Home Ads

Friday, March 24, 2017

Simfoni

Oleh : Iqram Akmal


Diari 7


Suasana dalam kelas 5 Al-Zahrawi mula menjadi tegang apabila seorang lelaki misteri muncul di pintu masuk kelas tersebut. Lelaki yang berbadan besar dan tidak memasukkan baju ke dalam seluar sekolah itu dari tadi meminta orang bernama ‘Aqram Aqmal’ untuk muncul.

“Mana satu korang ni bernama Aqram Aqmal?” Itulah soalan yang lelaki itu tanya kepada semua orang dalam kelas pada waktu malam. Kemudian, satu demi satu mula menunding jari ke arah Aqram yang berdiri di sebelah kiri bahu Chung Xiang dan bahu kanan Fauziah.

Aqram yang tidak tahu apa-apa pada waktu itu hanya maju ke hadapan lelaki misteri itu. Peluh mula membasahi dahinya dan hormon adrenalin yang terletak di ginjal mula terembes sekelip mata. Ikut hatinya, mahu sahaja dia lari kerana ketakutan tetapi demi menunjukkan diri dia sebagai ‘berani’ , dia mendekatkan diri dengan lelaki berbadan besar itu.

“Apa niat hendak berjumpa ni, lelaki berbadan besar?” tanya Aqram dengan perlahan, sebelum dia ketawa beberapa saat selepas dia bertanya soalan dengan lelaki tersebut.

“Nama aku Aizat Arwan. Sebelum ni aku popular di sekolah, hingga kau rampas tempat aku” jelas lelaki yang bernama Aizat Arwan itu. Aqram mengangguk faham, seakan-akan dia sudah kenal akan lelaki itu untuk masa yang lama. Mana tidaknya, Aizat memang terkenal kerana keputusan dia yang cemerlang dalam bidang sukan.

Walau bagaimanapun, populariti dia mula tergugat apabila Jae Eun memasuki sekolah itu. Pengakuannya terhadap Aqram bahawa Aqram ialah ‘tunang’ dia telah berjaya mengatasi popularitinya. Oleh itu, dia pergi ke kelas Aqram untuk memastikan orang itu masih ada dalam kelas, membolehkan dia mencabar seseorang yang mencabar populariti dia.

“Jangan mengarutlah. Semua orang tahu kau popular di sekolah ni. Kenapa kau rasa aku rampas populariti kau pula?” soal Aqram lagi. Dia masih menunjukkan senyuman walaupun semua pelajar di kelas dia mula ketakutan seperti baru sahaja melihat sebuah jenayah yang menakutkan.

“Kau merepek apa ni? Kalau tak percaya, bagi aku jumpa dengan tunang kau yang berambut perang tu.” balas Aizat, sambil menghempas genggaman tangan kanan dia di atas meja, membuatkan meja tersebut pecah. Pelajar yang gunakan meja itu terkejut sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum menggeleng.

Waktu itu juga, Jae Eun yang kebetulan baru sahaja tiba di kelas terdengar ‘pergaduhan’ antara Aqram dan Aizat. Tanpa fikir panjang, gadis berbangsa Korea Selatan itu terus masuk dan berdiri di tengah dua lelaki yang bergaduh itu.

“Nama awak.. Aizat Arwan, betul tak?” tanya Jae Eun kepada Aizat, selepas dia meletakkan beg sekolahnya di tempat duduk.

“Wah, tengoklah siapa orang baharu yang masuk campur dalam urusan kami berdua sekarang ni! Gadis berbangsa Korea Selatan yang sentiasa menggunakan pembedahan plastik yang bernama Jae Eun.” ujar Aizat kepada Jae Eun sambil tersenyum jahat.

Jae Eun yang mendengar perkataan ‘pembedahan plastik’ dari mulut Aizat terus memijak kaki kirinya, membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan dan menarik perhatian semua orang berdekatan kelas 5 Al-Zahrawi pada waktu itu. Aqram, Chung Xiang, Fauziah, dan rakan sekelas Jae Eun terkejut melihat tindakan perempuan itu.

“Cakap tentang ‘pembedahan plastik’ atau saya pijak kaki awak tu lebih kuat lagi!” ujar Jae Eun kepada Aizat selepas dia melepaskan kaki kanan dia dari atas kaki kiri Aizat.

Akibat teriakan Aizat, beberapa cikgu mula bergerak ke arah kelas 5 Al-Zahrawi. Rupa-rupanya Chung Xiang keluar dari kelas secara senyap dan berjaya melaporkan tindakan Aizat itu kepada Cikgu Rasyidi dan Cikgu Boon Peng. Aizat yang menyedari kehadian mereka itu terus beredar. Sebelum dia beredar, dia sempat berkata-kata terhadap Aqram.

“Apa-apapun, Aqram Aqmal, aku cabar kau lawan aku dalam acara lari 100 meter masa kejohanan balapan dan padang nanti. Siapa yang sampai dahulu akan diakui populariti dia di sekolah ini. Jangan tak ikut pula kalau tak nak digelar ‘pengecut’ oleh semua orang di sekolah.” ujar Aizat sambil ketawa terbahak-bahak.

Kemudian, Aizat pun berlari dari situ dan dikejar oleh dua guru yang kebetulan berada berdekatan dengan kawasan kelas 5 Al-Zahrawi. Cikgu Rasyidi dan Cikgu Boon Peng yang tiba di hadapan kelas itu terus melihat keadaan semua orang dalam kelas tersebut.

“Korang tak cedera, betul tak? Nasib baik Chung Xiang sempat beritahu cikgu tentang apa yang dah berlaku.” ujar Cikgu Boon Peng kepada Aqram dan Jae Eun, sementara Cikgu Rasyidi cuba menenangkan keadaan.

Sementara itu, Aqram membisu. Ada satu benda sedang bermain di fikirannya. “Nampaknya, tamatlah riwayat saya.” ujar Aqram sendiri apabila memikirkan kata-kata Aizat itu.

Diari 6
Author Image

Iqram Akmal
Saya berharap agar pembaca dapat membaca karya saya dengan tenang dan mengambil apa-apa nilai murni yang saya tanamkan dalam karya.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas