg galas. Suspek pulang ke rumah secara sembunyi membuka pintu bilik mangsa, samada mangsa tidak mengunci pintu atau suspek telah menghubungi suspek terlebih dahulu melalui telefon atau melalui cara lain untuk membuka kunci bilik pada jam 4.30 petang itu, mereka berbual seketika, dan kemungkinan suspek menguatkan volume amplifier supaya saksi tidak mendengar suaranya dari dalam bilik, kemudian pada masa yang sesuai suspek menyuntik mangsa dengan dos morphine yang tinggi pada bahagian leher, mangsa lumpuh dengan segera kerana suntikan pada leher memberikan efek serta-merta, setelah itu suspek membelit leher mangsa ketika mangsa sudah lumpuh sepenuhnya, mengikat tali pancing pada kipas dan memasang kipas pada kelajuan no. 1, ini bagi melambatkan proses menjerut. Suspek pastinya sudah membuat pengiraan kadar pusingan kipas dengan panjang tali pancing supaya masa menjerut adalah bertepatan pada waktu yang telah di tetapkan iaitu sekitar jam 4.50 petang. Suspek bersama mangsa dari 4.30 hingga 4.35 petang. Pada jam 4.40 petang suspek keluar dari bilik, dan mencipta bilik terkunci dengan method yang sama dengan teori pembunuhan pertama yang telahpun saya jelaskan sebelum ini. Suspek kemudian berpura-pura kembali ke bilik dan mengetuk pintu dengan kuat supaya didengari oleh Abu bahawa bilik Ali terkunci pada jam 4.45 petang, untuk menjadikan lakonan ini lebih sempurna, suspek keluar dari rumah untuk membuang bukti, tetapi pada waktu inilah teori pembunuhan pertama wujud iaitu hujah yang boleh diguna pakai untuk menuduh Abu sekiranya teori pembunuhan kedua ini gagal di mahkhamah. Suspek memakai jaket fakulti topeng dan merayau di sekitar blok B, kemudian suspek kembali semula ke rumah dengan membatalkan hasratnya untuk membuang bahan bukti. Pada jam 5.00 petang suspek berpura-pura merempuh pintu dan mendapati mangsa sudah terjerut lemas bertepatan dengan waktu yang telah ditetapkan olehnya. Suspek kemudianya mengeluarkan bukti topeng ini di hadapan aku seolah-olah dia adalah kambing hitam dalam kes ini.”

“Tuan Ahmad, boleh tuan jelaskan bukankah cara suspek ini sangat merbahaya kepada dirinya? Apa kata pihak penyiasat sekiranya dia ditangkap kerana setiap bukti ada padanya.” Soal Ins. Bakar

“Tidak merbahaya, malah langkahnya itu sangat bijak, sebab itulah suspek mencipta kesan pecah pada siling dan tingkap, ia bagi mengaburi mata penyiasat. Kesan retak pada tingkap adalah kesan dimana hujung tali pancing diikat pada kunci bilik, kemudian ia disambung ke bahagian mangga dan selak pintu. Hal ini dapat dijelaskan melalui fizik asas, tali pancing memiliki daya tegangan statik yang sangat kuat, malah tali yang digunapakai adalah jenis monofilement mampu menarik beban seberat 200kg. Jika dilihat dari saiz badan Saiful aku andaikan dia adalah seberat 60kg jika ditukar kepada daya manusia normal, maksimum daya yang mampu dihasilkan adalah 600 Newton, manakala kekuatan selak pintu dan mangga adalah melebihi daya Saiful, adalah sangat tidak logik sekiranya pintu berjaya dipecahkan hanya dengan sekali hentaman berdaya 600N. Hasil bantuan dari motor kipas sekuat 75 newton per saat, tali pancing sudah sedia dalam keadaan menarik selak dan mangga pintu, hanya dengan hayunan sekali pada pintu cukup membantu untuk memecahkan pintu bilik. Sentakan secara tiba-tiba pada tali pancing mengakibatkan kunci bilik terhayun mengenai siling dan tingkap serta jatuh pada posisi sebelah mangsa, pada waktu yang tepat kipas menggulung segala bukti tali yang berlebihan atau mungkin suspek menyembunyikan tali yang berlebihan kerana dia orang pertama yang menemui mangsa, jadi pelbagai spekulasi boleh terjadi ketika itu.”

“Tetapi, kenapa suspek bersusah payah menghasilkan kesan pecah pada tingkap dan siling? Apakah motifnya?” Tanya Ins. Bakar untuk mendapatkan kepastian.

“Motifnya ada pada teori pembunuhan yang ketiga. Jadi disini dapat dilihat Abu cuba mencipta dua teori pembunuhan, pertama mangsa mati kerana membunuh diri, dan kedua mangsa mati dibunuh oleh Saiful. Sekiranya teori pertama gagal, dan telah pun aku gagalkan, maka secara automatis Abu menukar kepada teori pembunuhan kedua iaitu teori Saiful adalah pembunuh. Sandaran pada teori kedua secara ringkasnya adalah begini, pada jam 4.30 petang setelah segala persiapan dilakukan, Abu memakai jaket fakulti merah atau apa-apa jaket merah yang menyerupai jaket fakulti kejuruteraan awam dan menyarung topeng, turun ke bawah dan melakukan beberapa aksi mencurigakan seperti membawa lastik, supaya saksi melihat bahawa itu adalah pelajar kejuruteraan awam. Seterusnya saksi naik semula ke rumah memasukkan topeng dan lastik ke dalam beg saiful pada jam 4.45 petang, kecuali jaket fakulti tidak dimasuk bagi menyokong fakta pada teori kedua ini. Beg galas Saiful telah ditinggalkan ketika beliau tergesa-gesa keluar dari rumah. Maka dengan itu teori ke dua ini wujud dan Saiful menjadi pembunuhnya. Kesan pecah pada siling dan tingkap, itu cuma bukti palsu untuk mengabui mata penyiasat, kononnya Saiful melastik kunci rumah dari bawah, kesan pecah adalah kesan cubaan melastik supaya kunci masuk ke dalam bilik, sebab itu terdapat sekeping kertas kedut di tepi mangsa, kononnya kunci dibalut dengan kertas ini, ianya bagi mencipta teori pembunuhan yang ketiga sekiranya dua dari teori ini gagal disokong. Maka dengan itu kes sampai kepada penghujungnya, tiba masa untuk membuat kesimpulan.” Kesemua penonton yang hadir, dan juga anggota polis yang sedari tadi mendengar, kembali bersemangat apabila Detektif Ahmad cuba menggulungkan kesimpulan kes ini.

“Saya rangkumkan kesemua teori 1,2 dan 3 kepada pusat dan mengasingkan fakta-fakta yang tidak berkenaan serta memadankan dengan bukti-bukti yang ada, maka suspek pembunuhan yang paling padan dengan segala teori ini adalah Saiful. Saiful cuba mencipta sebuah jalan cerita seolah-olah Abu membuat satu pembunuhan bilik terkunci dan menuduhnya. Saiful cuba memanipulasikan rutin harian Abu, mereka sudah 3 semester bersama, Saiful sudah masak dengan jadual dan rutin Abu, jadi dia menggunakan alibi longgar Abu untuk mencipta pembunuhan ini pada waktu yang tepat dan sesuai. Motif pembunuhan adalah dadah. demi langkah keselamatan Saiful menyimpan stok dadahnya di bilik Ali dan disimpan dicelah celah buku nota yang jarang diguna pakai. Sudah tentu Ali mengetahui akan hal ini, kemungkinan Ali menjumpai stok morphine ini ketika mengemas bilik atau perkara lain. Jadi demi memadamkan saksi, Saiful telah membunuh Ali. Dengan itu segala bukti dan motif yang kukuh adalah terarah kepada kamu Saiful. Jadi jika tiada sebarang bantahan, setiap bantahan dan ayat kamu akan diguna pakai di makhamah, jadi kamu berhak berdiam diri dan menerima tuduhan ini.” Pihak polis tanpa berlengah memberkas Saiful, dan mengheretnya dengan kasar ke muka pintu. Saiful meronta-ronta, memaki hamun Ahmad.

“Aku..aku tak bunuh Ali.. aku tak bunuh Ali.. bukan aku yang lakukan.. Cilaka kau detektif sial, kau! TAK GUNA!” Tanpa mempedulikan makian Saiful, Polis terus mengheretnya dengan kasar hingga ke koridor. Segala-gala sudah selesai, akibat dari dadah pembunuhan boleh berlaku, demi untuk menutup rahsia, rakan tidak bersalah menjadi mangsa. Di sudut dinding remaja bertubuh gempal yang dari tadi kelihatan mengantuk dan tidak bermaya tak semena-mena bangun, matanya menyeringai, merah dan tersangat marah!

“Saiful! Kau memang manusia paling cilaka atas muka bumi— tergamak kau membunuh Ali hanya kerana dadah. Kau yang tidak berguna!” Abu lantas menerjah laju ke arah Saiful seolah-olah mahu menumbuknya.

“NANTI DULU!” Satu jerkahan kuat menghentikan tindakan Abu. Jerkahan itu telah mengecutkan seisi yang hadir. Datangnya dari lelaki tua yang sedari tadi cuma mendiamkan diri dan mendengar dengan kusyuk perjalanan kes, tubuh tuanya memang tidak sepadan dengan nada yang dihasilkan dari kerongkongnya—tidak ubah seperti nada seorang sarjan ketika di padang kawad. Polis yang membawa Saiful turut terhenti dan menoleh ke arah lelaki tua tersebut. Ahmad juga tidak terlepas dari kejutan itu.

“Nanti dulu, walaupun aku bukan sesiapa dan tiada kuasa dalam hal ini, aku mohon, bawa kembali suspek masuk ke dalam rumah, perjalanan kes masih jauh namun sudah dekat dengan penghujungnya, terima kasih untuk hujah Tuan Detektif Ahmad kerana merungkai dan meringkaskan lagi misteri ini.” Ujar lelaki tua itu.

“Apa? Masih belum selesai? Apa yang pakcik merepek ini?” Balas Ahmad dengan nada sedikit berang.

“Benar, masih belum selesai, seperti yang saya nyatakan, perjalanan kes ini masih jauh, namun sudah dekat dengan penghujungnya.” Ujar pakcik itu tersenyum namun terlihat jelas tajam pandangannya.

“Jika begitu, boleh pakcik berikan pandangan pakcik berhubung kes ini, tetapi sebelum itu memandangkan hari sudah lewat, pihak polis perlu membawa mayat ini untuk dibedah siasat, mohon huraikan secara ringkas.” Pinta Ahmad sambil membenarkan pakcik itu berhujah.

“Baik terima kasih Tuan Detektif budiman, boleh saya meninjau bilik mangsa?” Pinta pakcik itu. Ahmad membenarkannya, dan pakcik berkenaan meninjau persekitaran bilik secara ringan dan sekeliling ruang rumah, kelihatan amat janggal orang awam yang tiada kena mengena diberi kebenaran oleh polis meninjau lokasi kejadian.

“Baiklah, secara ringkasnya melalui teori pembunuhan yang keempat, memang Saiful membunuh - sebagaimana pakcik lihat, memang Saiful yang membunuh Ali, tiada keraguan di sini” Ujar pakcik tersebut bersahaja seperti meniru nada dan gaya Ahmad. Seluruh penonton yang hadir tergelak, termasuk Ahmad.

“Ha ha ha.. betul-betul membuang masa pakcik ni. Saya menyangka pakcik bersungguh-sungguh untuk memberi hujah yang lain, terima kasih kerana membuang masa kami. Apa? Teori pembunuhan ke-4? Ha ha ha~” Balas Ahmad menahan perut akibat bersoloroh kuat. Polis kembali mengheret Saiful keluar dari rumah untuk di bawa ke balai polis.

“Minta maaf pakcik, kami pihak polis sangat terhutang budi sekiranya benar pakcik yang memberkas Saiful dan membongkar kegiatan dadahnya, tetapi membuat lawak jenaka dalam keadaan begini memang tak sesuai, dan membuang masa kami semua-.” Ujar Ins. Razak sambil memegang bahu lelaki tua itu, tetapi renungan tajamnya ke arah Inspektor Razak seakan-akan menusuk ke dalam tengkoraknya dan menakutkan sesiapa yang melihat, dalam keadaan masa terhenti seketika, satu kenyataan muncul dari mulut lelaki tua itu yang memeranjatkan semua yang mengikuti perjalanan kes. -

“Namun harus difahami, mem dan pem perbezaannya umpama bumi dan langit dalam subjek ini - Saiful membunuh tetapi bukan pembunuh-”

Bersambung..



Author Image

Gekido MMD
Dah tentu ramai yang malas membaca penulisan panjang di kaca monitor berbanding buku.. akan tetapi campak sahajalah karya dgn harapan ada org yang membacanya.. dari terus dibiarkan karya maha hebat ini menjadi tempoyak. TQ for reading.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas