Home Ads

Thursday, May 18, 2017

Abnormal

Oleh :SyaNa


Prolog


BANGUNAN TERBIAR MENARA INARHA
KOTA KINABALU, SABAH – Masa Kini

“Jangan lakukannya, Ruzai!”

“Tidak boleh, Lucy! Aku mesti!” Ruzai membalas dengan kuat tatkala berusaha untuk mencapai mesin yang dipanggil ‘Blackhole’ di hadapannya - sebuah mesin yang boleh mencipta bentuk kejadian Big Bang ruang angkasa lepas. Misi mereka sekarang adalah untuk menghapuskan mesin itu dengan segera sebelum Big Bang itu terbentuk di atas langit atmosfera.

Berdiri di atas bumbung bangunan tertinggi di lebuhraya kota itu, dia bergelut dalam pertempurannya sendiri berlawan dengan cahaya kuasa gelombang besar di hadapannya.

Disebabkan gelombang yang terhasil daripada mesin itu terlalu kuat, Ruzai mengalami kesukaran untuk maju ke hadapan seolah-olah gelombang itu menolak badannya ke belakang. Cahaya yang terhasil juga terlalu terang dan hampir membutakan matanya.

Kini, Ruzai hanya ada dua pilihan yang mungkin sukar baginya untuk membuat keputusan dalam tempoh masa yang singkat. Ruzai melihat bom yang dipegangnya sambil mengalih pandangannya ke arah mesin di hadapannya.

Pilhan pertama - jikalau dia meletupkan mesin itu dengan bom yang dibuat sendiri itu, nyawanya pasti akan melayang kerana letupan itu akan ‘menelan’ beberapa ekar dari kawasan itu. Pilihan kedua – jikalau mesin itu dibiarkan, seluruh dunia akan disedut masuk ke dalam dan semua orang pasti akan mati.

Di sudut hati Ruzai, baginya dunia ini sudah lama ‘hancur’ di tangan manusia sendiri. Kita yang menginapnya tapi kita juga yang memusnahkannya. Namun, itu tidak bermakna ia perlu hilang dengan cara sebegini!

“Maafkan aku, Lucy….Maybe in the next life….” Ruzai berkata dengan nada rendah.

“Ruzai? RUZAI!” Ruzai mencabut earphonenya daripada telinga seta-merta memutuskan talian komunikasi dengan kumpulannya.

Dia mengenggam bom itu dengan erat dan berlari ke arah mesin itu sebelum lesap di sebalik biasan cahaya terik. Beberapa saat kemudian, bunyi letupan bergema berserta dengan angin kencang menyisip ke seluruh pelusuk luar kawasan bangunan itu. Keadaan menjadi sunyi seketika dan suasana mulai beransur gelap.
[Pengakhiran Prolog]



Author Image

SyaNa
Cerita ini hanyalah rekaan fiksyen semata-mata dan segala nama yang dipakai serta teori yang disertakan (mungkin) tidak betul. Cerita ini juga mengandungi penggunaan bahasa pelat daripada Semenanjung dan Sabah. Mohon tidak keliru dengan pemahaman bahasa yang digunakan. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas