Home Ads

Sunday, December 17, 2017

My Life

Oleh : Emily Lyime


Cuti


Bagi pelajar macam aku ni, waktu cutilah yang paling best, walaupun dua hari je, jumaat dan sabtu. Kerja sekolah?  Jangan berani kau sebut!  Rosak cuti aku!

Aku kerling jam di dinding. Pukul 6 pagi. Subuh awal beb. Aku sangkut telekung guna hanger. Aku lompat atas katil macam kera dapat pisang.

Niat di hati nak sambung tidur, cuti kan. Kena manfaatkan dengan sebaiknya. Baru aku nak letak kepalaku atas bantal yang sedang melambai-lambai itu...

"Adik! Jangan tido! Tolong ibu buat sarapan ni!  Anak dara apa tido lepas subuh!" Dan leteran ibu terus berlanjutan.

"Ceh!  Kacau daun betul la ibu ni!" Aku bangun dengan tak ikhlasnya.

Jalan hentak kaki, mogok. Muka pula masam kalah cuka. Bibirku muncung sedepa. Dalam tak ikhlas tu pun sampai juga aku kat dapur.

"Lawa sangat la buat muka camtu. Berkedut muka tu baru tau." Ibuku yang sedang sibuk menghiris ayam kepada ketulan kecil sempat menyakatku.

"Ibu nak masak apa?" Aku malas nak lawan balik, takut tak bau syurga nanti.

"Bihun goreng. Adik tolong siapkan bahan-bahannya ye."

Aku genggam beberapa ulas bawang merah dan bawang putih lalu diletakkan di atas meja. Sayur sawi dan taugeh kukeluarkan dari fridge. Juga aku letak atas meja. Aku rendam bihun dalam besen.

"Tak guna! Why!?  Why!? Sanggup kau buat aku camni!"

Cecair jernih bertakung di kelopak mataku. Biji mataku merah. Sesekali aku mengesat hidungku yang berair. Ibu hanya menggeleng melihatku.

"Hiris bawang je pun nak berdrama bagai."

"Ibu, ini dendam antara adik dan bawang. Takkan settle dendam ni selagi dia tak berhenti buat adik nangis. Dasar bawang!"

Akhirnya Encik Bawang dicincang penuh dendam.

R. I. P. Mr. Bawang.


My Life 3
Author Image

Emily Lyime
Saya masih merangkak dalam menulis. Segala kesilapan amat dikesali. Hope you guys enjoy my story.

No comments:

Post a Comment

Kembali Ke Atas