Simfoni
Oleh : Iqram Akmal

Diari 8
Semasa kelas Pengetahuan Sains Sukan oleh Cikgu Rasyidi sedang berjalan, Cikgu Rasyidi meminta semua pelajar sains sukan, ataupun pelajar di kelas 5 Al-Zahrawi untuk turun ke sekolah pada waktu petang untuk mengurus padang sebelum kejohanan balapan dan padang, ataupun sukan sekolah bermula.
Dengar sahaja pernyataan dari Cikgu Rasyidi itu, hampir semua pelajar 5 Al-Zahrawi mengeluh. Mana tidaknya, mereka tidak dapat berehat pada waktu petang kerana terpaksa turun ke sekolah untuk menjalankan tugas mereka yang menjadi sebahagian daripada salah satu sukatan pelajaran dalam Pengetahuan Sains Sukan tingkatan Lima, iaitu pengurusan sukan.
Aqram Aqmal juga menjadi salah seorang dari kumpulan pelajar yang mengeluh itu. Hal ini demikian kerana, dia telah berjanji dengan seseorang yang bernama Muhibbuddin untuk berjumpa dengan dia di Facebook melalui panggilan video. Walau bagaimanapun, dia terpaksa tahan akan keluhannya itu apabila Jae Eun begitu semangat untuk turun pada waktu petang.
"Tak sabarnya! Mesti mengurus padang tu seronok kan?" tanya Jae Eun kepada Aqram, Chung Xiang, dan Fauziah semasa mereka berempat berada di kantin sekolah untuk menjamu selera pada waktu rehat. Sambil makan, Chung Xiang mengangguk kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Jae Eun.
"Jae Eun, awak tak makan ke? Makanan di kantin ni sedap, walaupun harganya mahal." ujar Fauziah sambil menunjukkan dompetnya yang kosong akibat membeli makanan yang mahal harganya. Padan muka! Jae Eun menggeleng, lalu mengeluarkan sebuah bekas makanan sederhana besar dan meletakkannya di atas meja. Apabila dia membuka bekas makanan tersebut, kelihatan kubis berwarna merah terpampang pada mata Aqram dan rakan-rakannya.
"Apa benda tu? Macam pedas je." tanya Fauziah kepada Jae Eun.
"Kimchi, ataupun makanan Korea Selatan. Walaupun penulis cerita ni tak pernah cuba, saya ingat nak bagi korang makan benda ni. Cubalah!" Jae Eun mempelawa Aqram, Chung Xiang, dan Fauziah untuk merasa makanan yang mempunyai rasa masam dan manis serta pedas di atas satu hidangan yang unik. Tanpa rasa ragu, Aqram dan rakan-rakannya terus merasa akan kimchi yang dibawa oleh Jae Eun ke sekolah.
Rasa manis kimchi itu mula dirasai dalam lidah mereka bertiga, sebelum rasa masam dan pedas mula menjelma apabila mereka menjamah kimchi untuk kali kedua.
"Sejak bila awak buat benda ni?" tanya Aqram kepada Jae Eun. Sejak semalam, dia langsung tak nampak Jae Eun memasuki dapur untuk membuat sesuatu untuk dimakan demi mendapatkan tenaga tambahan daripada makanan yang dihasilkan.
"Bukan saya yang buat. Puan Myra kata, dia selalu buatkan kimchi sebagai makan malam untuk Qayyum dan Cikgu Arhir, hingga mereka rasa muak. Sebab tu, dia minta saya bawa lebihan kimchi ni ke sekolah." balas Jae Eun dengan nada yang bersemangat. Chung Xiang dan Fauziah mengangguk faham, sementara Aqram tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Selepas perbualan mengenai kimchi itu tamat, Chung Xiang terus memulakan perbualan mengenai sambil makan makanan yang dia beli di kantin.
"Aqram, kau nak terima ke cabaran Aizat Arwan tu?" Aqram yang mendengar pertanyaan Chung Xiang itu terdiam untuk seketika. Fauziah dan Jae Eun terus memandang Aqram dengan tajam.
Pagi tadi, lelaki bernama Aizat Arwan telah mencabar Aqram untuk lawan dia dalam acara lari 400 meter untuk membuatkan Aizat mengakui populariti Aqram yang melonjak naik kerana Jae Eun.
"Dah terlambat nak cakap tak. Terpaksalah saya sahut cabaran dia." ujar Aqram. Chung Xiang, Fauziah, dan Jae Eun hanya senyap kerana tidak tahu jenis kata-kata yang perlu disampaikan kepada Aqram Aqmal atas jawapan dia sebentar tadi. Jae Eun terus menepuk belakang Aqram.
"Semoga berjaya, Aqram. Kami.. bukan, semua pelajar 5 Al-Zahrawi akan sokong awak." Pipi Aqram terus merah mendengar sokongan daripada Jae Eun itu. Kemudian, dia mengangguk kepala sambil menunjukkan genggaman tangan kirinya, sebagai tanda dia semangat atas kata-kata Jae Eun.
"Sebab tu, kami biarkan awak buat kerja yang ringan sahaja, memandangkan awak kena bersedia untuk acara yang besar esok. Lagipun, awak ketua kami masa di sana nanti. Saya tak rasa awak ada banyak kerja." ujar Chung Xiang sambil menunjukkan simbol ibu jari ke arah Aqram. Aqram menunjukkan senyuman sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
Sementara itu, kelihatan Syafiz Qayyum sedang bergerak masuk ke kantin bersama rakannya yang bernama Hazwan Hassan. "Qayyum, orang yang duduk di sana tu kan.. sepupu kau dan pelajar pertukaran dari Korea Selatan?" kata Hazwan kepada Qayyum, sambil menunding jari ke arah tempat duduk Aqram, Jae Eun, Chung Xiang, dan Fauziah.
"Abaikan sahaja mereka. Tu bukan urusan kita, Hazwan." balas Qayyum dengan nada yang sederhana kuat. Hazwan mengangguk kepala, sebelum beredar dari kantin itu bersama-sama dengan Qayyum.
'Tak guna betullah. Lepas ni aku takkan terlepas pandang melihat mereka berdua lagi.' ujar Qayyum dengan nada yang mendengus, di mana Hazwan dapat mendengarnya tetapi dia hanya mampu diam sahaja.
No comments:
Post a Comment